Senaman untuk wanita obesiti 1: Aerobik
Senaman aerobik boleh membantu degupan jantung anda meningkat naik selain meningkatkan pengepaman darah.
Senaman aerobik boleh melibatkan beberapa kaedah seperti berenang, menari, berjoging, berjalan kaki, dan berbasikal.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan bantuan alat kecergasan seperti mesin treadmill.
Senaman untuk wanita obesiti 2: Yoga
Walaupun yoga mungkin tidak mempunyai kadar intensiti yang tinggi, namun ia sebenarnya boleh membantu mengurangkan berat badan anda.
Kajian menunjukkan bahawa, mereka yang melakukan senaman yoga lebih berjaga-jaga dan beringat dengan apa yang mereka makan.
Dengan itu, secara tidak langsung mereka dapat mengurangkan risiko untuk mendapat obesiti.
Senaman untuk wanita obesiti 3: Latihan beban
Apabila anda cuba melakukan aktiviti work out, ia bukan sahaja membantu membakar lebih banyak kalori tetapi juga membina otot anda.
Pembinaan otot juga sebenarnya boleh membantu membakar kalori.
Anda boleh melakukan senaman dan latihan beban ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.
Periksa diri anda sebelum memulakan senaman

Apa pun yang anda ingin lakukan, anda perlu memastikan tahap kesihatan anda sebagai langkah yang paling utama.
Begitu juga dengan aktiviti senaman, anda perlu mengetahui keadaan semasa diri anda bagi mengelakkan sebarang kesan buruk atau risiko ketika bersenam.
Apatah lagi jika ia melibatkan aktiviti yang berintensiti tinggi dan mengambil masa yang lebih lama.
Sekiranya anda ada menghidap penyakit jantung, diabetes, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang dan arthritis, maka anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman.
Begitu juga dengan mereka yang sudah lama tidak aktif, anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum bersenam.
Ketika bersenam, perhatikan sebarang tanda atau isyarat yang diberikan oleh tubuh badan anda.
Jika ia menunjukkan tanda yang agak kurang baik, maka hentikan senaman anda perlahan-lahan.
Selain itu, lakukan senaman mengikut fasa dan kemampuan anda.
[health_tool_article id=”94632″]
Elakkan daripada terus melakukan fasa senaman dengan intensiti tinggi kerana ia boleh mencederakan diri anda sendiri.
Hentikan senaman yang dilakukan dengan serta-merta sekiranya anda mengalami sesak nafas, kecederaan atau sebarang kesakitan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen