backup og meta

Cuba 10 Resipi Kudapan Rendah Karbo Ini Sekarang, Khusus Untuk Pengamal Diet Atkins

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/08/2022

    Cuba 10 Resipi Kudapan Rendah Karbo Ini Sekarang, Khusus Untuk Pengamal Diet Atkins

    Bagi anda yang mengamalkan menu berdiet Atkin, kami ada beberapa cadangan snek atau kudapan untuk diet yang boleh anda cuba.

    Jangan bimbang, ia masih lagi rendah karbohidrat dan mengenyangkan perut anda. Semak senarai snek untuk diet Atkins di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Ini konsep menu diet Atkin bagi anda yang belum tahu

    Pada tahun 1972, seorang doktor perubatan iaitu Dr. Robert C. Atkins telah menulis sebuah buku yang mempromosikan kaedah diet Atkins.

    Buku ini telah mendapat sambutan hangat pada ketika itu. Dr. Robert telah mempopularkan kaedah menu diet Atkin yang bertujuan menurunkan berat badan individu.

    Secara umumnya, diet Atkins memfokuskan kepada pengambilan jenis makanan rendah karbohidrat mengikut fasa-fasa tertentu.

    Pada awal pengenalannya, diet Atkins sering dimomokkan sebagai jenis diet yang tidak sihat disebabkan kandungan lemak tepunya yang tinggi.

    Namun, telah banyak kajian yang menunjukkan hasil yang sebaliknya.

    Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa, diet Atkins mampu untuk menurunkan lebih banyak berat badan selain memperbaiki paras gula darah.

    Walaupun pelan pemakanan diet ini tinggi kandungan lemak, namun ia tidak meningkatkan paras lemak jahat secara puratanya. 

    kudapan untuk diet

    Kudapan untuk diet yang boleh anda cuba

    Terdapat beberapa jenis snek untuk diet Atkins yang boleh anda cuba di rumah.

    Sesetengah daripadanya mungkin sudah biasa anda makan, namun ada di antaranya yang merupakan idea-idea baharu yang boleh anda cuba.

    Lihat senarai di bawah ini:

    Kudapan untuk diet Atkins 1: Biskut bersama ikan

    Ikan seperti ikan sardin sememangnya kaya dengan nutrien khususnya kandungan omega-3.

    Satu tin ikan sardin tidak mengandungi sebarang kandungan karbohidrat tetapi mempunyai 23 gram protein.

    Untuk menjadikan snek anda lebih enak, makannya bersama biskut bersaiz kecil sahaja. 

    Snek untuk diet Atkins 2: Salad Caprese

    Salad Caprese ialah sejenis salad yang amat rendah kandungan karbohidrat.

    Untuk menyediakan salad ini, anda hanya memerlukan buah tomato ceri, keju Mozarella yang dipotong kecil, daun selasih yang dicincang halus, sedikit minyak zaitun serta sedikit garam sebagai perasa.

    Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan anda juga boleh meletakkan sedikit cuka untuk menaikkan rasanya. 

    Kudapan untuk diet Atkins 3: Kepingan rumpai laut

    kudapan untuk diet

    Kini, terdapat banyak kedai-kedai yang menjual kepingan rumpai laut kering.

    Rasanya yang enak dan rangup bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi juga rendah karbohidrat.

    Sekeping rumpai laut kering hanya mengandungi sekitar 1 gram karbohidrat. 

    Snek untuk diet Atkins 4: Buah aprikot segar

    Bagi jenis buah aprikot yang segar, ia rendah kandungan karbohidrat iaitu sekitar 4 gram sahaja.

    Namun, ia tidak sama dengan buah aprikot kering atau di dalam tin yang tinggi dengan kandungan gula tambahan.

    Kudapan untuk diet Atkins 5: Salad telur dan avokado

    Anda boleh melenyek buah avokado segar dan gaulkannya bersama telur rebus yang juga telah dilenyek.

    Letakkan sedikit serbuk lada hitam dan juga garam sebagai penambah rasa.

    Anda boleh memakan salad ini begitu sahaja atau memakannya bersama daun salad. 

    Snek untuk diet Atkins 6: Yogurt yang dicampur kacang

    Untuk memilih yogurt yang terbaik, pastikan anda membeli jenis yogurt asli yang tidak ditambah dengan gula tambahan.

    Gula tambahan dalam yogurt hanya akan meningkatkan jumlah karbohidrat sewaktu anda memakannya.

    Bagi menjadikan hidangan yogurt lebih enak, campurkannya bersama potongan buah-buahan atau menggunakan pemanis tanpa karbohidrat seperti stevia. 

    Baca juga:

    Kudapan untuk diet Atkins 7: Lobak merah dan mentega kacang

    Potong lobak merah mengikut saiz sebesar jari kelingking anda.

    Anda boleh mencicah lobak merah ini bersama mentega kacang kerana ia ternyata amat lazat.

    Namun, pastikan anda mendapatkan mentega kacang yang tiada gula atau anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

    Snek untuk diet Atkins 8: Potongan sayur dengan sos tzatziki

    Untuk membuat sos tzatziki, anda hanya memerlukan yogurt asli tanpa gula, bawang putih dan juga timun. Tambahkan juga sedikit daun pasli sebagai penambah rasa.

    Kisarkan kesemuanya sehingga menjadi halus dan gunakannya sebagai bahan pencicah untuk potongan sayur anda.

    Anda boleh menggunakan sayur seperti timun, lobak merah, batang saderi dan brokoli. 

    Kudapan untuk diet Atkins 9: Coklat gelap dan mentega badam

    Coklat gelap tidak mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi disebabkan kandungan gulanya yang amat rendah.

    Namun, anda perlulah memilih coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% kandungan coklat gelap tulen.

    Anda boleh memakan coklat gelap ini bersama-sama mentega badam yang dibuat sendiri di rumah. 

    Snek untuk diet Atkins 10: Deviled eggs

    kudapan untuk diet

    Jangan berasa khuatir dengan namanya kerana ia adalah resipi penyediaan telur dari Barat.

    Untuk membuat deviled eggs ini, potong telur rebus dan keluarkan kuning telur tersebut. Lenyekkan kuning telur ini dan campurkannya bersama mayones, garam dan serbuk lada hitam.

    Kemudian cedok dengan menggunakan sudu dan masukkan kembali ke dalam telur putih.

    Taburkan sedikit serbuk paprika sebagai penaik rasa. Nikmatinya sebagai hidangan snek yang enak dan sihat.

    Kesimpulan

    Tidak sukar untuk makan makanan yang rendah karbohidrat jika anda tahu resipi yang betul. Gunakan resipi ringkas yang kami sediakan ini sebagai panduan untuk anda menyediakan snek yang rendah karbo.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan