home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Protein Soya Berpotensi Mengurangkan Kolesterol

Protein Soya Berpotensi Mengurangkan Kolesterol

Protein soya mempunyai keupayaan untuk menurunkan kolesterol dengan jumlah yang kecil tetapi signifikan, berdasarkan penyelidikan baharu yang diketuai oleh Hospital St. Michael di Toronto, Kanada.

Di samping tindakan U.S. Food and Drug Administration (FDA) yang merancang untuk mengeluarkan soya dari senarai makanan yang sihat kepada jantung, penyelidik di Hospital St. Michael menyatakan untuk menyediakan meta-analisis 46 percubaan sedia ada yang menilai soya dan menentukan apakah langkah yang dicadangkan itu sejajar dengan kajian sedia ada.

Daripada 46 ujian, 43 daripadanya menyediakan data yang mencukupi untuk meta-analisis. 41 ujian telah mengkaji kesan protein pada kolesterol lipoprotein berkepadatan rendah (LDL), yang sering disebut sebagai “kolesterol jahat” kerana jumlahnya yang tinggi menyebabkan pembentukan kolesterol dalam arteri. Kesemua 43 kajian menyediakan data mengenai “jumlah kolesterol,” yang mencerminkan jumlah keseluruhan kolesterol dalam darah.

Menurut Dr. David Jenkins, pengarang utama kajian tersebut, yang juga pengarah Clinical Nutrition and Risk Factor Modification Centre, dan saintis di Li Ka Shing Knowledge Institute of St. Michael’s Hospital, penyelidik mendapati bahawa protein soya mengurangkan kolesterol LDL sebanyak tiga hingga empat peratus pada orang dewasa – jumlah yang kecil tetapi signifikan.

Menurut Dr. Jenkins lagi, apabila seseorang menambah pergeseran lemak tepu yang tinggi dan daging yang tinggi kandungan kolesterol ke dalam diet yang juga terdiri dengan kandungan soya, pengurangan kolesterol mungkin juga menjadi lebih besar. Data sedia ada dan analisis mereka mencadangkan bahawa protein soya menyumbang kepada kesihatan jantung.

Dr. Jenkins dan pasukan penyelidikannya berharap agar hasil penyelidikan ini diambil kira dalam penilaian semasa protein soya oleh FDA memandangkan ia berkaitan dengan kesihatan jantung.

Menurut Dr. Jenkins lagi, beliau dan pasukan penyelidikannya berharap agar orang ramai akan terus mempertimbangkan diet berasaskan tumbuhan sebagai pilihan yang sihat.

Kelebihan lain protein soya:

  • Makan makanan berasaskan soya adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat. Serat menggalakkan sistem gastrousus yang sihat, mengurangkan kolesterol, dan dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
  • Makanan berasaskan kacang soya adalah sumber lemak tidak tepu yang baik. Lemak tidak tepu mempunyai beberapa manfaat terhadap kesihatan jantung, seperti menurunkan kadar kolesterol.
  • Makanan berasaskan soya adalah sumber vitamin dan mineral yang baik. Ia mengandungi vitamin B, zat besi, zink dan pelbagai antioksidan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Sonia Blanco Mejia, Mark Messina, Siying S Li, Effie Viguiliouk, Laura Chiavaroli, Tauseef A Khan, Korbua Srichaikul, Arash Mirrahimi, John L Sievenpiper, Penny Kris-Etherton, David J A Jenkins. A Meta-Analysis of 46 Studies Identified by the FDA Demonstrates that Soy Protein Decreases Circulating LDL and Total Cholesterol Concentrations in Adults. The Journal of Nutrition, 2019; DOI: 10.1093/jn/nxz020
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190506111423.htm
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17491-soy-foods/benefits-of-soy
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 13/05/2019
x