Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid. Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.
Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.
Paling penting, kebanyakan pakar juga berpendapat bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu formula dan ini mungkin akan memainkan faktor bayi anda akan menyukai susu segar lebih daripada susu formula.
Susu yang manakah lebih sesuai buat bayi anda?
Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama sahaja. Sekiranya anda merupakan pasangan ibu bapa yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.
Sekiranya anda merupakan pasangan ibu bapa yang lebih percaya dengan produk buatan manusia, ia adalah 100% terpulang kepada anda.
Jadi? Adakah kelebihan-kelebihan tersebut dapat membantu anda untuk membuat keputusan anda? Atau adakah anda memerlukan lebih informasi?
Konklusi

Konklusinya, isu pemilihan antara susu segar atau susu formula ini bukanlah satu isu yang sangat besar.
Ini kerana susu segar dan susu formula ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri dan akan membawa kandungan nutrien, khasiat dan manfaat yang lebih kurang sama sahaja kepada bayi.
Dengan itu, jawapan kepada persoalan artikel ini sudah terjawab dan tiada satu pun antara pilihan susu tersebut adalah lebih baik berbanding yang satu lagi.
Pihak Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda sebagai ibu bapa untuk memilih sumber susu yang paling sesuai buat bayi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen