Apa itu hipoksia otak? Istilah yang agak asing dalam kalangan masyarakat ini membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apa itu hipoksia otak? Istilah yang agak asing dalam kalangan masyarakat ini membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.
Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun darah masih mengalir. Apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar sebagai hipoksia otak.
Untuk pengetahuan, ia adalah suatu keadaan kecemasan perubatan kerana otak memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang berterusan untuk berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kondisi ini, termasuk lemas, serangan jantung, dan strok.
Antara simpton ringan termasuklah kehilangan ingatan dan masalah dengan fungsi motor, seperti pergerakan.
Manakala, bagi kes yang teruk pula boleh mengakibatkan sawan bahkan kematian otak!
Jika berminat, teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hipoksia otak, juga dikenali sebagai hipoksia serebrum.
Gejala kekurangan oksigen di otak ini, boleh menjadi ringan atau parah, dan ia bergantung kepada tahap dan tempoh otak seseorang pesakit kekurangan oksigen.
Antara simptom hipoksia otak yang ringan termasuk:
Sel otak boleh mula mati dalam masa 5 minit setelah kehilangan oksigen.
Gejala juga bakal menjadi lebih berbahaya apabila aliran oksigen ke otak terputus.
Gejala hipoksia otak yang teruk termasuk:
Dalam kes kematian otak, ia bererti tidak ada lagi aktiviti di dalam otak.
Selain itu, anak mata tidak lagi bertindak balas terhadap cahaya dan pesakit tidak mampu bernafas tanpa bantuan mesin sokongan hayat.
Pun begitu, jantung masih terus mengepam darah ke seluruh badan.
Sebenarnya, terdapat banyak sebab mengapa seseorang mungkin mengalami hipoksia otak.
Beberapa situasi dan kondisi perubatan yang berisiko mengurangkan bekalan oksigen ke otak termasuk:
Hipoksia otak boleh mempengaruhi sesiapa sahaja yang mengalami masalah kekurangan oksigen ke otak, tetapi beberapa individu ternyata mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain.
Antara faktor risiko untuk penyakit ini termasuklah:
Pemain sukan menjadi golongan berisiko jika mereka terlibat dengan aktiviti yang mempunyai risiko tinggi yang boleh mengakibatkan kecederaan di kepala atau trauma pada saluran udara.
Selain itu juga, mereka yang harus menahan nafas untuk jangka masa panjang atau travel ke tempat beraltitud tinggi juga berisiko memperoleh penyakit ini.
Contoh-contoh aktiviti berisiko lain termasuk:
Banyak kondisi perubatan yang berpotensi mempengaruhi aliran oksigen ke otak, antaranya:
Individu yang mengalami pendedahan kepada asap yang kuat atau karbon monoksida melalui pekerjaan mereka, seperti ahli bomba, mungkin berisiko tinggi mengalami hipoksia otak.
Seorang doktor biasanya akan mendiagnosis hipoksia otak berdasarkan sejarah perubatan seseorang, pemeriksaan fizikal, dan ujian-ujian lain.
Semasa sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, doktor akan turut bertanya mengenai simptom dan aktiviti terkini pesakit.
Doktor juga mungkin meminta untuk menjalankan ujian bagi mengesahkan hipoksia dan mengetahui penyebabnya.
Ujian ini merangkumi:
Hipoksia otak sememangnya adalah suatu kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera.
Justeru, adalah penting agar bekalan oksigen normal ke otak dapat disambung dengan cepat untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau kematian otak.
Rawatan akan berbeza-beza, bergantung pada penyebab dan keparahan hipoksia. Sistem sokongan hidup asas juga sering diperlukan.
Bagi mereka yang mengalami hipoksia yang teruk, mesin yang dikenali sebagai ventilator diperlukan untuk bernafas.
Rawatan-rawatan lain termasuk:
Hipoksia otak mungkin sukar untuk dielakkan dalam sesetengah situasi.
Sebagai contoh, adalah sukar untuk mengelakkan kecederaan otak daripada berlaku jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Antara cara pencegahan terbaik bagi mencegah hipoksia, setiap orang haruslah memantau kondisi kesihatan mereka dan mengelakkan tempat beraltitud tinggi.
Bagi mereka yang bersukan pula, sentiasa memakai alat pelindung yang betul, seperti topi keledar bagi sukan tertentu untuk mengelak risiko kecederaan kepala.
Sekiranya seseorang menerima cardiopulmonary resuscitation (CPR) selepas kebakaran atau kecederaan di kepala, mereka mungkin kurang cenderung untuk mengalami hipoksia otak.
Sememangnya CPR dapat menyelamatkan nyawa, terutama jika dilakukan dengan segera!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen