Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat, aktif dan mempunyai perkembangan yang baik mengikut usia. Dengan memberikan si manja susu untuk tinggi, ia diyakini mampu menyokong perkembangan anak mengikut usia.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat, aktif dan mempunyai perkembangan yang baik mengikut usia. Dengan memberikan si manja susu untuk tinggi, ia diyakini mampu menyokong perkembangan anak mengikut usia.

Tapi, susu formula apa yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia agar si manja mereka menjadi tinggi dan membesar dengan baik?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Tahukah anda, ada beberapa fator yang menggalakkan anak anda menjadi tinggi?
Kanak-kanak cenderung menjadi lebih tinggi dan membesar kira-kira 2.5 inci (6 hingga 7cm) setiap tahun. Dan dianggarkan akan bertambah berat badan 2-3kg dalam masa setahun sehingga akil baligh.
Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan si comel anda dapat membesar mengikut pola kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menghadiri setiap temu janji bersama doktor bagi mengetahui perkembangan terkini anak anda.
Nestlé Lactogrow Aktif Langkah 1-3 antara susu untuk tinggi yang terkenal dalam kalangan ibu bapa kerana formulanya yang menyokong perkembangan aktif kanak-kanak dan harga yang mesra poket.
Susu ini mengandungi AktifGro+DHA, mengandungi kombinasi 18 vitamin dan mineral penting dan DHA tinggi kalsium, protein, zink dan zat besi untuk membantu tumbesaran si cilik agar terus aktif!
Ascenda Catch-up Growth juga tidak kalah hebatnya dalam membekalkan nutrisi tambahan bagi membantu menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak, picky-eater dan kanak-kanak yang alami kekurangan nutrisi.
Yang menariknya, susu ini mengandungi nutrisi lengkap sebanyak 38 nutrien termasuk kalsium, vitamin D, Vitamin K, protein, zat besi dan zink untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak.
Ramai para ibu bapa memilih susu Pediasure untuk tinggi kerana kandungannya yang menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Susu ini menggabungkan teknologi Casein Phosphopeptides (CPP) ke dalam sistem Peptigro. Kandungan unik ini membuatkan Pediasure Peptigro menjadi salah satu pilihan terbaik buat anak anda.
Antara kandungan utama yang lain di dalam susu ini ialah triple protein blend, kalsium, vitamin dan mineral penting.
Cara untuk tinggi dengan cepat, parent boleh berikan Dumex Dugro Sure yang dirumus khas dengan tinggi vitamin dan mineral, serat dan DHA yang menyokong tumbesaran si manja.
Susu untuk tinggi ini sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun. Parent tak usah khuatir, harganya yang mesra poket tidak akan menjadi penghalang untuk anda membelinya. Belum cuba, belum tahu!
Siapa tidak mengenali jenama Dutch Lady di dalam produk tenusu? Dutch Lady MaxGro ini diformulasikan khas untuk kanak-kanak dalam fasa membesar. Ia juga disyorkan oleh Pakar Penjagaan Kesihatan No. 1 produk pemakanan khas harga pertengahan yang disyorkan oleh HCP.
Susu ini membekalkan 80% daripada pengambilan nutrien harian yang disyorkan, mengandungi 9 asid amino penting (EAAs) dan DHA yang penting untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak. Susu untuk tulang inilah yang sepatutnya menjadi pilihan ibu bapa zaman sekarang!
Friso Gold Langkah 3 pula kini diformulasi dengan cara terbaharu untuk membantu proses tumbesaran anak dan pada masa yang sama ia mudah untuk dicerna!
Sebab itulah ramai ibu bapa memilih Friso kerana si manja mudah untuk minum susu ini dan kurang mengalami masalah penghadaman.
Berita baik buat para ibu bapa, Enfagrow A+ Langkah 3 bukan sahaja terkenal untuk perkembangan otak, tetapi juga membantu menyokong tumbesaran anak secara keseluruhan!
Susu untuk tinggi anak 3 tahun ini mengandungi MFGM PRO, sebatian kompleks bioaktif dalam otak – fosfolipid dan sphingomyelin – yang membantu menyokong perkembangan kognitif dan mengurangkan risiko si kecil untuk jatuh sakit.
Susu boleh menyokong perkembangan kanak-kanak apabila digabungkan dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat.
Tapi, apa yang paling penting ialah memastikan anak mendapat nutrisi mencukupi, tidur yang berkualiti dan aktiviti fizikal yang aktif supaya mereka membesar dengan sihat dan cergas setiap hari.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
My Child Wants to Grow Taller. What Should I Say? . https://kidshealth.org/en/parents/grow-taller.html . Accessed on May 21, 2026
How Tall Will Your Child Be?. https://health.clevelandclinic.org/child-growth-and-development . Accessed on May 21, 2026
Growth and Your 6- to 12-Year-Old . https://kidshealth.org/en/parents/growth-6-12.html . Accessed on May 21, 2026
Bu, Kenalan dengan Pediasure Peptigro untuk Tinggi Badan Anak! . https://www.family.abbott/id-id/pediasure/tools-and-resources/infos-about-child-growth/nutrition/pediasure-peptigro-kandungan-manfaat-cara-konsumsi.html . Accessed on May 21, 2026
Children’s Formula Dietary Food Dutch Lady MaxGro . https://www.dutchlady.com.my/product-overview/kids-nutrition/products/dutch-lady-maxgro/? . Accessed on May 21, 2026
Friso Gold 3 . https://www.frisogold.com.my/ms/friso-gold/friso-gold-3 . Accessed on May 21, 2026
Versi Terbaru
29/07/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor