backup og meta

Sakit Kepala Dan Hormon

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/12/2019

    Sakit Kepala Dan Hormon

    Kebanyakan wanita mengalami sakit kepala hormonal sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidup mereka. Dalam kebanyakan kes, mereka menyedari hubungan yang jelas antara sakit kepala dan haid mereka.

    Sakit kepala haid biasanya berlaku beberapa hari sebelum haid atau semasa 3 hari pertama haid tersebut. Bagi mereka, migrain hormonal mungkin disebabkan oleh penurunan tahap estrogen secara tiba-tiba. Sakit kepala yang datang pada waktu ini biasanya akut, kadang-kadang membuat wanita gagal menjalankan aktiviti harian mereka.

    Walau bagaimanapun, haid bukan satu-satunya punca sakit kepala hormonal. Pil pencegah kehamilan juga boleh memberi kesan kepada sakit kepala. Ramai wanita melaporkan bahawa keadaan mereka seolah-olah menjadi lebih baik apabila mereka menggunakan pil. Apabila mereka berhenti mengambil pil, migrain berlaku dengan lebih kerap. Menopaus dan kehamilan juga boleh mencetuskan sakit kepala hormonal. Nasib baik, sakit kepala biasanya berhenti dalam tempoh 6 bulan terakhir kehamilan dan bayi tersebut tidak terjejas sama sekali.

    Jika anda mengesyaki bahawa sakit kepala anda mungkin disebabkan oleh hormon, buat diari sekurang-kurangnya 3 kitaran haid untuk memeriksa sebarang kaitan yang mungkin ada. Diari tersebut akan sangat membantu rawatan anda.

    Anda boleh melegakan sakit kepala anda dengan mengambil makanan ringan dengan kerap sepanjang hari untuk mengelakkan tahap gula dalam darah anda daripada menurun. Lebih baik untuk mendapatkan tidur yang cukup dan mengelakkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam secara berkala. Kadangkala gaya hidup anda yang sibuk mempunyai pengaruh buruk terhadap kesihatan anda. Mengubah gaya hidup mungkin satu-satunya perkara yang anda perlu untuk menghentikan sakit kepala anda.

    Lagipun, semua wanita adalah berbeza. Oleh itu, apa yang berkesan pada seseorang mungkin tidak berkesan pada orang lain. Sekiranya tiada satu pun tip di atas yang membantu keadaan anda, anda boleh meminta doktor suplemen estrogen atau ubat-ubatan migrain. Apabila wanita menghampiri putus haid, sakit kepala adalah perakra biasa kerana hormon adalah tidak stabil pada waktu ini. Terapi penggantian hormon boleh membantu mengawal sakit kepala anda dengan memastikan tahap hormon anda seimbang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan