backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Anda Kena Tahu Rahsia Untuk Dapatkan Usus Sihat, Barulah Tak Mudah Jatuh Sakit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/02/2023

    Anda Kena Tahu Rahsia Untuk Dapatkan Usus Sihat, Barulah Tak Mudah Jatuh Sakit!

    Menjaga usus amat penting bagi mengekalkan tahap kesihatan badan secara keseluruhan. Baca selanjutnya bagi mengetahui makanan untuk usus sihat yang boleh diambil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Cara tingkatkan kesihatan usus 

    Sebelum mengetahui apakah jenis makanan untuk usus ihat yang boleh diamalkan, berikut antara petua lain bagi menjaga kesihatan sistem penghadaman anda.

    Jangan risau kerana anda boleh meningkatkan tahap kesihatan usus anda dengan beberapa langkah mudah.

    Ia tidaklah sesukar yang disangka kerana kesemuanya bermula daripada perubahan gaya hidup dan pemakanan anda sendiri.

    Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

    Kurangkan stres

    Tahap stres kronik yang tinggi memberi tekanan kpada seluruh tubuh anda, termasuklah usus anda.

    Terdapat beberapa cara untuk anda mengurangkan stres dan ini termasuklah:

    • Meditasi
    • Berjalan kaki
    • Mendapatkan urutan
    • Menghabiskan masa dengan rakan atau keluarga
    • Menggunakan minyak pati
    • Mengurangkan pengambilan kafein
    • Ketawa
    • Yoga
    • Mempunyai haiwan peliharaan.

    Rehat secukupnya

    Tidak mendapat tidur yang mencukupi atau kualiti tidur yang rendah dapat memberi impak yang serius kepada kesihatan usus anda, yang boleh menyumbang kepada masalah tidur yang lebih banyak.

    Cuba untuk memberi keutamaan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 7 – 8 jam tidur tanpa gangguan setiap malam.

    Makanan untuk usus sihat #Makan dengan perlahan

    makanan untuk usus sihat

    Mengunyah makanan anda dengan teliti dan makan makanan anda lebih perlahan dapat membantu menggalakkan pencernaan dan penyerapan nutrien yang lengkap.

    Ini boleh membantu anda mengurangkan ketidakselesaan penghadaman dan memelihara usus yang sihat.

    Minum banyak air

    Minum banyak air telah terbukti mempunyai kesan yang baik terhadap lapisan mukosa usus, serta bakteria-bakteria yang baik dalam usus. Kekal hidrat adalah cara mudah untuk menggalakkan usus yang sihat.

    Ambil prebiotik atau probiotik, makanan untuk usus sihat

    Menambahkan suplemen prebiotik atau probiotik untuk diet anda mungkin merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan usus anda.

    Prebiotik menyediakan “makanan” yang bertujuan untuk mempromosikan pertumbuhan bakteria bermanfaat di dalam usus, sementara probiotik adalah bakteria hidup yang baik.

    Berunding dengan doktor terlebih dahulu apabila memilih suplemen probiotik atau prebiotik untuk memastikan manfaat kesihatan yang terbaik.

    Baca juga:

    Kurangkan pengambilan antibiotik tanpa keperluan

    Walaupun antibiotik sering diperlukan untuk memerangi jangkitan bakteria, pengambilan secara berlebihan adalah salah satu kebimbangan kesihatan awam yang signifikan yang boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

    Antibiotik juga boleh merosakkan mikrobiota usus dan imuniti. Beberapa laporan kajian melaporkan bahawa walaupun 6 bulan selepas penggunaannya, usus masih kekurangan beberapa spesies bakteria yang berfaedah. 

    Semak intoleransi makanan

    Sekiranya anda mengalami gejala seperti kekejangan, kembung perut, sakit perut, cirit-birit, ruam, loya, keletihan, dan refluks asid, anda mungkin mengalami intoleransi makanan.

    Anda boleh cuba menghilangkan makanan pemicu yang biasa untuk melihat jika simptom anda bertambah baik.

    Jika anda boleh mengenal pasti makanan atau makanan yang menyumbang kepada simtom tersebut, anda mungkin akan melihat perubahan positif dalam kesihatan pencernaan anda dengan mengubah tabiat pemakanan anda.

    Tukar diet

    Mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang diproses, tinggi gula, dan tinggi lemak yang anda makan boleh menyumbang kepada kesihatan usus yang lebih baik.

    Selain itu, makan banyak makanan berasaskan tumbuhan dan protein tanpa lemak boleh memberi kesan positif kepada usus anda.

    Diet yang tinggi dengan kandungan serat telah terbukti menyumbang kepada mikrobiotik usus yang sihat.

    Jenis makanan untuk usus sihat

    Terdapat juga beberapa makanan yang boleh anda makan untuk mempromosikan pertumbuhan bakteria bermanfaat secara aktif dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

    makanan untuk usus sihat

    Makanan-makanan yang disarankan ini termasuklah:

    Makanan berserat tinggi

    Makanan serat tinggi seperti kekacang, oat, gandum, pisang, buah beri, asparagus dan daun bawang telah menunjukkan kesan positifnya terhadap kesihatan usus dalam banyak kajian.

    Serat adalah bahan yang paling penting untuk kesihatan usus. Serat memainkan peranan penting dalam salah satu penyakit pencernaan yang paling biasa di seluruh dunia iaitu diverticulitis (keradangan usus).

    Makan makanan yang kaya dengan kandungan serat yang tidak larut telah didapati mengurangkan risiko diverticulitis sebanyak 40 peratus. 

    Bawang putih dan bawang, antara makanan untuk usus sihat

    Bawang putih dan bawang mungkin mempunyai beberapa ciri anti-kanser dan ciri peningkatan sistem imun berdasarkan pelbagai kajian, yang berkait rapat dengan beberapa fungsi utama usus.

    Beberapa manfaat ini adalah anekdot, walaupun beberapa penyelidikan telah dilakukan.

    Makanan yang ditapai

    Makanan yang difermentasi seperti kimchi, sauerkraut, yoghurt, tempe, miso, dan kefir adalah sumber probiotik untuk usus yang sihat.

    Walaupun kualiti makanan ini berbeza-beza, faedah-faedah mereka terhadap mikrobiotik usus juga telah dikaji dan terbukti dengan baik.

    makanan untuk usus sihat

    Makanan untuk usus sihat #Tinggi kolagen

    Makanan yang kaya dengan kolagen seperti sup tulang dan salmon boleh memberi manfaat kepada keseluruhan kesihatan dan kesihatan usus.

    Anda juga boleh cuba meningkatkan pengeluaran kolagen tubuh anda melalui makanan. Cuba tambah pelbagai jenis makanan, seperti cendawan, produk tenusu yang baik, atau daging tertentu.

    Kesimpulan

    Usus sihat menyumbang kepada sistem imun tubuh kuat, kesihatan jantung, kesihatan otak, mood lebih baik, tidur berkualiti, dan pencernaan berkesan. 

    Perubahan gaya hidup yang anda lakukan melalui pengambilan makanan untuk usus sihat boleh memberi kesan positif kepada kesihatan usus dan kesihatan anda secara keseluruhan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan