Ingatlah, lakukan konsultasi dengan doktor atau pakar dietetik sebelum membuat perubahan yang besar dalam pemakanan atau gaya hidup anda.
Makanan untuk tingkatkan berat badan
Tidak kiralah apa jua berat anda, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi. Menurut USDA (U.S. Department of Agriculture), diet yang lengkap dengan protein, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu sangat sesuai untuk mereka yang ingin tingkatkan berat badan.
Sekiranya anda mempunyai kurang berat badan, anda perlulah mengambil 300-500 kalori tambahan setiap hari. Oleh sebab itu, anda perlu makan lebih banyak atau menambah saiz hidangan.
Antara makanan yang boleh diambil sebagai cara nak gemukkan badan yang kurus:
1. Susu untuk tambah berat badan

Salah satu tips gemukkan badan yang mudah ialah minum susu!
Susu merupakan makanan terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan. Ia kaya dengan nutrisi yang penting untuk kita.
Secawan susu mengandungi protein, kalsium, karbohidrat, lemak, mineral dan juga vitamin. Selain itu, ia juga merupakan sumber protein yang baik.
Untuk meningkatkan berat badan, cuba minum 2 cawan susu sebelum atau selepas bersenam.
2. Makan nasi sebagai cara nak gemukkan badan yang kurus
Nasi merupakan antara contoh karbohidrat yang murah dan mudah didapati. Karbohidrat dapat membuatkan anda rasa bertenaga dan rasa ‘puas’ ketika makan.
Sepinggan nasi dapat memberikan 200 kalori yang dapat membantu peningkatan berat badan.
Sekiranya anda inginkan alternatif yang lebih sihat, anda boleh bertukar kepada beras perang yang mengandungi serat, mangan, selenium, magnesium dan vitamin B.
Namun, itu tidak bermaksud nasi putih tidak sihat! Nasi putih merupakan sumber folat yang sangat baik.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen