backup og meta

Kerap Diserang Migrain? Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya, PASTI BERKESAN!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2022

    Kerap Diserang Migrain? Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya, PASTI BERKESAN!

    Individu yang mengalami serangan migrain biasanya mempunyai masalah menguruskan tugasan harian, dan sudah pasti anda mahu menghindarinya.

    Jadi berikut kami sediakan 5 cara mengawal masalah migrain. 

    Bagaimana untuk berdepan dengan serangan migrain

    Individu yang kerap diserang masalah sakit kepala ini pastinya sukar untuk mengenal pasti faktor pencetusnya.

    Apatah lagi adakalanya serangan migrain melibatkan gabungan pelbagai faktor yang kompleks. 

    Anda mungkin berasa sukar untuk mengatasi keadaan ini.

    Namun sebenarnya terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengawal masalah migrain yang dialami itu. 

    5 cara mengawal masalah migrain

    Berikut dikongsikan cara-cara untuk mencegah dan mengatasi masalah migrain:

  • Catatan setiap kali diserang migrain
  • Ia mungkin kedengaran renyah.

    Namun langkah pertama yang disarankan untuk mengawal masalah migrain adalah dengan membuat catatan atau jurnal mengenai serangan migrain yang dialami.

    Tujuannya bagi mengenal pasti pencetus simptom migrain anda.

    Ini dapat membantu menentukan hubung kaitnya dengan kekerapan anda mengalami migrain. 

    mengawal masalah migrain

    Selain itu, ia boleh menjadi petunjuk untuk anda mengelakkan perkara yang mendatangkan masalah sakit kepala anda. 

    Dengan adanya buku catatan, ia dapat membantu doktor memberi anda ubat-ubatan yang bersesuaian untuk sakit kepala atau sebarang gejala lain seperti loya dan muntah. 

    Di samping itu, jurnal yang dibuat boleh membantu mengurangkan keadaan perubatan yang melemahkan fizikal dan mental seperti kemurungan atau tekanan darah tinggi.

    1. Penjagaan kebersihan

    Penjagaan aspek kebersihan tidur adalah penting untuk mencegah serangan migrain, selain daripada manfaat kesihatan fizikal dan mental badan anda.

    Tahap kebersihan tidur dalam istilah perubatan merujuk kepada kepelbagaian tabiat yang dilakukan untuk mendapatkan waktu tidur malam yang berkualiti dan fokus pada siang harinya. 

    Namun, selalunya penghidap migrain juga akan mengalami insomnia yang akan mengakibatkan serangan episodik menjadi lebih kerap. 

    Untuk mengatasi gangguan ini, anda disarankan untuk melakukan 5 perubahan tingkah laku, seperti:

    • Memastikan tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk tempoh minimum 8 jam
    • Elakkan penggunaan gajet di tempat tidur
    • Hindari tidur siang
    • Amalkan teknik visualisasi 
    • Elakkan pengambilan hidangan makanan dan minuman yang berat, masing-masing antara tempoh 4 jam dan 2 jam sebelum tidur

    Anda juga boleh memilih untuk mengamalkan terapi tingkah laku kognitif jika mahu melawan masalah insomnia dan sebagai langkah efektif menangani masalah migrain.

    mengawal masalah migrain

    Terapi tersebut telah dikenal pasti sebagai rawatan pertama untuk insomnia dan melibatkan gabungan komponen berbeza.

    Ia merangkumi pengetahuan mengenai kebersihan tidur yang baik, teknik relaksasi, teknik kawalan tidur dan teknik kognitif.

    1. Keluarkan peluh untuk lebih sihat

    Aktiviti fizikal seperti bersenam mempunyai 1 hubungan yang kompleks dengan serangan migrain. 

    Bagi sesetengah individu, ia membantu mengurangkan simptom sakit kepala dengan berkesan.

    Tetapi ada juga akan mengalami serangan migrain yang lebih kronik selepas bersenam.

    Walaupun begitu, senaman berintensiti rendah dipercayai dapat mempengaruhi kekerapan serangan migrain.

    Aerobik adalah 1 pilihan baik bagi memastikan masalah migrain berada dalam keadaan terkawal. 

    Senaman ini juga berkesan dalam meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan.

    Ia membantu mengatasi gangguan berkaitan migrain seperti gangguan tidur, tekanan darah tinggi, kemurungan dan serangan kegelisahan. 

    Jika anda tidak gemar untuk berjoging atau beriadah di sekitar taman, anda boleh memilih untuk mengikuti kelas tarian, mendaki atau bermain di liga sukan untuk mendapat manfaat senaman aerobik yang berkesan.

    1. Pemakanan semula jadi dan seimbang

    Makanan dan minuman dikatakan sebagai pencetus paling biasa yang mengakibatkan serangan migrain. 

    Ini termasuklah makanan pedas, mengandungi monosodium glutamat (MSG), coklat, daging serta keju, kafein dan alkohol. 

    Jadi, sekiranya anda mahu mengelakkan masalah migrain, anda disyorkan mengehadkan atau terus mengelakkan pengambilan makanan pencetus sakit kepala ini.

    Dalam masa yang sama, hadkan pengambilan minuman bergula, berkafein dan beralkohol bagi membantu mengurangkan kekerapan diserang migrain. 

    mengawal masalah migrain

    Anda disarankan untuk mengambil makanan semula jadi yang dapat memberikan badan pelbagai manfaat kesihatan.

    Ia termasuk mengurangkan risiko menghidapi pelbagai penyakit kronik, menurunkan kolesterol dan tekanan darah serta meningkatkan kualiti kehidupan secara amnya. 

    1. Berikan maklumat terperinci

    Ubat-ubatan adalah 1 cara yang dapat membantu melegakan dan mengawal masalah migrain, jadi penting untuk anda berikan doktor segala maklumat yang diperlukan tentang simptom dan kekerapan serangan migrain. 

    Lebih baik lagi jika anda boleh memberikan doktor maklumat lengkap tentang sejarah perubahan masa lalu anda.

    Tindakan tersebut akan memudahkan doktor mengenal pasti pencetus migrain dan seterusnya memberikan rawatan yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah sakit kepala anda

    Selain itu, siapkan juga senarai lengkap ubat-ubatan yang telah atau sedang anda ambil.

    Tujuannya untuk membantu doktor menentukan ubat yang berkemungkinan mencetuskan migrain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan