backup og meta

Terdapat Pelbagai Jenis Susu Di Pasaran Tapi Yang 3 Ini Buat Anda KURUS!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    Terdapat Pelbagai Jenis Susu Di Pasaran Tapi Yang 3 Ini Buat Anda KURUS!

    Adakah benar bagi mereka yang ingin menguruskan badan, memilih susu rendah lemak untuk diet adalah yang terbaik? Atau terdapat susu bagus untuk diet yang lain?

    Kalau ingin tahu jawapannya, haruslah baca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Pengambilan susu bagus untuk diet pemakanan harian

    Menambah susu ke dalam diet adalah pilihan terbaik kerana ia membantu mengekalkan kecergasan dan membuatkan badan lebih sihat.

    Antara nutrisi yang terkandung dalam susu adalah:

    • Kalsium
    • Protein
    • Vitamin A
    • Vitamin B12
    • Vitamin D
    • Riboflavin
    • Fosforus
    • Potassium
    • Zink
    • Magnesium
    • Selenium

    Kenali jenis-jenis susu

    susu rendah lemak untuk diet

    Sebelum kita mengetahui apakah benar susu rendah lemak untuk diet pilihan terbaik atau terdapat varian lain, jom kenali terlebih dahulu jenis-jenis susu yang boleh didapati di pasaran.

    Ini antaranya:

    Susu dipastur

    Dalam proses pempasturan, bakteria berbahaya dibunuh dengan memanaskan susu pada suhu yang sangat tinggi – sekitar 700℃.

    Kaedah ini menjadikan susu sebagai produk selamat untuk dimakan tanpa menghilangkan khasiat dan juga rasanya. 

    Susu mentah

    Merupakan susu terus daripada lembu – tidak dipastur. Bermakna ia tidak dipanaskan untuk proses penyahcemaran. Apabila susu tidak dipastur, ia mengandungi kuman, bakteria dan virus yang boleh membahayakan diri. 

    Namun ada yang mengatakan ia pilihan lengkap kerana tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet.

    Susu UHT

    Ultra Heat Treatment Milk adalah teknik biasa dalam pemprosesan susu bagi memastikan tahap keselamatan.

    Keadah ini membolehkan produk siap disimpan dalam pembungkusan tertutup dan tidak dibuka pada suhu bilik untuk jangka masa yang panjang. 

    susu rendah lemak untuk diet
    Antara mesin yang digunakan dalam proses penghasilan susu UHT.

    Susu rendah lemak untuk diet

    Perbezaan antara susu rendah lemak dan penuh krim adalah jumlah lemak dalam setiap hidangan serta kandungan kalori.

    Susu ini juga mengandungi kalsium lebih tinggi serta kalori lebih rendah, sekali gus menjadikannya sesuai diminum oleh individu yang ingin menurunkan berat badan.

    Susu penuh krim

    Adakah susu ini bagus untuk diet bagi mereka yang ingin kurus? Sudah tentu tidak, seperti namanya full cream, ia adalah susu penuh kandungan lemak – pekat, berkrim dan kaya dengan rasa.

    Susu penuh krim mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi – penting dalam penjagaan kesihatan jantung dan saluran darah.

    Susu skim, antara susu rendah lemak untuk diet 

    Jika anda mencari nutrien yang sama seperti susu penuh krim tetapi ingin mengurangkan kalori dan lemak – susu tanpa lemak atau skim, ini pilihannya.

    Walaupun tanpa lemak, khasiat penting termasuk protein masih ada. Ia pilihan terbaik buat mereka yang mengamalkan diet pemakanan ketat.

    Susu tanpa laktosa

    Produk tenusu tanpa laktosa – pilihan bagus buat mereka dengan intoleransi laktosa.

    Dalam penghasilan susu ini, laktosa iaitu gula terdapat dalam susu yang memberi masalah penghadaman dihidrolisis – ia dicernakan terlebih dahulu.

    Susu berperisa, adakah ia susu rendah lemak untuk diet?

    Merupakan minuman berprotein yang lazat untuk kanak-kanak dan dewasa. Ia dikira sebagai hidangan tenusu kerana tetap mengandungi nutrien penting.

    Malah berdasarkan kajian, kanak-kanak yang minum susu berperisa akan mengambil lebih banyak susu berbanding yang lain.

    Pelbagai perisa terdapat di pasaran, tetapi terdapat penambahan sedikit kandungan gula dalam susu berperisa.

    susu rendah lemak untuk diet

    Susu kambing

    Susu kambing dikatakan lebih mudah dihadam berbanding susu lembu, tetapi tetap mengandungi laktosa dan protein yang sama. Bermakna jika anda alah dengan susu lembu, perkara sama juga boleh berlaku dengan susu ini. 

    Tahap lemak tepu juga sama. Namun ada yang mengatakan ia merupakan alternatif lazat kepada susu lembu. 

    Susu soya

    Protein susu soya dikaitkan dengan manfaat kesihatan jantung dengan membantu mengurangkan tahap kolesterol – bermakna ia merupakan susu bagus untuk diet pemakanan harian. 

    Susu soya tanpa gula adalah sama dengan susu separuh skim bagi kandungan lemak dan proteinnya, tetapi ia perlu diperkaya untuk menjadi sumber kalsium. 

    Susu oat & beras

    Susu oat mengandungi beta glukan – membantu mengekalkan paras kolesterol normal. Ia rendah lemak tetapi juga rendah protein. Sebaiknya pilihlah versi tanpa gula.

    Susu beras sama seperti susu oat dari aspek pemakanan tetapi tiada beta glukan. 

    Susu badam

    Susu badam tanpa gula pilihan bagus untuk mereka yang mengikuti diet rendah karbohidrat atau ketogenik. 

    Ia biasanya rendah kalori, gula dan lemak serta diperkaya dengan antioksidan. Pun begitu ia juga rendah protein.

    Susu rendah lemak untuk diet atau ada pilihan lain?

    Jadi yang manakah susu sesuai buat mereka yang ingin kurus?

    Susu skim

    Susu tenusu ini adalah pilihan yang bagus jika anda sedang mencuba menurunkan berat badan.

    Baca juga:

    Susu soya 

    Ini pilihan yang baik buat mereka dengan alahan laktosa. Ia mempunyai nilai pemakanan seperti susu biasa cuma kandungan protein yang rendah.

    Susu badam 

    Jika anda vegan, alah kepada soya atau mengalami intoleransi laktosa, susu badam sesuai sebagai pilihan.

    Ini kerana ia rendah kalori dan kaya flavonoid yang menyihatkan jantung dan membantu menurunkan kalori tetapi rendah protein dan kalsium.

    Jadi yang mana satu pilihan anda? 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan