Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:
- Simptom sakit kepala anda berlaku lebih daripada 15 hari dalam sebulan atau kerap memerlukan ubat tahan sakit tanpa preskripsi
- Anda mengalami sakit kepala yang teruk, dan ubat tahan sakit tanpa preskripsi tidak membantu
- Anda tidak hadir ke sekolah atau kerja kerana kerap sakit kepala atau sakit kepala tersebut menganggu kehidupan harian anda
Punca
Apa punca pening kepala sinus?
Sakit kepala sinus biasanya dikaitkan dengan migrain atau jenis sakit kepala yang lain.
Sakit kepala sinus dikaitkan dengan sakit dan tekanan di dalam muka dan sinus dan boleh menyebabkan simptom-simptom nasal.
Kebanyakan sakit kepala ini tidak disebabkan oleh jangkitan sinus dan tidak seharusnya dirawat dengan antibiotik.
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada pening kepala jenis ini?
Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit kepala sinus, seperti:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen