Perut buncit boleh menyebabkan seseorang berasa kurang yakin. Tetapi adakah terdapat senaman kempiskan perut yang dapat membantu? Atau anda perlu berdiet?
Mula patah semangat? Eh, jangan begitu. Teruskan membaca artikel ini, mana tahu ia mungkin dapat membantu anda mendapatkan perut yang langsing dan menawan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Senaman Kempiskan Perut vs Lemak Pada Perut
Tidak dinafikan untuk mendapatkan perut yang kempis bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai usaha dan ikhtiar yang perlu dilakukan bagi menyingkirkan lemak yang tersimpan di dalam badan.
Mengawal pemakanan dan bersenam adalah antara perkara yang perlu anda lakukan untuk menghilangkan lemak di perut anda.
Tetapi apa yang anda faham tentang lemak? Sebelum kita terus kepada topik mengenai senaman kempiskan perut, mari kita fahami serba sedikit mengenai lemak.
Dua jenis lemak
Umumnya, terdapat 2 jenis lemak di dalam badan, iaitu lemak di perut dikenali sebagai visceral dan lemak yang berada di bawah lengan atau paha, subkutaneus.
Lemak visceral adalah lemak yang ditemui di rongga perut dan merangkumi organ-organ dalaman dalam badan seperti hati dan limpa.
Lemak ini sukar untuk dilihat dengan mata kasar untuk mengetahui berapa banyak lemak yang terkandung di dalam badan anda.
Tetapi mempunyai perut dan pinggang yang bersaiz agak besar atau lebar, secara tidak langsung menunjukkan seseorang individu itu mempunyai lemak pada bahagian perut yang agak berlebihan.
Lemak subkutaneus pula adalah lemak yang tersimpan di bawah kulit, terutamanya pada bahagian lengan.
Lemak pada bahagian paha mudah untuk diketahui kewujudannya dan jumlah lemak yang secukupnya diperlukan untuk membantu memanaskan badan.
Anda boleh menyingkirkan lemak visceral pada perut anda secara mudah dengan melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengurangkan kalori pengambilan makanan.
Ini kerana lemak visceral adalah bersifat aktif metabolik, yang menjadikan ia bertindak balas terhadap perubahan diet.
Tetapi apabila kandungan lemak visceral ini semakin bertambah dan terkumpul dalam jumlah yang banyak, ia sekali gus menjadikan proses pembakaran lemak ini menjadi lebih sukar.
Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kebanyakan individu dewasa yang mempunyai masalah lemak berlebihan pada bahagian perut.
Baca juga:
Apakah Cara Menghilangkan Lemak Pada Perut?
Mengamalkan diet rendah karbohidrat dikatakan sebagai cara yang berkesan untuk menghilangkan lemak pada bahagian perut.
Beberapa kajian yang telah dilakukan dipercayai menunjukkan bahawa diet ini lebih berkesan untuk menghilangkan lemak perut berbanding diet rendah lemak.
Melakukan senaman juga dapat membantu untuk menghilangkan lemak di perut, tidak ketinggalan lemak pada paha.
Secara idealnya, melakukan senaman kempiskan perut senaman kardio boleh membantu meningkatkan kadar denyutan jantung.
Manakala senaman kekuatan otot dapat akan meningkatkan kekuatan otot dan dalam masa yang sama mengurangkan lemak-lemak berlebihan yang tersimpan di dalam badan.
Walau bagaimanapun, dalam berdepan dengan usaha untuk menyingkirkan lemak bagi memperolehi bentuk badan yang menarik, anda juga perlu bijak dalam mengawal tekanan.
Ini kerana mempunyai tekanan yang berlebihan akan cenderung menyebabkan badan untuk mudah menyimpan menyimpan lemak visceral.
Melakukan teknik relaksasi seperti kaedah pengawalan pernafasan, teknik pernafasan mendalam dan pengurusan tekanan pasti membantu anda dalam mengawal dan mengimbangkan tekanan.
Pilihan Senaman Kempiskan Perut
Jika anda ingin menyingkirkan lemak, senaman kardio merupakan antara pilihan senaman kempiskan perut yang boleh anda lakukan.
Berikut adalah beberapa pilihan senaman kardio yang boleh anda cuba:
1. Berjoging
Joging merupakan antara senaman perut buncit pilihan kebanyakan individu.
Ini kerana ini dilakukan dalam keadaan yang tenang dan di persekitaran yang santai, dan kebiasannya, senaman ini dibuat di taman atau pusat rekreasi.
Tempoh yang paling minimum disarankan untuk melakukan senaman ini adalah 30 minit.
Jika anda berkemampuan, anda boleh lakukan sehingga tempoh masa 1 jam.
Lakukan aktiviti untuk selama 3 bulan dan anda pasti akan dapat melihat perbezaannya seperti anda akan berasa badan anda lebih ringan dan kadar pernafasan anda akan menjadi lebih teratur.
2. Berlari juga merupakan senaman kempiskan perut
Berlari merupakan antara pilihan senaman kardio yang paling sering dilakukan dan mudah.
Anda dicadangkan untuk melakukannya selama 3 bulan untuk membolehkan anda melihat perbezaannya.
Anda mesti tertanya, apa bezanya berlari dan berjoging? Kedua-duanya mempunyai manfaat kesihatan yang tersendiri. Tetapi untuk berlari, anda memerlukan lebih stamina.
Jadi, anda mempunyai pilihan sama ada berlari mahupun berjoging.
3. Berenang
Sejujurnya berenang merupakan antara senaman kardio yang paling berkesan untuk memberikan kesan terbaik kepada keseluruhan badan anda.
Ketika berenang anda akan mengerakkan seluruh badan anda dari kepala sehingga ke hujung kaki.
Senaman kardio ini jika dilakukan dalam tempoh 30 minit akan dapat membantu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Menarik bukan?
Jadi kepada individu yang boleh berenang, pastinya ia boleh dijadikan senaman yang boleh dijadikan amalan dan pilihan.
4. Berbasikal
Jika anda gemar berbasikal, ketahuilah ia adalah satu aktiviti yang bukan sahaja sihat, tetapi ia dapat memberikan kesan kepada keseluruhan badan anda, seperti berenang.
Mengayuh basikal untuk tempoh masa minimum 30 minit atau maksimum 2 jam secara berterusan sememangnya meletihkan tetapi ia adalah sangat bagus untuk kesihatan anda.
Seperti senaman yang lain, untuk melihat kesannya anda perlu melakukan secara konsisten, iaitu untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. Selamat mencuba!
5. Bersukan
Anda tidak berminat untuk berbasikal, berjoging atau berenang? Tetapi anda gemarkan untuk bersukan?
Jika begitu, pilihlah sebarang sukan yang membolehkan anda mengerakkan anggota badan anda seperti tangan dan kaki.
Antara pilihan sukan yang boleh anda lakukan sebagai senaman kempiskan perut adalah seperti bermain badminton, futsal, bola sepak dan sebagainya.
[embed-health-tool-heart-rate]