Tubuh kita terdiri daripada 70% air. Setiap hari kita sering kehilangan sebahagian daripada air itu melalui pembuangan air kecil, pergerakan usus, peluh, dan air mata.
Masalahnya muncul apabila tidak mengambil/menggantikan air yang hilang, dan menyebabkan peratusan air menurun.
Ohio State University Wexner Medical Center mendedahkan bahawa apabila kehilangan air, kita juga kehilangan garam dan elektrolit dalam sistem yang diperlukan untuk tubuh kita. Gabungan kehilangan garam dan air menyebabkan dehidrasi.
Bagaimana anda mengesan dehidrasi? Apakah tanda-tanda dan simptomnya?
Bagi dewasa, terdapat banyak simptom seperti:
- Mulut kering/dahaga
- Urin gelap atau kurang kerap membuang air kecil (mungkin satu atau dua kali sehari)
- Mengantuk
- Sembelit
- Air mata sedikit apabila menangis
- Kulit kering
- Sakit kepala
- Pening
- Kekejangan otot (terutamanya ketika bersenam)
Bagi kanak-kanak:
- Kurang membuang air kecil atau lampin tidak basah selama 6-8 jam (kekurangan urin selama 12 jam pada kanak-kanak yang lebih berusia)
- Air mata yang sedikit apabila menangis
- Mata kelihatan tenggelam
- Tempat yang lembut di kepala bayi (ubun-ubun) kelihatan tenggelam
- Kurang aktif
- Keletihan atau pening pada kanak-kanak yang lebih berusia
Apakah yang perlu lakukan jika mengalami dehidrasi?
Rehydrate! Dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah dengan meminum lebih banyak air. Minum air atau minuman sukan (minuman sukan boleh membekalkan elektrolit, garam yang hilang melalui peluh dan kehilangan air yang lain).
Menurut Institut Perubatan, Lelaki disarankan untuk minum 13 gelas air sehari (kira-kira 3 liter) dan wanita harus minum kira-kira 9 gelas sehari (kira-kira 2.2 liter). Ramai daripada kita telah mengetahui peraturan 8 × 8: minum lapan, 8 oz. gelas air sehari untuk kekal terhidrasi.
Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak disokong oleh bukti saintifik. Tetapi ia hampir dengan jumlah air yang dicadangkan yang perlu kita minum dan mudah untuk diingat. Disebabkan itu ia kekal, tetapi kita harus minum lebih banyak air daripada 8 × 8.