backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini Rahsia Michelle Yeoh Kekal Aktif & Bertenaga Walaupun Usia Mencecah 60 Tahun! Boleh Tiru Cara Beliau

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/07/2023

    Ini Rahsia Michelle Yeoh Kekal Aktif & Bertenaga Walaupun Usia Mencecah 60 Tahun! Boleh Tiru Cara Beliau

    Apabila usia kita semakin meningkat, badan kita akan melalui satu proses yang dikenali sebagai penuaan. Daripada segi biologi, keadaan dan maksud penuaan terjadi disebabkan kerosakan sel yang berlaku dalam satu jangka masa yang panjang. Namun, ada antara kita yang mengalami penuaan sihat. Sebab itulah, sebab itulah mereka masih kekal aktif walaupun sudah menginjak usia 60-an, seperti Michelle Yeoh!

    Dalam artikel kali ini, kami akan menemu ramah Dr. Ahmad Wazir Aiman, pegawai perubatan di Unit Perubatan Sukan, Hospital Queen Elizabeth Sabah tentang proses penuaan yang sihat.

    Michelle Yeoh, kekal bertenaga walaupun mencecah 60 tahun!

    Siapa sahaja yang tidak mengenali aktres Malaysia yang satu ini; Michelle Yeoh?

    Michelle Yeoh bukan sahaja bintang yang terkenal di Malaysia, beliau juga merupakan seorang pelakon yang amat dikenali di peringkat antarabangsa.

    Buktinya, beliau berjaya merangkul Anugerah Aktres Terbaik di Oscars 2023 baru-baru ini.

    Percaya atau tidak, beliau menerima anugerah tersebut ketika usianya sudah mencecah 60 tahun. Bukan itu sahaja, beliau juga masih aktif dalam beberapa projek lakonan.

    Apakah rahsia Michelle Yeoh untuk kekal sihat, aktif, dan bertenaga pada usia sebegini?

    Jawapannya adalah pada rutin harian dan diet beliau. Beliau akan melakukan senaman elips selama 1 jam setiap hari serta senaman regangan untuk mengekalkan fleksibiliti secara konsisten. Bagi beliau, penjagaan tulang, otot dan sendi amatlah penting.

    Selain itu, beliau juga mengambil sayur-sayuran yang banyak setiap hari dan tidak minum minuman bergas. Baginya, diet yang seimbang sangatlah penting untuk kesihatan.

    Disebabkan itu, beliau berkemampuan untuk melakukan banyak stun atau aksi lakonan beliau sendiri tanpa memerlukan pelakon stun lain.

    Menurut beliau lagi, senaman memberikan manfaat yang besar dalam hidupnya, bukan sahaja untuk karier beliau, tetapi juga untuk kesihatan fizikal dan mental.

    Michelle Yeoh merupakan figura atau ikon individu yang berjaya mengekalkan tahap kesihatan dan keaktifan diri walaupun berhadapan dengan realiti usia yang semakin meningkat. Usia bukan halangan bagi beliau untuk mara ke hadapan.

    Maksud penuaan yang baik dan berjaya

    Sebenarnya, penuaan yang baik tidak mempunyai maksud atau definisi yang tertentu.

    Walau bagaimanapun, ada banyak kajian yang telah mengupas maksud penuaan yang sebenar dalam kalangan warga emas1.

    Menurut kajian tersebut, terdapat perkara-perkara yang merupakan antara ciri penuaan yang sihat bagi warga emas itu sendiri2. Perkara-perkara tersebut ialah:

    • Kekal aktif setiap hari
    • Mengekalkan dan menyuburkan tingkah laku yang positif
    • Kekal sihat sepanjang masa tanpa ketidakupayaan dan penyakit
    • Kekal berhubungan bersama orang lain dengan cara yang bermakna
    • Mengekalkan kesihatan kognitif yang baik
    • Boleh berdikari tanpa bergantung kepada orang lain

    Menurut Dr. Ahmad Wazir Aiman, kunci kepada proses penuaan yang sihat terletak pada kualiti kehidupan seseorang. Ia melibatkan pemeliharaan kesejahteraan fizikal dan juga mental seseorang dalam sesuatu tempoh masa.

    Strategi kekal sihat dan aktif apabila semakin berusia

    penuaan sihat

    Tidak dinafikan, salah satu usaha untuk memastikan diri kekal sihat melalui diet yang seimbang boleh menjadi satu cabaran besar, apatah lagi apabila diri semakin meningkat usia.

    Bukan itu sahaja, perubahan fizikal dan mental yang berlaku pada tubuh badan juga menjadikan hal ini semakin sukar untuk dicapai.

    Menurut Dr. Ahmad Wazir Aiman, pengambilan nutrisi yang mencukupi melalui diet seimbang boleh membantu mengekalkan kesihatan otot, sendi dan tulang, mengurangkan risiko penyakit kronik selain menyokong kesihatan usus atau sistem penghadaman di kalangan warga emas.

    Seseorang perlulah mengambil makanan yang mengandungi nutrien penting seperti kalsium, protein, vitamin C dan vitamin D yang mencukupi setiap hari3.

    Nutrisi-nutrisi seperti ini boleh diperoleh daripada sumber makanan dan minuman seperti susu, daging/ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

    Kesihatan sistem penghadaman yang baik di hari tua

    penuaan sihat

    Kita semua tahu, apabila semakin berusia, fungsi usus atau sistem penghadaman juga akan turut menurun4. Penurunan fungsi sistem penghadaman ini boleh menjejaskan penyerapan nutrien5 dan meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti isu penghadaman, sembelit dan sindrom rengsa usus (IBS) dalam kalangan warga emas.

    Dengan itu, diet seimbang memainkan peranan penting untuk mengekalkan sistem penghadaman yang penting dalam menjalankan fungsi seperti pencernaan dan penyerapan nutrien.

    Menurut Dr. Ahmad Wazir Aiman, pengambilan makanan yang mengandungi serat seperti kekacang, buah-buahan, oat dan inulin adalah baik untuk fungsi usus tubuh manusia6,7. Begitu juga dengan pengambilan susu seperti susu yang diperkaya boleh membantu melengkapkan kekurangan nutrien yang diperlukan oleh warga emas.

    Cuba Anlene Total 10 hari ini dengan 10 kebaikan. Kekal aktif & bertenaga seperti Michelle Yeoh

    penuaan sihat

    Mungkin bukan senang untuk memperolehi semua nutrisi yang disebut dari diet harian dan tidak semua individu gemar mengambil pelbagai jenis sumber makanan dalam satu-satu masa. Malah, ada juga mereka yang mungkin tidak konsisten mengambilnya setiap hari.

    Kajian juga mendapati kebanyakan warga emas tidak mengambil nutrien penting seperti kalsium, vitamin E, folat dan niacin yang secukupnya8

    Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan memenuhi keperluan diet anda dengan makanan berkhasiat untuk menyokong kecergasan menyeluruh.

    Sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, Anlene kini memperkenalkan rangkaian terbaru Anlene Total 10! Nikmati 10 kebaikan dalam setiap gelas susu.

    Anlene Total 10 dirumus secara saintifik dengan 28 ramuan bermanfaat untuk membantu melengkapkan nutrisi harian anda bersama pengambilan diet yang seimbang.

    Beberapa nutrien penting termasuk tinggi kalsium dan protein yang membantu membina tulang kuat dan membaiki tisu badan.

    Terdapat juga vitamin A, penting untuk kesihatan mata dan kulit, vitamin B2 untuk membantu pembebasan tenaga dan vitamin E sebagai antioksidan.

    Inulin prebiotik membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik, manakala zat besi dan zink adalah nutrien yang penting untuk sistem pertahanan badan9.

    Susu Anlene telah lama menjadi minuman pilihan Michelle Yeoh sejak 15 tahun lalu. Ini kerana beliau pentingkan penjagaan tulang, sendi dan otot melalui pengambilan diet seimbang salah satunya pengambilan susu Anlene, sepanjang kerjaya beliau walaupun sudah berusia.

    Menurut Michelle Yeoh lagi, susu Anlene merupakan susu yang sangat disarankan kerana jenama ini mengeluarkan produk susu mereka hasil daripada kajian mendalam, selain menggalakkan gaya hidup yang lebih baik.

    Michelle Yeoh secara peribadinya telah memperkenalkan susu Anlene kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya sebagai makanan tambahan untuk menyokong keperluan diet harian.

    kebaikan

    Sokonglah kecergasan menyeluruh hari ini dengan diet yang seimbang dan rutin senaman yang kerap. Kekalkan gaya hidup sihat dan aktif lebih-lebih lagi dengan peningkatan usia.

    Ketahui lebih lanjut tentang Anlene Total 10 di Shopee or Lazada 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan