backup og meta

Nak Pilih Makanan Sihat? Kena Faham Label Makanan Dulu, Ini Caranya!

Dengan memahami contoh label makanan, anda boleh mengetahui kandungan nutrisi sebenar, membezakan antara fakta dan tuntutan (claim) pemasaran serta membuat pilihan makanan yang lebih sihat. 

Nak Pilih Makanan Sihat? Kena Faham Label Makanan Dulu, Ini Caranya!

Ini kerana ramai pengguna di Malaysia mudah tertipu dengan iklan “sihat” yang menonjolkan manfaat tertentu pada produk makanan.

Membaca label makanan bukan sahaja melindungi kesihatan tetapi juga membantu mengelakkan risiko pengambilan gula, garam atau lemak berlebihan. 

Kefahaman ini penting untuk semua, terutamanya bagi ibu bapa yang membeli makanan untuk keluarga.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Label makanan KKM

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan piawaian label makanan KKM untuk memastikan keselamatan dan ketelusan maklumat. Label ini memberi pengguna maklumat penting termasuk:

  • Kandungan tenaga (kalori) setiap hidangan
  • Jumlah gula, garam, lemak, protein dan karbohidrat
  • Tarikh luput dan nombor pendaftaran produk
  • Senarai bahan dan kemungkinan alergen
  • Logo halal (jika sesuai)

Memahami label makanan KKM membolehkan anda mengenal pasti produk yang mematuhi piawaian keselamatan dan pemakanan tempatan.

Contoh label makanan simple

Bagi pengguna baru, contoh label makanan simple membantu membaca maklumat nutrisi tanpa keliru. Beberapa ciri utama label mudah difahami termasuk:

contoh label makanan
Anda boleh bandingkan produk berbeza.
  • Menunjukkan maklumat nutrisi asas sahaja, contohnya kalori, gula, garam dan lemak
  • Memaparkan saiz hidangan yang disyorkan
  • Menyatakan bahan-bahan utama yang digunakan
  • Mudah untuk dibandingkan antara produk berbeza

Contoh label makanan simple membolehkan anda membuat keputusan cepat sama ada produk itu sesuai dengan keperluan diet harian.

Tips menggunakan label simple:

  • Semak kalori untuk hidangan sebenar, bukan keseluruhan pek
  • Bandingkan kandungan gula dan garam antara jenama yang sama
  • Pilih produk dengan lebih banyak serat dan protein

[embed-health-tool-bmr]

Contoh label makanan Malaysia

Produk tempatan biasanya menggunakan contoh label makanan Malaysia, yang mematuhi piawaian tempatan dan menggunakan bahasa Melayu:

  • Senarai bahan dan maklumat nutrisi ditulis dalam bahasa Melayu
  • Menyatakan alergen yang mungkin ada, seperti kacang, susu atau gluten
  • Memaparkan logo halal untuk memudahkan pengguna Muslim
  • Mematuhi panduan KKM termasuk maklumat tenaga dan nilai harian 
contoh label makanan
Antara makanan punca alahan.

Dengan memahami contoh label makanan Malaysia, anda dapat membuat pilihan yang lebih tepat untuk diri sendiri dan keluarga serta menilai kesesuaian produk mengikut keperluan diet harian.

Perbezaan label tempatan vs import:

  • Label import mungkin menggunakan bahasa Inggeris sahaja
  • Saiz hidangan dan nilai nutrisi boleh berbeza bergantung piawaian negara asal
  • Semak maklumat alergen dengan lebih teliti pada produk import

Belajar baca label makanan – Supaya tak tertipu dengan iklan ‘sihat’

Belajar membaca label makanan membolehkan anda menilai kandungan sebenar produk dan mengelakkan terpedaya dengan iklan ‘sihat’. Dengan meneliti senarai nutrisi, gula, lemak dan garam, anda boleh:

  • Membuat pilihan makanan lebih sihat
  • Mengawal pengambilan gula, garam, dan lemak berlebihan
  • Menjaga diet seimbang untuk diri dan keluarga
  • Memahami tuntutan (claim) pemasaran dan bezakan fakta sebenar

Tips tambahan:

  • Lihat jumlah gula tambahan dalam minuman dan snek
  • Semak lemak trans atau minyak terhidrogenasi
  • Perhatikan saiz hidangan yang dicadangkan vs jumlah yang dimakan
contoh label makanan
Jangan tertipu dengan iklan tanpa menyemak label.

Dengan membaca label makanan, anda bukan sahaja tahu kandungan nutrisi sebenar, tetapi juga dapat mengelak daripada terpedaya dengan iklan “rendah lemak” atau “sumber tenaga semula jadi”.

Menilai kandungan gula, garam, lemak dan protein membantu anda membuat keputusan lebih bijak setiap kali membeli makanan. 

Pengetahuan ini membolehkan anda mengekalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesejahteraan keluarga.

Kesimpulan

Membaca contoh label makanan adalah kemahiran penting untuk kesihatan jangka panjang

Mulakan dengan label mudah, fahami kandungan nutrisi sebenar dan bandingkan produk sebelum membeli. 

Dengan amalan ini, anda boleh membeli makanan dengan lebih bijak, tidak mudah tertipu dengan iklan ‘sihat’ dan melindungi kesihatan diri serta keluarga.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Understand and Use the Nutrition Facts Label. https://www.fda.gov/food/nutrition-facts-label/how-understand-and-use-nutrition-facts-label. Diakses Nov 13, 2025.

Food labels. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/food-guidelines-and-food-labels/how-to-read-food-labels/. Diakses Nov 13, 2025.

Understanding Food Nutrition Labels. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/nutrition-basics/understanding-food-nutrition-labels. Diakses Nov 13, 2025.

How to understand food labels. https://www.eatforhealth.gov.au/eating-well/how-understand-food-labels. Diakses Nov 13, 2025. 

Understanding Food & Nutrition Labels Before Purchase. https://www.sfa.gov.sg/food-safety-tips/food-risk-concerns/understanding-food-nutrition-labels-before-purchase#name-of-the-food-0. Diakses Nov 13, 2025.

Food labels. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/food-labels. Diakses Nov 13, 2025.

Versi Terbaru

24/11/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Mudah! Ini Bahayanya Jika Air Di Rumah Anda Kotor, Boleh Dapat Penyakit Bawaan Air!

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 24/11/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan