Tahukah anda, terdapat banyak makanan untuk pesakit diabetes? Ada banyak jenis sayur dan buah yang sedap serta boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak, namun masih lagi mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, terdapat banyak makanan untuk pesakit diabetes? Ada banyak jenis sayur dan buah yang sedap serta boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak, namun masih lagi mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Jika anda menghidap diabetes, makanan yang anda pilih penting untuk mengawal tahap gula dalam darah anda.
Anda masih boleh makan manis sekali-sekala. Walau bagaimanapun, setelah anda menghidap kencing manis, anda mungkin terpaksa mengawal pemakanan anda sampai bila-bila.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa anda masih boleh makan banyak makanan yang sedap dan berkhasiat walaupun anda menghidap kencing manis.
Jika nak tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami mengenai sayur dan buah yang terbaik boleh diambil pesakit kencing manis!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan untuk pesakit diabetes yang berkhasiat.
Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan juga antioksidan.
Tambah lagi, walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!
Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti vitamin C, mineral dan phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.
Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak.
Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.
Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk anda dapatkan. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.
Sejenis fiber yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah.
Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.
Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.
Anda mungkin juga berminat:
BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis.
Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.
Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal.
Namun, kandungan fiber dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.
Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.
Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C.
Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.
Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!
Buah oren merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang. Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori.
Di samping itu, buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah!
Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.
Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!
Jika anda menghidap diabetes, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan.
Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tinggi.
Selain membuatkan kencing manis jadi makin teruk, anda juga mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap penyakit lain seperti sakit jantung dan juga obesiti! Jadi, jaga pemakanan anda, ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen