home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Sihat Kan? Ini 10 Jenis Makanan Yang Kalian Perlu ELAK Dalam Menu Harian!

Nak Sihat Kan? Ini 10 Jenis Makanan Yang Kalian Perlu ELAK Dalam Menu Harian!

Sedarkah anda bahawa pengambilan makanan yang tidak berkhasiat boleh memberikan kesan kepada kesihatan?

Jom ketahui jenis makanan yang kerap diambil setiap hari tetapi sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri.

Jenis makanan yang tidak berkhasiat

Jika mahu mengurangkan berat badan, atau menghindari masalah kesihatan kronik, anda mungkin perlu mengelakkan atau sekurang-kurangnya tidak mengambil secara keterlaluan makanan disenaraikan sebagai makanan yang tidak berkhasiat.

Berikut adalah antara senarai makanan tersebut:

1. Minuman bergula

Sebarang makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula tambahan merupakan antara bahan yang paling tidak sihat pada masa kini.

Apabila seseorang individu mengambil minuman berkalori gula, otak anda tidak ‘mendaftarnya’ sebagai makanan.

Minuman manis ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan pada masa kini dan meminumnya dalam jumlah yang tinggi boleh memacu kepada pertambahan lemak dan masalah obesiti.

2. Piza

Kebanyakan piza yang dihasilkan secara komersial diperbuat daripada bahan yang tidak sihat.

Doh piza tersebut kebanyakannya diperbuat daripada tepung gandum halus dan daging yang digunakan kebiasaannya adalah daging yang diproses.

3. Roti

Kebanyakan roti komersial adalah tidak sihat, walaupun kepada individu yang tidak mempunyai masalah dengan pengambilan gluten.

Ini kerana, kebanyakan roti putih diperbuat daripada gandum halus, yang mempunyai kandungan nutrien penting yang sangat rendah dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak pada tahap kandungan gula dalam darah.

makanan yang tidak berkhasiat4.Jus buah-buahan

Jus buah-buahan biasanya lebih banyak kandungan air gula berperisa buah-buahan berbanding buah-buahan yang sebenar.

Malahan, sebenarnya, jus buah-buahan mengandungi kandungan gula yang sama seperti minuman air berkarbonat yang terdapat di pasaran dan adakalanya kandungan gulanya adalah lebih tinggi lagi.

Perlu ditekankan di sini, jus buah-buahan yang dimaksudkan adalah jus buah-buahan segera dalam kotak, manakala jus buah-buahan yang menggunakan buah-buahan segar masih dikira berkhasiat dan baik untuk diamalkan.

5. Marjerin

Ia seringkali dianggap sebagai alternatif yang sihat kepada mentega. Sebaliknya, ia adalah satu fakta yang tidak benar sama sekali.

Marjerin adalah pseudo-makanan (pseudo-food) yang diproses sehingga menghasilkan rasa dan tekstur seperti mentega.

Ia sarat dengan kandungan bahan buatan dan kebiasaannya dihasilkan daripada minyak sayuran industri yang telah dihidrogenasi untuk menjadikannya lebih padat.

Ini sekali gus meningkatkan kandungan lemak trans dengan tinggi sekali.

6. Pastri, biskut dan kek

Kebanyakan pastri, biskut dan kek merupakan antara makanan tidak berkhasiat yang sering dimakan oleh kebanyakan individu.

Makanan jenis ini diperbuat daripada gula halus, tepung gandum halus dan tambahan lemak, yang kebiasaannya terkandung lemak trans yang tinggi.

Ia hampir langsung tidak mengandungi nutrien, tetapi lebih banyak kandungan kalori dan bahan yang tidak sihat.

7. Kentang goreng, kerepek kentang

makanan yang tidak berkhasiat

Kentang adalah sejenis makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan.

Namun, hakikat ini berubah apabila ia adalah mengenai produk makanan yang terhasil daripadanya, seperti kentang goreng dan kerepek kentang.

Kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi, dan seringkali diambil dalam jumlah yang berlebihan dan banyak.

Makanan ini juga boleh mengandungi acrylamides dalam jumlah yang tinggi, iaitu bahan karsinogen yang terbentuk apabila kentang digoreng, dibakar atau dipanggang.

8. Makanan ringan bebas gluten

Kebanyakan individu pada masa kini cuba untuk menggantikan makanan yang mengandungi gluten dengan makanan bebas gluten.

Malangnya, dalam pencarian dan usaha menggantikan makanan yang mengandungi gluten kepada makanan yang bebas gluten, seringkali kebanyakan individu memilih untuk menggantikannya dengan makanan ringan yang diproses yang bebas gluten.

Lebih memburukkan keadaan apabila makanan pengganti bebas gluten ini adalah lebih tinggi kandungan gula, minyak tidak sihat dan bijirin halus seperti kanji jagung atau kanji ubi kayu.

Penggunaan kanji halus ini akan cenderung meningkatkan tahap gula dalam darah dengan mendadak, malahan ia adalah sangat rendah dalam kandungan nutrien penting.

Baca juga:

9. Yogurt rendah lemak

Yogurt sememangnya merupakan antara makanan yang berkhasiat.

Tetapi, sangat menyedihkan apabila kebanyakan yogurt yang berada di pasaran, yang dijual di pasar raya dan kedai runcit, adalah tidak mendatangkan khasiat seperti yang diharapkan.

Kebanyakan yogurt tidak mengandungi bakteria probiotik seperti yang dipercaya umum.

Ini kerana apabila yogurt menjalani prosedur pempasteuran selepas penapaian, ia akan membunuh semua bakteria.

10. Makanan ringan rendah karbohidrat

makanan yang tidak berkhasiat

Mengamalkan diet rendah karbohidrat merupakan antara pilihan diet yang sering dilakukan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan sebenar boleh anda makan ketika sedang dalam diet rendah karbohidrat ini yang kebanyakannya adalah berkhasiat.

Namun, sebaliknya bagi produk makanan pengganti rendah karbohidrat yang diproses, seperti bar coklat rendah karbohidrat tidak sebagus yang dicanangkan.

Ini kerana makanan diproses sebegini akan mengandungi jumlah makanan sebenar sedikit tetapi mempunyai campuran kandungan ramuan tiruan tinggi.

Ini sekalu gus menjadikan ia sebagai makanan yang tidak berkhasiat dan perlu dielakkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Buat pilihan bijak

Senarai makanan yang disenaraikan di atas pasti pernah anda makan, kan? Atau ia menjadi makanan harian anda?

Tetapi oleh kerana kini anda sudah mengetahui makanan tersebut tidak berkhasiat dan tidak memberi manfaat pada kesihatan, apa kata anda kurangkan pengambilannya, boleh?

Dalam aspek kesihatan, mencegah adalah lebih baik daripada merawat!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

 

  1. https://www.healthcoalition.org.nz/health-issues/unhealthy-food/
  2. https://www.heart.org/en/healthy-living/go-red-get-fit/unhealthy-foods
  3. https://www.breastcancer.org/risk/factors/unhealthy_food
  4. http://healthyweight.health.gov.au/wps/portal/Home/get-informed/have%20less%20unhealthy%20foods%20and%20drinks/!ut/p/a0/04_Sj9CPykssy0xPLMnMz0vMAfGjzOI9jFxdDY1MDD3dzbycDTzNLfwsfP0MjYKNjfULsh0VAW_fB3k!/
  5. https://nutritionfacts.org/topics/junk-food/
  6. https://www.emro.who.int/noncommunicable-diseases/causes/unhealthy-diets.html
  7. https://www.who.int/gho/ncd/risk_factors/unhealthy_diet/en/
  8. https://www.world-heart-federation.org/wp-content/uploads/2017/05/Factsheet_Unhealthy_diet.pdf
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 26/06/2019
x