Penggunaan bekas makanan polisterin sudah menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia. Daripada membungkus nasi lemak sehingga mi goreng mamak, bekas ini sering digunakan kerana ia ringan, murah dan mudah didapati.
Penggunaan bekas makanan polisterin sudah menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia. Daripada membungkus nasi lemak sehingga mi goreng mamak, bekas ini sering digunakan kerana ia ringan, murah dan mudah didapati.

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan polisterin untuk membungkus makanan boleh membawa risiko kepada kesihatan manusia dan juga alam sekitar.
Artikel ini akan membincangkan sebab-sebab utama mengapa anda perlu mempertimbangkan alternatif yang lebih selamat dan mesra alam.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Bekas polisterin telah menjadi pilihan utama bagi kebanyakan penjaja dan perniagaan makanan kerana kosnya yang rendah.
Ia juga praktikal untuk kegunaan harian, terutamanya bagi pembungkusan makanan panas atau berminyak.
Namun, dengan semakin banyak kajian yang menunjukkan bahaya penggunaannya, semakin ramai individu dan organisasi mula menyuarakan kebimbangan terhadap kesan kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan dengan bekas makanan ini.
Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa anda perlu menghentikan penggunaan bekas polisterin:
Selain membahayakan kesihatan, bekas polisterin juga memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
Bekas ini mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk terurai secara semula jadi.

Lebih buruk lagi, ia sering berakhir di sungai atau laut, menyebabkan pencemaran yang serius kepada hidupan air.
Partikel kecil dari polisterin yang terurai, dikenali sebagai mikroplastik, turut memasuki rantaian makanan manusia, memberi kesan kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Bagi menggantikan penggunaan bekas polisterin, terdapat beberapa pilihan alternatif yang lebih mesra alam dan selamat untuk digunakan:
Penggunaan bekas makanan polisterin mungkin murah dan mudah, tetapi kesan jangka panjangnya kepada kesihatan dan alam sekitar adalah sangat membimbangkan.
Oleh itu, sebagai pengguna bijak, pilihlah bekas yang lebih selamat dan mesra alam mulai sekarang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Polystyrene Box. https://trashpedia.zerowastemalaysia.org/umbrella/. Diakses Disember 2, 2024.
Polystyrene pollution and practical solutions. https://www.fidra.org.uk/news/what-problems-does-polystyrene-present/. Diakses Disember 2, 2024.
Does eating or drinking out of polystyrene food packaging cause cancer?. https://www.cancer.org.au/iheard/does-eating-or-drinking-out-of-polystyrene-food-packaging-cause-cancer. Diakses Disember 2, 2024.
Polystyrene is safe for food in solid state, less so otherwise. https://www.uclahealth.org/news/article/polystyrene-is-safe-for-food-in-solid-state-less-so-otherwise. Diakses Disember 2, 2024.
Polystyrene Fact Sheet: 8 reasons to ban Styrofoam. https://greendiningalliance.org/2015/10/8-reasons-to-ban-styro-foam/. Diakses Disember 2, 2024.
Versi Terbaru
06/12/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor