backup og meta

Risau Pilih Makanan Sebab Ada Diabetes? Ini Menu Sesuai Untuk Anda

Risau Pilih Makanan Sebab Ada Diabetes? Ini Menu Sesuai Untuk Anda

Pesakit diabetes tidak boleh mengambil sebarang makanan kerana ada makanan untuk kencing manis khas bagi tujuan mengawal kadar gula darah. 

Bagi mereka yang baru sahaja didiagnosis dengan penyakit ini, mungkin anda juga sedang mencari contoh menu makanan untuk kencing manis agar pemakanan harian terkawal. 

Jika anda sememangnya ingin mengetahui apakah menu diet diabetes seminggu, sila ikuti artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Zat atau nutrisi yang mesti ada dalam menu makanan pesakit diabetes

Kelebihan diet diabetes

Menu diet diabetes seminggu dan senaman dapat membantu pesakit diabetes untuk:
  1. Kekalkan tahap gula dalam darah dalam julat yang sihat.
  2. Turunkan berat atau kekalkan berat badan.
  3. Cegah komplikasi diabetes.
  4. Rasa lebih cergas dan bertenaga.

Pengambilan jenis dan jumlah makanan untuk kencing manis sememangnya perlu dikawal dan diberi perhatian. Ini kerana ia boleh mempengaruhi dan memberi kesan mendadak pada paras gula darah pesakit ini. 

Namun, ia tidak bermakna mereka boleh mengabaikan sebarang pengambilan nutrisi penting untuk tubuh mereka.

Berikut adalah jenis dan amaun nutrisi yang perlu diambil oleh seorang pesakit diabetes dalam pemakanan mereka. 

#1. Karbohidrat

diet pesakit diabetes
Makanan yang boleh dimakan oleh pesakit diabetes.

Walaupun karbohidrat sering dikaitkan dengan peningkatan paras gula darah, namun ia mesti diambil oleh pesakit diabetes. Ini kerana karbo penting sebagai sumber tenaga utama bagi tubuh badan manusia.

Pengambilan karbohidrat bagi pesakit diabetes adalah antara 46 hingga 65% daripada pengambilan kalori keseluruhan harian.

Untuk jenis karbohidrat yang disarankan, pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan serat seperti beras perang dan pengambilannya mestilah tidak kurang daripada 130 gram setiap hari.

#2. Lemak

Bagi kandungan lemak, mereka yang menghidap diabetes disarankan untuk mengambil sebanyak 20 hingga 25% kandungannya daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jangan sesekali makan lebih 30% daripada jumlah lemak yang diambil. 

Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans seperti daging yang berlemak untuk mencegah risiko penyakit lain seperti penyakit jantung.

#3. Protein

Pesakit diabetes juga perlu mengambil sumber protein bagi menyokong kesihatan sel-sel tubuh. Untuk pesakit diabetes, mereka memerlukan sebanyak 10 hingga 20% protein daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil. 

Jenis makanan berprotein yang disarankan ialah seperti ikan, udang, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah atau tanpa lemak atau kekacang seperti kacang soya.

#4. Garam

Garam berfungsi mengawal keseimbangan elektrolit selain menyokong fungsi saraf pada tubuh manusia.

Oleh sebab itu, anda mesti mengambil garam dalam makanan tetapi dengan jumlah yang terkawal. Jumlah pengambilan garam yang dicadangkan ialah tidak kurang daripada 2,000 miligram setiap hari. 

#5. Serat

Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti beras perang selain daripada sumber buah-buahan, kekacang dan juga sayur-sayuran.

Mereka juga disarankan untuk mengambil sebanyak 20-35 gram serat setiap hari daripada pelbagai sumber makanan. 

Makanan yang tinggi serat membantu pesakit diabetes untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Ini adalah contoh menu makanan untuk kencing manis

Kami berikan kepada anda 3 jenis menu diet diabetes seminggu yang berbeza dan merangkumi hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.

Contoh menu makanan untuk kencing manis 1

makanan untuk kencing manis
Makanan yang sesuai untuk pesakit diabetes.

#1. Menu sarapan pagi untuk pesakit kencing manis

  • 200 gram nasi (sekitar 1 cawan setengah)
  • 1 biji telur dadar
  • 20 gram sayur seperti kacang panjang
  • Sup labu
  • Buah tembikai susu

#2. Makan tengah hari

  • 200 gram nasi
  • 1 potong ikan sekitar 40 gram
  • 2 potong tempe sekitar 50 gram
  • 1 mangkuk sup sayur
  • Buah nanas

#3. Makan malam

  • 200 gram nasi
  • 1 potong ayam goreng sekitar 40 gram
  • Sayur cendawan goreng bersama tauhu sekitar 110 gram
  • 1 mangkuk sayur bayam
  • Buah betik

Contoh menu makanan untuk kencing manis 2

#1. Menu sarapan pagi untuk pesakit kencing manis

#2. Makan tengah hari

  • 200 gram nasi
  • 1 potong ikan goreng sekitar 40 gram
  • Sayur kangkung goreng sekitar 100 gram
  • 2 biji buah pisang

#3. Makan malam

  • 100 gram nasi
  • 1 biji telur dadar
  • 1 gelas sayur brokoli tumis sekitar 100 gram
  • Buah epal
buah untuk pesakit diabetes
Jenis buah yang bagus dan perlu dielak penghidap diabetes.

Contoh menu makanan untuk kencing manis 3

#1. Menu sarapan pagi untuk pesakit kencing manis

  • 150 gram nasi
  • Daging masak lada hitam sekitar 35 gram
  • Sayur kacang panjang dan juga tauge yang ditumis sekitar 50 gram
  • Buah tembikai

#2. Makan tengah hari

  • 200 gram nasi
  • 1 potong ikan masak stim sekitar 40 gram
  • Sayur goreng
  • Buah nanas

#3. Makan malam

  • 200 gram nasi
  • 1 potong ayam masak sambal sekitar 40 gram
  • 1 potong ikan goreng sekitar 40 gram
  • Sayur sawi goreng sekitar 50 gram
  • Buah pisang

Kesimpulan

Bagi penghidap diabetes yang mencari contoh menu makanan untuk diabetes, anda boleh mengikuti menu diet diabetes seminggu yang dicadangkan ini.

Tidak semestinya anda perlu ikut cara hidangan yang dicadangkan ini. Anda boleh mempelbagaikan resepi dan cara masakan mengikut kegemaran anda.

Tetapi pastikan anda mengawal segala penggunaan bahan-bahan sampingan lain dalam lauk anda seperti gula, minyak, garam dan buah yang tidak boleh dimakan oleh pesakit kencing manis. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes diet: Create your healthy-eating plan. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-diet/art-20044295. Accessed Nov 22, 2021.
  2. Diabetes Diet, Eating, & Physical Activity. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/diet-eating-physical-activity. Accessed Nov 22, 2021.
  3. Diabetes meal plans made easy. https://www.diabetes.org/nutrition/meal-planning. Accessed Nov 22, 2021.
  4. Diabetes Meal Planning. https://www.cdc.gov/diabetes/managing/eat-well/meal-plan-method.html Accessed Nov 22, 2021.
  5. Meal plans and diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/meal-plans. Accessed Nov 22, 2021.

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 7 Jenis Buah Dan Sayur TERBAIK Untuk Pesakit Diabetes

Penghidap Diabetes Makan Buah Kurma, Yang Mana Baik, Kurma Segar @ Kering?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan