backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ramai Tak Tahu, Jus Buah Boleh Jadi Punca Utama Perut Buncit! Tapi Kenapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/07/2022

    Ramai Tak Tahu, Jus Buah Boleh Jadi Punca Utama Perut Buncit! Tapi Kenapa?

    Apabila umur semakin lanjut, lemak perut bawah mula muncul. Kadangkala sampai naik rimas dan malu jika lemak perut semakin membesar. Anda tahu cara untuk buang lemak perut buncit ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

    Lemak perut bawah juga disebut sebagai lemak viseral

    Masalah lemak perut bawah ini bukanlah satu isu yang hanya berlegar dalam satu-satu jantina sahaja. Ia boleh berlaku sama ada terhadap lelaki dan juga wanita.

    Tahukah anda, lemak perut yang berlebihan ini sebenarnya amat berbahaya kepada kesihatan tubuh?

    Ini kerana ia adalah faktor risiko bagi penyakit-penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, kanser, penyakit jantung dan lain-lain lagi.

    Dalam dunia perubatan, lemak perut bawah ini dikenali sebagai lemak viseral (visceral fat).

    Ketahui punca-punca sebenar yang menyebabkan perut anda menjadi buncit di bawah ini. 

    Punca-punca terbentuknya lemak perut bawah

    Berikut ialah lima punca yang sering menyebabkan perut buncit tanpa anda ketahui:

    #1. Lemak perut bawah berpunca daripada jus buah

    lemak perut bawah

    Percaya atau tidak, hakikatnya jus buah-buahan menjadi antara sebab utama perut anda mempunyai lemak berlebihan.

    Walaupun jus buah-buahan kedengaran seperti sejenis minuman yang sihat dan bersifat semula jadi, namun ia tidak seperti yang kita bayangkan.

    Jus buah-buahan amat tinggi dengan kandungan gula walaupun jus yang anda buat sendiri di rumah.

    Tidak dinafikan bahawa jus buah-buahan sememangnya kaya dengan vitamin dan mineral, namun kandungan gula di dalamnya boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 

    #2. Diet kurang kandungan protein

    Jenis makanan yang tinggi kandungan protein boleh menyebabkan anda menjadi lebih cepat kenyang.

    Dengan itu, anda akan kurang mengambil makanan yang seterusnya mengurangkan jumlah kalori harian.

    Namun, jika anda kurang mengambil sumber protein setiap hari, maka ia boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

    Kekurangan sumber protein dalam tubuh akan menyebabkan anda cepat lapar dan akhirnya mempunyai perut yang buncit. 

    #3. Lemak trans juga jadi punca terbentuknya lemak perut bawah

    lemak perut bawah

    Lemak trans ialah sejenis lemak jahat yang merisikokan anda kepada pelbagai jenis penyakit.

    Lemak trans banyak digunakan dalam industri produk makanan kerana ia boleh membantu memanjangkan hayat produk makanan.

    Lemak trans banyak dijumpai dalam makanan yang diproses seperti biskut, nuget dan kek.

    Lemak trans menjadi antara penyebab utama perut anda menjadi buncit. 

    #4. Hidup yang pasif

    Jika anda banyak duduk atau baring setiap hari tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, maka itu adalah jenis kehidupan yang pasif.

    Gaya hidup yang pasif seperti ini sememangnya sangat tidak menyihatkan tubuh badan.

    Ia menjadi antara punca obesiti yang paling utama.

    Maka tidak hairanlah jika perut boleh menjadi buncit jika kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang lain. 

    #5. Makanan dan minuman yang tinggi gula jadi punca lemak perut bawah

    Kita mungkin hanya mengenali gula dalam bentuk gula pasir secara fizikal sahaja.

    Namun tahukah anda, ada banyak lagi makanan harian anda yang sebenarnya tinggi kandungan gula.

    Ini termasuklah kek, yogurt berperisa, teh, kopi, kicap, sos dan lain-lain lagi.

    Makanan tinggi kandungan gula seperti ini sememangnya diketahui boleh menyebabkan perut buncit.

    Malah, ia juga boleh menyebabkan anda mengalami obesiti dan diabetes jika pengambilannya tidak dikawal setiap hari. 

    Cara untuk buang lemak perut buncit

    lemak perut bawah

    Memandangkan anda sudah mengetahui punca-punca perut buncit seperti di atas, maka anda pasti ingin tahu cara terbaik buang lemak perut buncit.

    Antara yang boleh anda lakukan ialah:

    1. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula. Jika anda mengidam kepada makanan manis, ambil pilihan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan segar.
    2. Banyakkan pengambilan makanan berprotein. Pastikan anda mengambil sama ada ikan, ayam atau daging setiap hari apabila anda ingin makan. Makanan tinggi protein juga menjadi cara terbaik untuk buang lemak perut buncit.
    3. Kurangkan memakan makanan yang diproses. Banyakkan makan makanan sebenar dan kurangkan makan makanan yang diproses. Antara makanan yang perlu anda elakkan adalah seperti daging burger, sosej, nuget, makanan dalam tin dan makanan ringan.
    4. Amalkan gaya hidup yang aktif. Pastikan anda melakukan aktiviti fizikal setiap hari seperti bersenam, bersukan, membersihkan rumah, berkebun atau lain-lain lagi. 
    5. Dapatkan tidur yang mencukupi. Pastikan anda mendapat tidur yang bukan sahaja mencukupi malah berkualiti. Tidur awal setiap hari supaya anda mempunyai cukup masa untuk mengecas tenaga diri anda. 
    6. Berhenti merokok. Merokok menjadi antara punca perut menjadi buncit. Oleh itu, kurangkan dan cuba untuk berhenti merokok. Ia bukan sahaja boleh membantu buang lemak perut buncit, tetapi mengurangkan risiko penyakit kronik. 

    [health_tool_article id=”32121″]

    Kesimpulan

    Kini anda telah mengetahui punca-punca yang menyebabkan timbulnya lemak perut bawah.

    Amalkan tip seperti yang telah dinyatakan untuk buang lemak perut buncit anda.

    Membuang lemak perut seperti ini bukan sahaja mampu menguruskan badan, tetapi juga mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kronik. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan