Pernahkah anda dengar mengenai hipokalemia, sejenis kondisi yang menandakan kekurangan kalium atau potasium? Jika anda sering kejang perut, badan rasa lemah dan kerap kencing, ini merupakan antara simptom kekurangan mineral kalium dalam badan!
Pernahkah anda dengar mengenai hipokalemia, sejenis kondisi yang menandakan kekurangan kalium atau potasium? Jika anda sering kejang perut, badan rasa lemah dan kerap kencing, ini merupakan antara simptom kekurangan mineral kalium dalam badan!

Kalium (turut dikenali sebagai potassium) merupakan satu mineral yang sangat penting. Ia diperlukan oleh hampir semua tisu di dalam badan.
Potasium (atau potassium) juga dikenali sebagai sejenis elektrolit kerana ia membawa cas elektrik yang dapat mengaktifkan sel dan saraf dalam badan.
Kalium juga dapat ditemui di dalam pelbagai jenis makanan. Ia juga boleh diambil sebagai suplemen. Fungsi utama potasium adalah mengekalkan keseimbangan cecair dalam sel. Ia juga menyokong kontraksi otot dan memainkan peranan penting dalam memastikan tekanan darah kekal normal.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Di bawah, kami akan terangkan 8 simptom kekurangan mineral kalium dalam badan. Antaranya:

Tahukah anda, badan rasa lemah dan tidak bermaya merupakan salah satu simptom kekurangan kalium?
Kalium diperlukan oleh badan untuk membantu kontraksi otot. Jika tahap kalium dalam badan rendah, otot kita tidak dapat berfungsi dengan baik.
Malah, kurangnya kalium dalam badan juga boleh memberi impak terhadap penghasilan insulin. Ini boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.
Pada masa yang sama, badan juga tidak dapat menguraikan glukosa dengan lebih efektif. Jadi, badan akan rasa lemah disebabkan kurangnya tenaga untuk menyokong fungsi sel.
Otot pada kawasan kaki dan tangan sering kejang? Ini merupakan antara tanda kekurangan kalium dalam badan. Malah, apabila tahap potasium dalam darah tidak mencukupi, otot akan mula kejang dan menyebabkan kesakitan pada badan.
Tetapi, mengapakah ia berlaku? Kalium mempunyai tugas yang penting dalam stimulasi otot. Ia juga membantu badan melegakan kekejangan. Apabila tahap potasium dalam badan rendah, otak tidak dapat menghantar ‘signal’ untuk menghentikan kekejangan dengan lebih efisyen.
Oleh sebab itu, kekejangan akan berlaku dengan lebih kerap dan lama. Individu yang menghidap hipokalemia juga sering mengalami simptom ini tanpa sebarang sebab.

Satu lagi simptom kekurangan mineral kalium dalam badan ialah masalah pencernaan. Walau bagaimanapun, ada banyak lagi faktor lain yang boleh membuatkan perut anda meragam selain tanda kekurangan potassium.
Seperti yang diterangkan sebelum ini, kalium mempunyai tugas penting untuk mengawal kontraksi otot. Jika anda tidak mengambil potasium dengan mencukupi, sistem pencernaan badan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Individu yang mempunyai tahap kalium yang rendah dalam badan mungkin akan mencerna dengan lebih perlahan. Akibatnya, pesakit mungkin akan mengalami sembelit atau masalah perut kembung.
Kalium juga sangat penting untuk memastikan jantung berdegup dengan baik. Jika degupan jantung tidak sekata, ia mungkin merupakan salah satu simptom kekurangan mineral kalium.
Masalah degupan jantung yang abnormal merupakan satu penyakit yang serius. Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan degupan jantung, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Peredaran potasium dalam badan membantu regulasi degupan jantung. Tahap kalium yang rendah dalam badan boleh mengganggu dan menyebabkan masalah jantung yang turut dikenali sebagai aritmia.
Badan kita memerlukan kerjasama otot untuk bernafas. Malah, otot juga membantu paru-paru kita menarik dan menghembus oksigen.
Jika kadar kalium dalam badan terlalu rendah, anda mungkin akan mengalami masalah pernafasan. Paru-paru juga tidak dapat mengembang dan mengecut secara normal, lantas menyebabkan pesakit sering sesak nafas.
Kadangkala, individu yang mempunyai masalah kekurangan kalium dalam badan juga akan merasai sensasi ‘sesemut’ pada kawasan kaki atau tangan. Kondisi ini turut dikenali sebagai paresthesia.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang mempunyai masalah ini merupakan tanda kekurangan potassium. Ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya mereka yang duduk terlalu lama.
Namun, jika anda kerap mengalami masalah ini, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kerap kencing juga merupakan salah satu simptom kekurangan mineral kalium dalam badan.
Tahap potasium yang rendah akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah, disebabkan ketidakstabilan elektrolit, pesakit akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai tahap kalium yang rendah dalam badan juga sering rasa haus. Akibatnya, pesakit akan lebih kerap ke tandas sebab minum terlalu banyak air.
Keseimbangan elektrolit dalam badan amat penting untuk memastikan tekanan darah berada pada tahap yang normal.
Kalium membantu buah pinggang menyerap lebihan garam. Jika badan tidak mempunyai potasium yang mencukupi, garam akan masuk kembali ke dalam darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.
Kalau kurang potassium makan apa yang bagus yang?
Anda dapatkan kalium yang mencukupi melalui diet dengan ebihkan sayuran hijau dan makan buah-buahan seperti pisang, avokado dan buah-buahan kering.
Jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, bercakap dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
06/10/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa