1. Makanan laut
Makanan laut adalah pilihan yang baik dan mudah sebagai sumber protein memandangkan ia kebiasaannya mengandungi rendah lemak. Sebahagian makanan laut adalah tinggi lemak seperti ikan salmon. Namun, ia mengandungi lemak yang sihat untuk jantung iaitu asid lemak omega 3.
2. Susu, keju dan yogurt
Susu serta produk tenusu seperti keju dan yogurt bukan sahaja kaya dengan protein, ia juga mengandungi kalsium dan sebahagiannya turut mengandungi vitamin D. Susu skim dan rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan gigi dan tulang yang kuat serta mencegah penyakit osteoporosis.
3. Telur

Dengan harga yang murah dan mudah didapati, telur merupakan pilihan diet yang bagus. Mengambil telur sebiji sehari masih selamat untuk kesihatan.
4. Kekacang
Setengah cawan kekacang mengandungi protein sama banyak dengan 30 gram daging yang dimasak. Tambahan pula, kekacang kaya dengan serat yang membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama.
5. Soya
Kacang soya membantu menurunkan kolesterol. 50 gram soya sehari boleh menurunkan kolesterol sebanyak sekitar 3%. Menggantikan sumber protein lain yang tinggi lemak dengan soya adalah baik dan sihat untuk jantung.