What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bernafas Pun Ada Caranya Tahu - Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Baik Jika Sedang Stress!

    Bernafas Pun Ada Caranya Tahu - Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Baik Jika Sedang Stress!

    Tanpa teknik bernafas yang betul, anda boleh berdepan risiko untuk mengalami masalah bernafas. Ini terutamanya ketika anda sedang tertekan. Jadi apakah cara atau teknik pernafasan yang betul?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

    Kawalan teknik bernafas

    Jika anda mempunyai kanser paru-paru, anda pasti berdepan dengan masalah kesukaran bernafas.

    Ia adalah perkara yang boleh tekanan dan semakin anda tertekan, semakin sukar untuk anda bernafas, yang akhirnya menyebabkan kesan spiraling.

    Berikut adalah 4 teknik bernafas yang dapat membantu anda melalui hari-hari anda dengan lebih baik.

    Ia mungkin kelihatan mudah dari situasi yang sebenar.

    Langkah 1 – Jika boleh, duduk tegak. Ini membantu meningkatkan ruang dalam paru-paru untuk menyalurkan lebih banyak oksigen.

    Langkah 2 – Bernafas secara perlahan melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.

    Apabila ada sedang menyedut udara, pastikan mulut anda tertutup. Semasa menghembuskan nafas, pastikan bibir anda seperti ingin bersiul.

    Cuba gandakan tempoh hembusan nafas yang keluar berbanding ketika anda menyedut udara. Ini membolehkan semua udara lama keluar dan memberikan lebih banyak ruang untuk oksigen baru.

    Langkah 3 – Bernafas dengan otot dada bahagian bawah, turut dikenali sebagai diafragma.

    Langkah 4 – Tenang otot di bahagian leher, bahu dan dada ketika bernafas.

    Cuba teknik ini ketika anda merasa sukar untuk bernafas.

    teknik bernafas

    Teknik pernafasan tenang

    Pernafasan yang tenang adalah satu teknik yang bukan sahaja dapat membantu anda bernafas tetapi juga membantu mengurangkan ketegangan fikiran.

    Jika anda merasa tekanan atau panik, pernafasan anda cenderung untuk menjadi cepat dan pendek. Berikut adalah 4 langkah yang membantu melegakan tekanan anda.

    Langkah 1 – Sedut nafas yang dalam dari diafragma anda, iaitu melalui otot antara paru-paru dan perut.

    Langkah 2 – Tahan nafas selama beberapa saat atau selagi anda mampu, kemudian hembuskan secara perlahan-lahan.

    Langkah 3 – Ulangi langkah 1 dan 2 beberapa kali hingga anda merasa tenang.

    Langkah 4 – Rehat dan tenangkan seluruh tubuh anda.

    Teknik ini dapat menyelamatkan anda apabila anda tidak dapat bernafas dan ketika anda merasa tertekan. Ia juga boleh menghalang anda dari bernafas secara berlebihan (hyperventilating), yang boleh berlaku apabila anda bernafas dengan cepat.

    Teknik bernafas meditasi

    Ia dikenali untuk melegakan minda anda tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga boleh membantu anda bernafas? Terdapat dua jenis meditasi: 1-poin meditasi dan 2-poin meditasi.

    1-poin meditasi

    Pastikan anda berada di tempat yang tenang dan senyap, ambil masa 15 hingga 20 minit untuk fokus kepada pernafasan.

    Semasa bernafas, cuba ulangi satu perkataan atau bunyi kepada diri sendiri. Beberapa perkataan yang biasa digunakan ialah ‘damai’, ‘cinta’ atau ‘harapan’.

    Matlamatnya adalah untuk memberikan ketenangan minda dan memfokuskan kepada pernafasan. Anda pasti dapat melihat pernafasan anda bertambah baik dan minda akan menjadi tenang.

    2-poin meditasi

    Ia turut dikenali sebagai meditasi minda atau meditasi wawasan, adalah teknik memberi tumpuan kepada pernafasan dan dalam masa yang sama mengawal pemikiran anda.

    Anda boleh melakukan meditasi ini secara senyap atau bersama aktiviti harian lain. Apabila anda mengalami masalah bernafas atau tertekan, fikiran anda akan mula menerawang.

    Meditasi cara ini membantu anda memisahkan emosi dan diri.

    teknik bernafas

    Teknik bernafas imaginasi

    Menggunakan imaginasi adalah satu teknik yang dapat membantu anda bernafas. Ia adalah kombinasi pernafasan dan meditasi. Anda boleh menggunakan muzik santai seperti bunyi lautan atau bunyi burung.

    Tutup mata anda sambil memberi tumpuan kepada pernafasan. Bayangkan anda berada di pantai atau di taman bersama burung-burung. Teknik ini akan membantu anda bernafas lebih mudah dan merehatkan minda.

    Apabila anda mengalami kesukaran bernafas, anda mungkin mengalami tekanan dan kebimbangan.

    Teknik yang dikongsikan ini bukan sahaja dapat membantu anda bernafas dengan mudah tetapi membantu menguruskan emosi anda. Cuba teknik-teknik di atas apabila anda berdepan dengan kesukaran bernafas.

    health-tool-icon

    Kalkulator Kadar Degup Jantung Sasaran

    Ketahui berapakah kadar degup jantung maksimum yang normal untuk usia anda serta bagaimana senaman berintensiti dan faktor lain akan mempengaruhinya.

    Lelaki

    Wanita

    Anda memeriksanya untuk siapa?

    Berapa kadar degup jantung anda? (bpm)

    60

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan

    Stress Management: Breathing Exercises for Relaxation. https://www.uofmhealth.org/health-library/uz2255. Accessed on January 14, 2021.

    Breathing Exercises. https://www.lung.org/lung-health-diseases/wellness/breathing-exercises. Accessed on January 14, 2021.

    4 Breathing Techniques for Better Health. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/4-breathing-techniques-for-better-health. Accessed on January 14, 2021.

    Relaxation Techniques for Stress Relief. https://www.helpguide.org/articles/stress/relaxation-techniques-for-stress-relief.htm. Accessed on January 14, 2021.

    Relaxation Exercises: Breathing Basics. https://kidshealth.org/en/teens/relax-breathing.html. Accessed on January 14, 2021.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 07/07/2022
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor