Kita sering bercakap mengenai isu-isu berkaitan gemuk badan. Istilah seperti obes, obesiti atau berlebihan berat badan sering dikaitkan dengan perkara ini. Namun, adakah anda mengetahui apakah maksud obesiti yang sebenar?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kita sering bercakap mengenai isu-isu berkaitan gemuk badan. Istilah seperti obes, obesiti atau berlebihan berat badan sering dikaitkan dengan perkara ini. Namun, adakah anda mengetahui apakah maksud obesiti yang sebenar?
Apakah perbezaannya dengan berlebihan berat badan? Ini kupasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Secara umumnya, maksud obesiti dan berlebihan berat badan merujuk kepada satu keadaan yang sama.
Ia bermaksud pengumpulan lemak yang berlebihan atau tidak normal yang boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang individu.
Berdasarkan seperti apa yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang berlebihan berat badan mempunyai nilai BMI lebih daripada 25.
Penggunaan nilai BMI sebagai pengukur bagi berat yang berlebihan dan obesiti merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh semua pihak.
Namun, ia hanyalah satu panduan kasar kerana banyak perkara lagi yang perlu dipertimbangkan seperti tahap lemak dalam tubuh badan seseorang yang mungkin berbeza antara individu.
Kini anda telah mengetahui maksud obesiti dan berlebihan berat badan dengan lebih jelas.
Anda mungkin tidak pernah mengetahui beberapa fakta penting mengenai isu gemuk badan di seluruh dunia.
Menurut WHO, pada tahun 2016 sahaja, lebih daripada 1.9 bilion individu yang berumur 18 tahun keatas di seluruh dunia diklasifikasikan sebagai mereka yang berlebihan berat badan.
Daripada jumlah ini, lebih daripada 650 juta merupakan individu dewasa yang obes. 39% individu yang berumur 18 tahun dan keatas disahkan sebagai mereka yang berlebihan berat badan.
Pada tahun yang sama juga, dianggarkan sekitar 13% daripada populasi individu dewasa di seluruh dunia disahkan sebagai obes.
Daripada jumlah ini, 11% ialah kaum lelaki manakala 15% daripada kaum wanita.
Kelaziman kes-kes obesiti di seluruh dunia meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak tahun 1975 sehingga 2016.
Sebelum ini, masalah obesiti hanya dikenali dalam kalangan negara-negara berpendapatan tinggi sahaja.
Namun kini ia turut berlaku dengan lebih kerap dalam kalangan negara-negara berpendapatan rendah dan juga sederhana.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masalah berlebihan berat badan atau gemuk badan ini merupakan satu masalah yang boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang.
Mereka yang mempunyai masalah obesiti atau gemuk badan lebih cenderung untuk mendapat lebih daripada 1 penyakit.
Antara kesan atau komplikasi gemuk badan adalah:
Masalah gemuk badan atau obesiti ini sememangnya berkait rapat dengan pemakanan dan gaya hidup anda sendiri.
Tiada ubat pantas atau jalan pintas yang boleh menurunkan berat badan anda dengan segera.
Anda perlu melakukan perkara-perkara berikut untuk mengelakkan peningkatan berat badan:
[health_tool_article id=”32121″]
Anda boleh berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan tahap kesihatan diri yang berkaitan dengan gemuk badan dan obesiti.
Doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar pemakanan, kaunselor atau pakar obesiti bagi membantu anda merancang gaya hidup yang lebih sihat.
Doktor mungkin akan bertanyakan beberapa jenis soalan untuk mendapatkan latar belakang anda terlebih dahulu sebelum memberikan nasihat berkaitan pemakanan dan juga gaya hidup.
Kini anda telah mengetahui apakah maksud obesiti dan berlebihan berat badan dengan lebih tepat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen