Setiap kali kita mengalaminya, pasti akan rasa sukar untuk bernafas namun tidak tahu bagaimana cara hilangkan hidung tersumbat.
Anda pasti?
Setiap kali kita mengalaminya, pasti akan rasa sukar untuk bernafas namun tidak tahu bagaimana cara hilangkan hidung tersumbat.
Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dari kalangan bayi, kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas dan sangat menjengkelkan.
Ini kerana penderita sering sahaja akan mengalami kesukaran untuk bernafas selain terpaksa menyedut kembali hingus yang mengalir.
Jadi, wujudkah sebarang cara atasi hidung tersumbat? Ada, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Untuk pengetahuan anda, hidung tersumbat adalah satu kondisi di mana tisu dan salur darah yang terdapat dalam hidung membengkak ekoran keradangan atau kerengsaan.
Ia kemudiannya akan membuat lubang hidung anda berasa seperti tertekan dan tersekat dengan sesuatu akibat pembengkakan ini.
Kadangkala, ia juga mungkin akan disertai dengan sejenis mukus bernama hingus dan ini sangat bergantung pada tahap keterukannya.
Kondisi ini juga sebenarnya mungkin didalangi oleh pelbagai pencetus termasuklah:
Persoalannya, apakah yang boleh kalian lakukan sebagai cara melegakan hidung tersumbat yang dipenuhi dengan hingus ini? Sila teruskan membaca!
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Mungkin akan ada individu yang beranggapan bahawa cara melegakan hidung tersumbat adalah dengan menghembus hidung sekuat hati.
Ini bertujuan kononnya untuk keluarkan segala yang tersumbat di dalam hidung. Namun, ketahuilah cara hilangkan hidung tersumbat ini salah.
Terdapat risiko berbahaya jika anda menghembus hidung dengan terlalu kuat sehingga boleh menjejaskan pendengaran!
Oleh itu, sila ikuti cara atasi hidung tersumbat seperti yang kami nyatakan di bawah ini.
Sekiranya ia terjadi kepada individu yang masih kecil khususnya bayi dan kanak-kanak, pemberian ubatan oral adalah sangat tidak digalakkan.
Disebabkan itu, wujud beberapa kaedah alternatif yang boleh ibu bapa cuba seperti berikut:
Pertama sekali, anda boleh cuba guna ubat penitis hidung yang boleh dibeli di farmasi tanpa memerlukan sebarang preskripsi.
Selain itu, ibu bapa juga boleh cuba guna alat penyedut untuk mendorong hingus keluar daripada lubang hidung si kecil anda.
Pelembap udara (humidifier) mampu menambahkan kelembapan pada udara dengan melepaskan wap sejuk ke dalam bilik si kecil untuk mengelakkan udara kering.
Bagi orang dewasa pula, cara hilangkan hidung tersumbat mungkin agak lebih mudah kerana sudah boleh menguruskannya secara sendiri.
Ini kerana mereka boleh guna segala cara hilangkan hidung tersumbat sama seperti yang dilakukan untuk merawat si kecil di atas tadi.
Anda juga mungkin mahu cuba cara atasi hidung tersumbat yang sangat mudah termasuklah:
Buat anda yang belum tahu, ia adalah sejenis ubatan sapuan mengandungi menthol, eucalyptus dan beberapa bahan kimia yang tidak sesuai untuk si kecil.
Caranya hanya sapukan ia pada kawasan sekitar hidung ataupun dada untuk mengurangkan simptom hidung tersumbat yang sedang berlaku pada anda.
Tidak seperti golongan penderita yang masih kecil, individu dewasa yang mengalami kondisi ini mungkin sudah boleh ambil ubatan seperti antihistamine.
Sebaiknya, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan preskripsi sebelum mengambil sebarang ubatan berkenaan.
Ada yang kata bahawa seks juga adalah salah satu cara hilangkan hidung tersumbat ekoran kurang aliran darah ke hidung.
Kekurangan aliran darah ini kemudiannya dikatakan akan mampu melegakan hidung tersumbat selain melancarkan kembali pernafasan.
Walau bagaimanapun, keberkesan cara masih belum dapat dipastikan. Belum ada lagi sebarang bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan di atas.
Jika anda kerap mengalami masalah hidung tersumbat, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Malah, adalah lebih baik untuk kalian berkonsultasi dengan doktor jika alami kondisi ini tidak kira golongan bayi, kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga emas okay!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen