-
Mencegah kanser
Polifenol yang terkandung dalam teh hijau dikatakan dapat mengurangkan pertumbuhan tumor serta melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet UVB. Beberapa kajian menunjukkan kesan positif teh hijau dalam mencegah dan melawan serta menghalang perkembangan beberapa jenis sel kanser, seperti kanser payudara, ovari, usus, paru-paru, esofagus (tekak), prostat, kulit dan perut.
-
Memperbaiki fungsi otak
Teh hijau bukan sahaja membantu menghilangkan rasa mengantuk tetapi dalam masa yang sama ia dipercayai menjadikan anda lebih bijak. Ini kerana bahan aktif utama yang terkandung dalam teh hijau ialah kafein – sejenis bahan yang membantu merangsang kecerdasan otak. Walaupun kandungannya tidak sebanyak di dalam kopi, tetapi ia cukup untuk menghasilkan tindak balas tanpa mewujudkan rasa gelisah yang dikaitkan dengan pengambilan kafein yang berlebihan. Teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine yang dapat melepasi halangan dalam saluran darah di otak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen