backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Nutrisi Dalam Badan Boleh Mempengaruhi Kesihatan, Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/06/2022

Nutrisi Dalam Badan Boleh Mempengaruhi Kesihatan, Ini Sebabnya!

Anda pasti pernah terdengar ungkapan “anda adalah apa yang anda makan”. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak menyedari akan impak nutrisi makanan terhadap kesihatan.

Makanan mengandungi nutrien yang boleh membantu fungsi badan. 

Nutrien di dalam makanan adalah bahan berkhasiat yang penting dalam perkembangan dan tumbesaran badan.

Oleh itu, jika badan kita kekurangan atau tidak mendapat nutrien, tahap kesihatan kita boleh menurun.

Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya tentang impak nutrisi terhadap kesihatan.

Memahami impak nutrisi makanan terhadap kesihatan

Jika seseorang itu tidak mendapat sejumlah nutrien yang mencukupi daripada pemakanan yang diambil, proses metabolik badan mereka boleh menjadi perlahan atau berhenti.

Nutrien boleh diibaratkan sebagai maklumat atau arahan bagi badan kita.

Tanpa arahan atau maklumat tersebut, badan tidak boleh berfungsi dengan baik.

Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap makanan sebegini dan tidak memfokuskan kepada berapa gram atau kalori yang diambil.

Dengan cara tersebut, kita boleh memberi tumpuan kepada pemilihan makanan yang perlu diambil, dan bukannya makanan yang perlu kita elak.

Ingat, makanan bukan musuh kita.

Nutrien yang boleh diperolehi daripada makanan tertentu boleh menghindarkan penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan badan.

Impak nutrisi makanan terhadap kesihatan: Malnutrisi di negara-negara membangun

nutrisi makanan

Di negara-negara membangun, ramai yang sukar memperolehi sejumlah nutrien yang mencukupi mengikut keperluan masing-masing.

Keadaan ini menyebabkan masalah malnutrisi seterusnya meningkatkan risiko penyakit berjangkit dalam kalangan mereka.

Pun begitu, individu yang mendiami negara maju juga boleh mengalami masalah malnutrisi. 

Ramai yang gemar mengambil makanan yang mudah disediakan berbanding dengan memilih untuk mengamalkan diet seimbang.

Oleh sebab itulah, kebanyakan individu lebih cenderung untuk membeli makanan segera berbanding dengan makanan yang sihat berikutan ia cepat dan lebih memuaskan.

Kajian menunjukkan rakyat Amerika mengambil sekitar 3,600 kalori sehari.

Walaupun nilai tersebut seperti menggambarkan mereka makan banyak, namun makanan yang diambil kaya dengan natrium dan lemak berbanding dengan nutrien sihat yang lain.

Antara sebab utama mengapa kebanyakan penghuni di negara maju tidak mendapat nutrien yang cukup adalah diet tidak sihat yang dipopularkan.

Kajian menunjukkan wanita muda yang mengamalkan corak pemakanan sedemikian boleh mengalami kekurangan nutrisi mikro tembaga dan kalium.

Keadaan ini sangat membimbangkan memandangkan mineral tersebut boleh membantu menghindarkan masalah kesihatan kronik dan mengekalkan kesihatan badan.

Risiko diet dan nutrisi tidak sihat

Kepentingan nutrisi terhadap kesihatan perlu ditekankan. Ia merupakan salah satu daripada faktor yang bertanggungjawab menyebabkan 30-40% segala jenis kanser.

Walaupun nutrisi bukanlah penyembuh atau punca langsung bagi masalah kanser, ia masih memainkan peranan yang sangat penting.

Impaknya boleh dilihat pada kanak-kanak. 

Jika kanak-kanak tidak mendapatkan nutrisi yang cukup, mereka tidak akan mencapai jumlah berat dan ketinggian yang optimum.

Bersama dengan masalah tersebut, mereka boleh mengalami simptom berkaitan dengan masalah malnutrisi dan keadaan kesihatan yang lain.

Tambahan pula, diet yang tidak sihat boleh menggalakkan seseorang itu makan banyak dan mendapat masalah obesiti serta berat badan berlebihan.

Perkara ini terutamanya jika mengambil makanan berproses secara kerap.

Kenaikan berat badan bukanlah satu-satunya masalah yang akan dialami oleh golongan ini.

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan juga boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang.

Apa terjadi sekiranya badan anda kekurangan nutrisi makanan?

makan banyak

Apabila kita tidak mengambil makanan mengikut keperluan harian badan, ia boleh mempengaruhi keupayaan tubuh untuk berfungsi dengan baik.

Kurang nutrisi protein 

Badan anda boleh mengalami masalah kekurangan protein jika jumlah nutrisi makro tersebut tidak diambil pada yang kadar yang betul.

Anda boleh mendapat masalah hati, lemah sistem imun badan dan otot menjadi kecil (atrofi).

Gigi reput

Kita tidak boleh mengabaikan kesan pemakanan terhadap gigi. Apabila kita makan banyak makanan yang mengandungi gula, gigi mudah rosak.

Gula dan komponen asidik lain boleh melemahkan lapisan gigi terutamanya jika anda tidak mengamalkan penjagaan oral yang baik.

Tambahan pula, pemakanan yang kurang nutrien boleh menyebabkan penyakit gusi. Perkara ini boleh menyebabkan anda sukar untuk melawan atau menghindarkan jangkitan.

Kurang nutrisi mikro vitamin D

Masalah kurang vitamin merupakan masalah berskala besar yang dialami oleh individu di serata dunia.

Sebagai contoh, antara masalah kekurangan vitamin yang lazim adalah vitamin D.

Jika anda mengalami masalah kekurangan vitamin D, ia boleh menyebabkan kencing manis, jangkitan, kanser, masalah sistem imun dan sebagainya.

Kekurangan kalsium

Antara masalah kekurangan nutrien yang lazim dialami adalah kalsium.

Kalsium adalah mineral yang banyak dijumpai di dalam badan kita. Ia merupakan nutrisi mikro penting untuk tugas seperti rembesan hormon dan fungsi otot.

Jika anda kurang mengambil kalsium, anda berisiko untuk mengalami masalah osteoporosis, perubahan gigi dan sebagainya.

Prestasi fizikal menurun

Selain daripada penyakit, masalah malnutrisi boleh menyebabkan impak yang besar terhadap kualiti hidup seseorang dan rupa fizikal mereka.

Sebagai contoh, jika anda kekurangan folat, vitamin C dan zat besi, rambut anda akan kering dan kelihatan rapuh.

Anda boleh berasa letih disebabkan oleh kekurangan zat besi dan kuku anda boleh menyamai bentuk sudu disebabkan oleh kekurangan kalsium, protein dan vitamin A.

Tambahan pula, kekurangan nutrien, terutamanya vitamin boleh mempengaruhi fungsi kognitif seseorang.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian masih lagi tidak jelas memandangkan ia melibatkan haiwan makmal sahaja.

Pun begitu, keletihan dan perasaan mengantuk yang berpunca daripada masalah kekurangan nutrien boleh menyebabkan masalah pada fungsi kognitif.

Bagaimana saya boleh mendapatkan lebih banyak nutrien?

Cara yang paling mudah adalah untuk memastikan anda sentiasa mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

Ini termasuklah memastikan makanan yang diambil datang daripada 5 kumpulan makanan berbeza setiap hari. 

Lebih baik sekiranya anda makan makanan yang dimasak dan bukannya diproses atau dibungkus dengan bahan pengawet.

Lebih elok juga jika anda mengehadkan pengambilan makanan bergaram dan berlemak dalam kuantiti yang sedikit.

Bagi yang mengambil suplemen pula, lebih baik sekiranya anda rujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Suplemen juga boleh menyebabkan kesan sampingan dan sekiranya anda makan banyak makanan seimbang, anda tidak memerlukannya.

Kita seharusnya memberikan prioriti kepada kesihatan untuk memastikan badan boleh berfungsi pada kadar yang optimum.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/06/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan