backup og meta

Selain Untuk Diet, Ini 7 Kebaikan Overnight Oat! Ada Juga Resipi Untuk Dicuba!

Selain Untuk Diet, Ini 7 Kebaikan Overnight Oat! Ada Juga Resipi Untuk Dicuba!

Orang kata makan overnight oat ini bagus untuk kesihatan, tetapi apakah manfaatnya, ya? Kalau ingin tahu, bacalah artikel ini. Hello Doktor ada selitkan resepi overnight oat yang boleh anda cuba, sedap dan berkhasiat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Resepi overnight oat, sarapan pagi berkhasiat

Anda sering berdepan situasi kelam kabut pada waktu pagi kerana perlu bersiap untuk pergi kerja sehingga terlupa untuk bersarapan pagi?

Bagaimana jika ada sarapan pagi sihat dan sedap tersedia menunggu untuk dimakan setiap hari? Kedengaran menyeronokkan, kan?

Jangan risau, ia bukanlah angan semata-mata. Sebaliknya ia boleh menjadi realiti dengan overnight oat.

Oat yang direndam semalaman, biasanya dalam susu atau yogurt, ditambah buah-buahan segar dan kering, biji chia, kacang serta bahan berkhasiat lain menjadikan ia hidangan yang sangat sihat.

Manfaat kesihatan overnight oat

Sebelum dikongsikan resepi overnight oat yang boleh anda cuba, jom kita ketahui apakah antara kebaikan pengambilan hidangan oat ini kepada kesihatan.

1# Mengurangkan diabetes jenis 2

Oat adalah protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi sifat antidiabetik.

Diabetes jenis 2 adalah keadaan di mana individu mempunyai paras glukosa darah berlebihan dalam buah pinggang. Kesannya proses penapisan sisa menjadi tidak berkesan.

Ia tinggi serat dan rendah indeks glisemik (GI), pengambilan oat membantu meningkatkan fungsi buah pinggang, sekali gus dapat mengawal paras gula dalam darah.

resepi overnight oat 2# Mencegah penyakit jantung

Oat terdiri daripada serat yang dikenali sebagai beta glucan – terbukti dapat mengurangkan tahap peredaran kolesterol dalam darah dengan meningkatkan perkumuhan hempedu.

Oat juga kaya dengan antioksidan dan apabila digabungkan dengan vitamin C – ia membantu menghalang pengoksidaan LDL – punca masalah serangan jantung, strok, kerosakan tisu dan keradangan arteri.

Resepi overnight oat 3# Penurunan berat badan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat, overnight oat adalah pilihan terbaik kerana ia rendah kalori tetapi tetap mengenyangkan kerana kehadiran beta-glukan. Keadaan ini akan menghalang anda makan secara berlebihan.

Beta-glukan juga menggalakkan pembebasan hormon peptida yang dihasilkan dalam usus sebagai tindak balas kepada makanan dan boleh mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian.

Baca juga:

4# Melegakan sembelit

Oleh sebab oat mengandungi serat tidak larut, ia membantu pergerakan usus. Kesannya risiko untuk mengalami sembelit dapat dikurangkan. Jadi pastikan anda mengambil oat dalam hidangan sarapan pagi.

Overnight oat resepi 5# Meningkatkan fungsi otak

Oat terdiri daripada karbohidrat yang kemudian bertukar menjadi glukosa – bahan api untuk otak.

Kaya dengan serat bersama GI rendah, oat terurai dengan perlahan tanpa meningkatkan paras glukosa darah dan membolehkan otak mendapat manfaatnya untuk jangka masa lebih lama.

6# Percepatkan pertumbuhan rambut

Oat dilengkapi dengan pelbagai nutrien seperti asid lemak omega-3, zat besi, serat, asid lemak tak tepu dan zink – mineral yang diperlukan rambut.

Zat besi dalam oat bagus untuk rambut kerana ia membantu dalam mengawal pertumbuhan rambut yang normal.

Sumber biotin dalam rambut pula berkesan melawan masalah seperti kekeringan dan penipisan rambut. Ia juga membantu mencegah alopecia – keadaan di mana folikel rambut sihat menjadi rosak disebabkan sistem imun.

resepi overnight oat

Overnight oat resepi 7# Meningkatkan imuniti

Dalam fasa endemik ini, kita masih belum selamat daripada jangkitan COVID-19. Meningkatkan tahap imuniti badan antara perkara penting yang harus diutamakan pada masa kini.

Kehadiran beta-glukan dalam oat membantu meningkatkan aktiviti sel darah putih (WBC) dalam badan yang bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada sebarang jenis penyakit. 

Beta-glukan juga dapat menjadi antibiotik lebih berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Kandungan zink dan selenium dalam oat juga memainkan peranan penting dalam memerangi jangkitan. 

Sudah bersedia untuk mengetahui apakah resepi overnight oat yang boleh dicuba?

Overnight oat resepi

Resipi untuk menghasilkan overnight oat ini, tidaklah rumit. Bahkan ia sebenarnya boleh dihasilkan mengikut cita rasa individu.

Tetapi sebagai panduan bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba makanan ini, berikut dikongsikan 2 resipi.

Overnight oat dengan kacang

Bahan-bahan:

  • 4-5 sudu besar rolled oat 
  • 100ml susu rendah lemak atau susu segar dalam kotak
  • 1 sudu kecil sirap coklat Hershey
  • 1 sudu kecil biji chia
  • 7-9 biji kismis
  • 1 sudu besar biji kuaci atau biji labu
  • 1 sudu besar kacang hazel
  • 1 sudu besar yogurt Greek 

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas bertutup yang bersesuaian.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau paling minimum 5 jam.

resepi overnight oat

Resepi overnight oat Strawberry Cheesecake

Bahan-bahan:

  • 4-5 sudu besar rolled oat 
  • 100ml susu badam tanpa gula
  • 1 ½ sudu besar sudu madu
  • ½ cawan buah strawberi – dihiris
  • ½ sudu kecil ekstrak vanila
  • ¼ keju kotej
  • 1 sudu besar kacang badam – dicincang

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan – kecuali kacang badam – dalam bekas bertutup yang bersesuaian.
  2. Sejukkan dalam peti sejuk minimum 4 jam. Lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
  3. Sebelum dimakan, taburkan kacang badam.

Olah mengikut cita rasa

Penulis juga rajin membuat overnight oat. Tetapi resipi olahan penulis ringkas dengan hanya menggunakan susu berperisa coklat, rolled oat, biji chia dan hirisan kacang walnut.

Sebenarnya resepi overnight oat ini boleh diolah sendiri. Tidak ada peraturan bahan wajib yang perlu digunakan, sebaliknya mengikut cita rasa anda tersendiri.

Buat mereka yang ingin menjaga kesihatan dan berat badan, apa kata anda amalkan overnight oat ini. Selamat mencuba! 

[embed-health-tool-bmi]

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Quick Answer: What Are The Health Benefits Of Overnight Oats. https://bikehike.org/what-are-the-health-benefits-of-overnight-oats/, Accessed on April 15, 2022
  2. Prasad Rasane, Alok Jha,corresponding author Latha Sabikhi, Arvind Kumar, and V. S. Unnikrishnan (2015). Nutritional advantages of oats and opportunities for its processing as value added foods – a review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4325078/, Accessed on April 15, 2022
  3. 5 Reasons Soaked Oats are a Must-Try! https://www.onegreenplanet.org/vegan-food/reasons-raw-soaked-oats-are-a-must-try/, Accessed on April 15, 2022
  4. 6 Resipi Overnight Oats Ni Boleh Buat Anda Kenyang, Kurangkan Berat Badan & Kawal Kolesterol. https://www.rasa.my/jom-sarapan-cara-sihat-overnight-oats-ni-buat-anda-kenyang-kurangkan-berat-badan-kawal-kolesterol/, Accessed on April 15, 2022 
  5. How to Make Extraordinary Oats Overnight. https://health.clevelandclinic.org/how-to-make-extraordinary-oats-overnight-infographic/, Accessed on April 15, 2022
  6. 5 Irresistible Overnight Oats Recipes. https://www.goodnet.org/articles/5-irresistible-overnight-oats-recipes
  7. Easy Overnight Oats. https://feelgoodfoodie.net/recipe/overnight-oats/,  Accessed on April 15, 2022

 

Versi Terbaru

21/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Kurus? Jangan Skip Sarapan Pagi Ya! Pakar Kongsi 4 Resipi Ini Bantu Anda Kenyang Lama

Cuba 10 Resipi Kudapan Rendah Karbo Ini Sekarang, Khusus Untuk Pengamal Diet Atkins


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan