Kumpulan kedua merupakan nutrien yang perlu dipastikan cukup pengambilannya iaitu serat, vitamin, kalsium, zat besi dan protein. Mendapatkan makanan kumpulan kedua ini dengan mencukupi membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dan mengurangkan risiko penyakit tertentu.
Kedua-dua kumpulan makanan ini mungkin tidak disusun seperti aturan contoh label di atas. Protein dan serat sebagai contoh mungkin ditulis di atas sekali bersama bacaan lemak dan karbohidrat.
5. Nota Kaki
Nota kaki mungkin tidak terdapat pada setiap label makanan yang anda semak. Nota kaki ini mengandungi saranan pengambilan nutrien harian yang anda perlukan berdasarkan keperluan kalori anda. Sebagai contoh, ia mungkin akan menyenaraikan berapa gram lemak, kolesterol, sodium, karbohidrat dan serat yang anda perlukan jika kalori yang perlu anda ambil sehari ialah 2,000 kalori dan membandingkannya dengan keperluan nutrien jika kalori yang perlu anda ambil ialah 2,500 kalori.
6. Apa itu DV?
Nilai nutrien yang anda perlukan sehari juga akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan DV (daily value). Sebagai contoh, jika anda telah mengambil satu hidangan makanan dalam label contoh di atas yang mengandungi 18% lemak daripada keperluan lemak harian anda, ini bererti anda mempunyai baki 82% lemak yang mungkin diambil daripada makanan lain. Sebaliknya jika anda memakan satu pek makanan tersebut, anda telah memakan 36% lemak daripada keperluan lemak harian anda dan bakinya boleh didapati daripada makanan lain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen