Strawberi boleh dicampurkan dengan beberapa pilihan makanan untuk menjadikan makanan bayi lebih lazat. Berikut adalah beberapa cadangan kombinasi makanan:
- Buah-buahan. Puri strawberi yang dicampurkan dengan puri buah-buahan lain akan memberikan rasa yang hebat. Antara buah-buahan yang menjadi pilihan seperti mangga dan pic.
- Bijirin bayi: tambahan strawberi bersama pelbagai jenis pilihan bijirin bayi. Anda turut boleh mencampurkan tepung yang diperbuat daripada beras dan oat untuk menghasilkan bubur yang lazat.
- Susu dan yogurt. Merupakan kombinasi klasik yang digemari oleh individu dewasa dan kanak-kanak. Campuran strawberi dan susu lembu adalah sesuai untuk diberikan selepas bayi berusia 12 bulan.
Kebaikan strawberi
- Menguatkan sistem imun
Strawberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan fitokimia yang berperanan untuk menjaga sistem imun agar sentiasa sihat. Sistem imun yang lebih kuat dapat meningkatkan ketahanan bayi terhadap beberapa patogen yang menyebabkan penyakit.
- Meningkatkan sistem saraf
Fitokimia yang terdapat dalam strawberi menawarkan beberapa manfaat kepada sistem saraf, termasuk meningkatkan fungsi otak.
- Baik untuk sistem peredaran darah
Kalium dalam strawberi memberikan peranan kepada kesihatan umum bayi, mengembangkan saluran darah dan mempertingkatkan tahap kesihatan sistem peredaran darah secara keseluruhan.
- Tulang kekal sihat
Strawberi mengandungi kalsium, fosforus, fluorida yang memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang – amat penting untuk pembesaran bayi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen