Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jangan panik, kami tidak kata yang kalian wajib berhenti mengambil kafein. Bawa bertenang ya?

Seperti yang kita dapat lihat, masyarakat kita dengan minuman berkafein memang berpisah tiada. Pantang ada resepi baharu sahaja, penggemar kafein pasti ingin mencubanya.

Terbaharu, telah tular satu variasi kopi yang dikenali sebagai kopi dalgona. Maka berduyun-duyunlah individu berkerumun di platform media sosial untuk berkongsi resepi mereka.

Mungkin tidak salah untuk sekali-sekala melayan diri mengidam. Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa terdapat beberapa sebab anda mesti kurangkan mengambil kafein.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui bahaya kafein dengan lebih lanjut!

Apa yang anda perlu tahu mengenai kafein

Kafein adalah sejenis bahan berasa pahit yang terdapat dalam lebih dari 60 jenis tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini termasuklah:

  • Biji kopi
  • Daun teh
  • Buah koko
  • Kacang kola

Mengejutkan bukan? Ini bermakna bukan kopi sahaja minuman yang mempunyai kafein. Minuman kegemaran yang lain seperti teh, coklat dan kola juga tergolong dalam kategori ini.

Dalam pada itu, ia juga digunakan dalam industri pembuatan beberapa jenis makanan dan ubatan yang lain. Maka bukan penggemar kopi sahaja yang terdedah dengan bahaya kafein.

Persoalannya, mengapa kita perlu kurangkan mengambil kafein?

kopi

Terdapat banyak bahaya kafein, sila kurangkan!

Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat banyak bahaya kafein terhadap kesihatan tubuh badan kita.

Hampir sama seperti nikotin yang ada dalam rokok, kafein yang terdapat di dalam pelbagai jenis minuman membuat penggemarnya ketagih.

Jika berhenti secara tiba-tiba akan berlaku simptom penarikan yang boleh menjejaskan kesihatan individu. Jadi, langkah terbaik adalah kurangkannya.

Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:

#1. Kualiti tidur yang lebih baik

Kebanyakan orang akan mengambil kopi untuk berjaga pada waktu malam bagi tujuan bekerja. Ya, ia mungkin berkesan namun boleh mengganggu kitaran tidur yang normal.

Dalam pada itu, ia juga akan membuat kalian lebih penat apabila bangun pada keesokan harinya. Oleh itu, kurangkanlah mengambilnya untuk kualiti tidur yang lebih baik.

#2. Tekanan darah yang lebih stabil

Menurut pelbagai kajian, minuman berkafein telah terbukti mampu meningkatkan tekanan darah akibat dari kesan rangsangannya terhadap sistem saraf dalam tubuh badan.

Ini terutamanya jika kalian mengambil 3 ke 5 gelas minuman berkafein sehari. Maka, sila kurangkannya kepada 1 ke 2 gelas sehari atau cuba untuk terus berhenti mengambilnya.

#3. Penyerapan nutrien dengan lebih efektif

Tahukah anda bahawa tubuh badan dapat menyerap nutrien dengan lebih efektif sekiranya individu itu tidak atau kurang mengambil kafein?

Ini kerana di dalam minuman berkafein terdapat bahan bernama tanin yang akan mengurangkan keberkesanan penyerapan nutrien seperti berikut:

  • Kalsium
  • Zat besi
  • Vitamin B

Jadi, sila kurangkannya untuk tubuh badan yang lebih sihat.

kopi

#4. Gigi lebih putih, bersih dan berseri

Bahaya kafein yang lain adalah berisiko membuat gigi kuning, kotor dan berplak. Ini juga disebabkan oleh kandungan tanin di dalam minuman berkafein.

Ini kerana tanin akan menjejaskan enamel gigi. Akibatnya, ia boleh mereput dan menjejaskan senyuman. Selain itu, ia juga akan membuat mulut kalian lebih berbau.

Kurangkan minuman berkafein mampu membuat senyuman lebih menarik.

#5. Sistem penghadaman yang lebih sihat

Pengambilan minuman berkafein berlebihan boleh mengakibatkan isu sistem penghadaman. Ini akibat daripada kesan julap yang menjejaskan perut individu.

Kesannya, ia akan menyebabkan cirit-birit atau pembuangan najis air besar yang sukar dikawal. Mengurangkan minuman sebegini adalah alternatif terbaik.

Bahaya kafein lebih kepada golongan tertentu!

Secara umumnya, minuman berkafein memang berbahaya buat individu. Pun begitu, ada golongan tertentu yang wajar mengambil iktibar dari artikel ini.

Sila lebih berwaspada dengan pengambilan minuman berkafein sekiranya anda tergolong dalam kategori ini:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu badan
  • Menghidapi migrain
  • Menghidapi imsomnia
  • Menghidapi kegelisahan
  • Menghidapi tekanan darah tinggi
  • Menghidapi degupan jantung tidak normal
  • Menghidapi GERD
  • Mengambil ubatan atau suplemen tertentu

Namun ini tidak bermakna kalian bebas mengambil kafein jika tidak tergolong dalam kategori ini ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Isu bau mulut adalah keadaan biasa yang dialami oleh kebanyakan individu selepas bangun tidur. Jom fahami punca mulut berbau dan cara untuk mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

Pernahkah anda terfikir, apakah makanan berkafein lain selain kopi? Atau anda sendiri tidak tahu rupanya ada juga sumber kafein lain selain kopi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Boleh Kurangkan Kafein Dalam Kopi Dengan Tambah Susu – Fakta Atau Auta?

Terdapat pelbagai variasi air kopi yang dicampur dengan susu. Namun, adakah kandungan kafein akan berkurang jika minum kopi bersama susu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?

Kopi panas sememangnya sejenis minuman yang popular di seluruh dunia. Minuman kopi ini juga dikatakan boleh menurunkan risiko kanser, betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Kolorektal 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit glaukoma

Penghidap Glaukoma, Kenal Pasti 9 Makanan Ini ATAU Mata Anda Jadi Makin Teruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 3 minit bacaan
pundi hempedu dibuang

Lepas Pembedahan Pundi Hempedu, Tak Boleh Minum Susu! Apa Lagi Makanan Kena Pantang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit gastritis

Orang Gastrik Tak Boleh Minum Kopi? Ini 12 Makanan Boleh Ambil & Mesti Elak Jika Ada Gastritis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
kafein

Ini Beza Kandungan Kafein Di Dalam Teh Dan Kopi; Ketahui Minuman Mana Yang Sesuai Untuk Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 04/02/2021 . 3 minit bacaan