home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Gaya Hidup Sihat: Mengapa Anda Perlu Mengamalkannya?

Gaya Hidup Sihat: Mengapa Anda Perlu Mengamalkannya?

Kita sering mendengar tentang gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah mahupun corong radio. Ada yang berkata tentang pemakanan sihat.

Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Ia seolah-olah sudah menjadi satu rutin untuk mendengar perkara tersebut. Hasilnya tidaklah begitu memberansangkan. Rakyat Malaysia masih lagi mencatatkan angka obesiti yang tinggi dan aktiviti fizikal yang rendah.

Pernahkah anda terfikir mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat? Ikuti artikel ini sehingga akhir.

Mengapa Kita Perlu Mengamalkan Gaya Hidup Sihat?

1. Mengawal berat badan

gaya hidup sihat

Berat badan adalah salah satu parameter penting untuk menilai kesihatan seseorang secara am. Dalam bahasa mudahnya, berat yang sihat atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.

Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada lebih banyak risiko kesihatan.

Piramid makanan adalah panduan asas yang baik dalam merancang diet yang seimbang dan sihat. Jangan melangkau waktu makan terutamanya sarapan kerana ia akan membuatkan anda makan lebih kerap dan banyak.

Dalam masa yang sama, amalkan aktiviti fizikal sederhana selama 150 minit seminggu. Pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengawal berat badan.

2. Memberikan mood yang lebih baik

Apabila badan dalam keadaan yang sihat, sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih baik. Ini termasuklah emosi dan juga mood.

Sejenis hormon bernama endorfin dilepaskan semasa aktiviti fizikal. Hormon ini membuatkan seseorang berasa gembira dan tenang.

Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga merupakan satu gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih hidup dan bermakna.

3. Mencegah penyakit

Menurut Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada perut.”

Meskipun kata-kata Bapa Perubatan itu tidak sepenuhnya tepat, ia sangat masuk akal.

Pemakanan yang tidak dijaga secara jelas meningkatkan risiko penyakit-penyakit utama. Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Daripada semua penyakit ini, semua organ di dalam badan boleh terjejas termasuk keadaan mental.

Pastikan anda menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun. Percayalah, mencegah lebih baik daripada merawat.

4. Panjang umur

gaya hidup sihat

Ajal di tangan Tuhan. Dalam masa yang sama, Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat.

Jika badan dalam keadaan sihat dan tiada penyakit kronik yang serius, sudah pasti, dari sudut sains, jangka hayat akan meningkat.

Diabetes misalnya, mengurangkan jangka hayat selama 6 tahun menurut Journal of American Medical Association (JAMA) dan jika terkait dengan penyakit jantung, jangka hayat berkurang sebanyak 12 tahun.

Gaya hidup sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.

Bukan sahaja kesihatan akan meningkat, produktiviti, ekonomi dan kemakmuran negara juga turut berkembang. Mulakan hari ini. Biar sedikit asalkan ada.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26151266

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/basics/nutrition-basics/hlv-20049477

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 06/08/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x