Faktor risiko peningkatan tahap kolesterol
Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan peningkatan tahap kolesterol LDL dalam tubuh anda seperti :
Kebaikan teh hijau sebagai ubat kolesterol semula jadi

Teh hijau atau nama saintifiknya Camellia sinensis mempunyai sejenis kandungan flavonoid unik dengan antioksidan tinggi bergelar katekin.
Walaupun katekin tidak mempengaruhi kerja enzim yang memecah lemak, ia bertindak dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dan meningkatkan pembuangan kolesterol daripada badan.
Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2011 mendapati kebaikan teh hijau boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan trigliserida dengan ketara.
Kajian di Jepun melibatkan 40,530 orang dewasa membuktikan individu yang minum lebih daripada 5 cawan teh hijau sehari mempunyai risiko kematian 26% lebih rendah disebabkan oleh strok atau serangan jantung.
Dapatan ini dibuat berbanding dengan individu yang minum kurang daripada secawan sehari.
Ia juga boleh meningkatkan keupayaan antioksidan dalam darah. Hal ini penting untuk mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL yang merupakan salah satu faktor risiko penyakit jantung.
Kebaikan teh hijau dan tempoh menurunkan tahap kolesterol
Seperti bahan semula jadi yang lain, anda tidak akan dapat melihat kebaikan teh hijau pada tahap kolesterol anda dalam jangka masa yang singkat.
Banyak kajian mengesyorkan pengambilan teh hijau selama berminggu-minggu sebelum ada penurunan kadar kolesterol.
Sesetengah kajian lain pula menyatakan tidak ada perubahan yang akan berlaku buat 2 bulan yang pertama.
Oleh itu, konsumsi teh hijau harus dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya buat pengawalan tahap kolesterol anda.
Kathy McManus, Pengarah Bahagian Nutrisi di Brigham and Women’s Hospital berpendapat, meskipun tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan dalam kajian, tapi katekin mampu meningkatkan enzim hati pada haiwan.
Selain itu, teh hijau juga merupakan sumber oksalat utama yang boleh menyebabkan batu karang ginjal.
Jika diambil dalam jumlah yang berlebihan, ia boleh meningkatkan risiko anda mendapat batu karang ginjal.
Namun, jika teh hijau diambil dalam kuantiti yang berpatutan, ia boleh meningkatkan kesihatan jantung anda.
Konklusi
Kebaikan teh hijau tidak berakhir dengan pengawalan tahap kolesterol anda.
Terdapat banyak lagi manfaatnya buat tubuh anda seperti melawan kanser, pengawalan berat badan dan sebagainya.
Sertakanlah sekurang-kurangnya 2 gelas teh ajaib ini dalam hidangan setiap hari untuk kesihatan tubuh anda.
Jangan lupa kongsikan tip ini dengan orang tersayang.
NAMUN, anda tidak disarankan untuk bergantung semata-mata kepada pengambilan minuman teh hijau.
Pastikan anda tetap memakan ubat seperti yang ditetapkan doktor, okay?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen