home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

AWAS! Ada Alergen Tersembunyi dalam Makanan, Ini Antara Senarainya..

AWAS! Ada Alergen Tersembunyi dalam Makanan, Ini Antara Senarainya..

Selepas makan, secara tiba-tiba mata membengkak dan muncul gatal-gatal pada badan? Sah! Itu tanda alahan. Jom kenal pasti makanan alergen yang harus anda pantau untuk mengelakkan berlakunya tindak balas alahan.

Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

Jenis makanan alergen

Membaca label makanan untuk mengenal pasti risiko alergen tersembunyi mungkin sangat sukar bagi anda. Tetapi mengetahui bahan dalam label makanan yang mungkin bertindak sebagai alergen adalah kunci untuk mengelakkan tindak balas alahan yang berbahaya.

Bahan-bahan yang diperoleh daripada alergen makanan am mungkin dimasukkan sebagai nama yang berlainan dalam label, dan mereka juga mungkin berbahaya seperti alergen.

Jika anda tahu beberapa perkataan lain untuk alergen makanan, lebih mudah untuk mengenalpasti bahan-bahan yang boleh menyebabkan tindak balas alahan.

Berikut adalah beberapa ramuan umum yang perlu disedari mereka yang mempunyai alahan makanan. Secara umumnya, anda perlu menyemak label makanan untuk alergen.

makanan alergen

Kacang

Bahan-bahan yang mungkin mengandungi kacang tanah dan harus dielakkan mereka yang mempunyai alahan termasuklah:

  • Beer nuts
  • Artificial nuts
  • Goobers
  • Ground nuts
  • Boiled peanuts
  • Cold pressed, extruded or expelled peanut oil
  • Earth nuts
  • Goober peas
  • Ground nuts, ground peanuts
  • Marzipan
  • Nougat

Telur antara makanan alergen

Alahan telur agak biasa yang berlaku dengan kanak-kanak, dan tindak balas alahan boleh berkisar dari ringan hingga teruk.

Putih telur mengandungi alergen yang merupakan protein, tetapi mereka yang mempunyai alahan telur dinasihatkan untuk mengelakkan telur sama sekali kerana kuning telur tidak boleh dipisahkan sepenuhnya dari putih telur.

Makanan yang mengandungi bahan-bahan ini yang berasal dari telur harus dielakkan:

  • Mayonis
  • Albumin (atau Albumen)
  • Lysozyme
  • Meringue
  • Ovalbumin
  • Surimi
  • Protein telur biasanya turut ditemui dalam makanan bakeri, vaksin, dan makanan diproses lain.

Baca juga:

Tenusu, salah satu makanan alergen

Apabila anda mengalami alahan susu atau produk tenusu, ia tidak sama dengan masalah intoleransi laktosa.

Dalam alahan susu, sistem imun bertindak balas terhadap protein tertentu dalam susu. Sementara mereka yang mempunyai intoleransi laktosa tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk memecahkan laktosa (gula yang terdapat dalam susu), sistem imun tidak terlibat dalam kes ini.

Untuk mengelakkan tindak balas alahan, orang yang mempunyai alahan susu harus mengelakkan makanan dengan bahan-bahan berikut pada label makanan:

  • Casein
  • Curds
  • Custard
  • Diacetyl
  • Ghee
  • Lactalbumin
  • Lactoferrin
  • Tagatose
  • Whey

Soya

Kacang soya digunakan dalam pelbagai jenis makanan yang diproses, yang menjadikannya bahan alahan makanan tersembunyi yang kerap ditemui.

Orang yang mempunyai alahan dengan soya harus mengelakkan makanan dengan ramuan berasaskan soya berikut:

  • Edamame
  • Miso
  • Natto
  • Shoyu
  • Soy albumin
  • Bubur kacang soya
  • Soya
  • Tauhu
  • Susu soya
  • Protein sayur bertekstur
  • Formula soya

makanan alergen

Makanan alergen gluten

Adalah penting untuk membezakan antara sensitiviti gluten dan gandum. Gluten adalah subset protein yang terdapat dalam gandum.

Sekiranya anda ingin mengelakkan gluten, anda tidak boleh mengambil sebarang gandum. Tetapi jika anda mengelakkan gandum, anda mungkin mendapat gluten kerana gluten boleh didapati dalam bijirin lain.

Sumber-sumber gluten tersembunyi pada label makanan termasuklah:

  • Roti: sebarang jenis roti yang dibuat dengan tepung putih, tepung gandum; serbuk roti
  • Bulgur
  • Durum
  • Ekstrak bijirin
  • Couscous
  • Farro
  • Kanji makanan
  • Tepung Graham
  • Rye
  • Emmer
  • Semolina
  • Barley
  • Triticale
  • Malt
  • Spelt

Ikan

Mereka yang mengalami alahan kepada satu jenis ikan, seperti salmon, mungkin juga mengalami alahan terhadap jenis ikan yang lain. Oleh itu, mereka yang mempunyai sebarang alahan ikan harus mengelakkan ikan.

Selain melihat nama ikan pada label makanan, makanan alergen ikan juga mungkin tersembunyi pada:

  • Caesar salad dan dressing
  • Sos barbeku
  • Sos Worcestershire
  • Ikan tiruan
  • Bebola daging

Ini adalah beberapa ramuan umum yang perlu disedari mereka yang mempunyai alahan makanan. Sudah tentu tidak ada senarai yang komprehensif, jadi mereka yang mempunyai alahan makanan harus selalu memeriksa dengan doktor mereka untuk senarai ramuan khusus bagi alahan makanan mereka.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Allergen Avoidance Lists. http://www.kidswithfoodallergies.org/page/top-food-allergens.aspx. Accessed November 29, 2016.
  2. Isabel J. Skypala (2019). Food-Induced Anaphylaxis: Role of Hidden Allergens and Cofactors. Accessed on Sept 16, 2021 from https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fimmu.2019.00673/full
  3. Common Allergens. Accessed on Sept 16, 2021 from https://www.foodallergy.org/living-food-allergies/food-allergy-essentials/common-allergens
  4. Hidden Allergens in Processed and Prepared Foods. Accessed on Sept 16, 2021 from https://www.simmons.edu/sites/default/files/2019-03/Hidden%20Allergens.pdf
  5. Food Allergies. Accessed on Sept 16, 2021 from https://www.fda.gov/food/food-labeling-nutrition/food-allergies

 

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 5 jam lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x