Bukan sahaja makanan, minuman juga dapat membantu anda untuk diet dan kurus. Jika dilakukan bersama dengan amalan sihat lain seperti bersenam, ada beberapa jenis minuman untuk kurus yang mungkin berkesan turunkan berat badan.
Sebagai contoh, minuman untuk kurus seperti teh hijau, kopi dan minuman protein sudah lama terbukti dapat mempercepatkan metabolisme, membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan menyeimbangkan gula dalam darah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Jenis minuman untuk kurus
Mungkin ramai yang sangka minum air untuk kurus akan memakan wang yang banyak. Lihat sahajalah jus yang dijual di pasar raya besar, semuanya berharga daripada RM 10 ke RM 15. Mahal bukan!
Sebenarnya, kita boleh membuat minum air untuk kurus sendiri di rumah dengan harga yang jauh lebih murah. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi produk minum air untuk kurus yang boleh anda masukkan ke dalam diet seharian.
Di bawah kami senaraikan 7 jenis minuman kurus yang anda boleh cuba:
#1. Air kosong, minuman untuk kurus yang terbaik!
Sudah pastilah air kosong amat bagus untuk mereka yang sedang berdiet.
Menurut sebuah kajian, para pengkaji telah mendapati jumlah kalori yang dibakar semasa anda tidak bergerak boleh meningkat sebanyak 24 hingga 30% dalam masa 10 minit selepas minum air kosong.
Malah, mereka yang gemar minum air kosong juga kurang rasa mengidam untuk makan makanan tertentu. Ia juga dapat membantu buah pinggang dan hati anda untuk berfungsi dengan lebih baik.
#2. Teh hijau produk minuman untuk kurus
Teh hijau bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minuman ini sudah lama mendapat tempat di hati mereka yang ingin diet dan kurus.
Teh hijau mengandungi sejenis antioksidan yang dikenali sebagai catechins yang boleh meningkatkan metabolisme badan dan kebolehan badan untuk membakar lemak.
Bukan itu sahaja, secawan teh hijau mengandungi sekitar 24-40 mg kafein, sejenis stimulan yang mampu meningkatkan pembakaran kalori semasa bersenam.
Minum air untuk kurus #3. Air lemon
Satu lagi pilihan yang baik untuk mereka yang sedang berdiet ialah air lemon.
Walau bagaimanapun, hingga hari ini, tidak ada sebarang bukti bahawa air lemon mempunyai apa-apa kelebihan yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Tetapi, menambah sepotong lemon ke dalam air kosong merupakan cara yang terbaik untuk menambah perisa ke dalam air tanpa sebarang pertambahan kalori yang ketara.
Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk minum air kosong, cuba masukkan sepotong lemon ke dalamnya.
Bukan itu sahaja, lemon juga mempunyai banyak vitamin C yang boleh meningkatkan imuniti badan dan menambah penyerapan zat besi.
#4. Minuman untuk diet, cubalah kopi!
Kopi sebenarnya boleh membantu anda untuk kurus, asalkan anda tidak memakannya dengan sebiji donat atau sepotong kek.
Menurut sebuah kajian di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, minum kopi 4 cawan sehari boleh mengurangkan lemak di dalam badan sebanyak 4%.
Bukan itu sahaja, kopi juga dapat membuatkan anda rasa lebih gembira kerana ia berupaya mempengaruhi mood anda sepanjang hari.
Walau bagaimanapun, bukan semua jenis kopi itu sihat untuk badan. Jika ia mengandungi terlalu banyak gula, kopi juga boleh bertukar menjadi sesuatu yang memudaratkan badan.
#5. Teh hitam, minuman untuk kurus dan turunkan berat badan
Sama seperti teh hijau, teh hitam juga mengandungi kafein, sejenis stimulan yang boleh mempercepatkan metabolisme badan.
Tetapi, teh hitam lebih istimewa kerana ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai polifenol.
Polifenol amat berkesan untuk mengurangkan rasa mengidam (cravings), menambah bilangan bakteria baik di dalam perut dan menggalakkan pembakaran lemak.
#6. Minum air kelapa untuk kurus
Tahukah anda, air isotonik dicipta untuk mereka yang kuat bersukan dan bukannya untuk individu yang bersenam secara ringan? Malah, kadar gula dan kalorinya yang tinggi tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang ingin berdiet.
Sebagai ganti, cuba minum air kelapa. Air kelapa mengandungi 5 elektrolit utama untuk memastikan badan kekal hidrat selepas bersukan seperti:
- Sodium
- Kalsium
- Potasium
- Magnesium
- Fosforus
#7. Amalkan minuman protein untuk kurus
Minuman protein atau protein shakes bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, ia boleh dibeli dengan mudah di laman sosial dan juga di farmasi berdekatan. Jika anda ingin rasa kenyang dengan cepat, cuba ambil minuman protein pada waktu pagi.
Namun, sebelum anda beli minuman protein, pastikan anda baca dahulu label makanan. Jangan pilih jenama yang mempunyai kadar gula yang tinggi atau sebarang bahan yang berbahaya terhadap kesihatan.
Kesimpulan
Minuman untuk turunkan berat badan
- Air kosong
- Teh hijau
- Air lemon
- Kopi
- Teh hitam
- Air kelapa
- Minuman protein
Benar bukan, anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan minuman untuk kurus dan diet yang terbaik!
Hanya mengamalkan diet air kosong 14 hari, atau tambah sepotong lemon sudah cukup untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Dengan banyak pilihan minuman untuk kurus yang ada, perjalanan anda untuk menurunkan berat badan pasti akan jadi lebih mudah selepas ini!
[embed-health-tool-bmi]