Anda boleh mencubanya dengan mendapatkan suplemen atau sebagai tambahan dalam minuman teh anda.
4. Kafein pun boleh hilangkan sakit kepala?

Minum sedikit teh, kopi atau apa saja yang mempunyai kandungan kafein yang sedikit. Ia boleh mengurangkan dan hilangkan sakit kepala yang dialami.
Pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mencetus sakit kepala yang tersendiri.
5. Elakkan mengunyah
Gula-gula getah boleh menyebabkan kesakitan bukan sahaja pada rahang, tetapi juga pada kepala anda. Malah, mengunyah kuku, bibir, bahagian dalam pipi atau sebarang objek seperti pen, turut boleh menyumbang kepada sakit kepala.
Hindari makanan yang rangup dan kenyal, dan pastikan anda hanya mengigit dalam saiz yang kecil.
Jika anda mengetap gigi anda pada waktu malam, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pelindung mulut (mouth guard). Ini boleh mengurangkan potensi untuk mendapat sakit kepala pada waktu pagi.
6. Lampu malap
Cahaya yang terlalu terang, berkelip, walaupun dari skrin komputer, boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain. Jika anda terdedah kepada cahaya ini, tutupkan langsir tingkap anda.
Pakai cermin mata jika anda berada di luar. Jika perlu, anda boleh menambah skrin anti-silau untuk komputer anda dan pilih lampu spektrum waktu siang dalam fungsi lampu anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen