backup og meta

Paha Bergesel Tanda Sudah GEMUK? Ini Cara Berkesan Mengecilkan Paha!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/09/2022

    Paha Bergesel Tanda Sudah GEMUK? Ini Cara Berkesan Mengecilkan Paha!

    Apabila paha sebelah kiri dan kanan anda itu boleh bertemu serta bergesel, itu petanda bahawa anda sudah gemuk. Disebabkan itu, anda perlu mula amalkan cara mengecilkan paha.

    Dalam usaha untuk membuat paha lebih kecil, sudah pasti apa yang perlu anda beri lebih perhatian adalah aspek diet pemakanan di samping aktiviti fizikal yang bersesuaian.

    Untuk tahu bagaimana cara mengecilkan paha gemuk, jom terus baca artikel dengan lebih lanjut!

    Apa punca kepada masalah paha gemuk?

    Rasanya, semua orang pasti sudah tahu bahawa punca paha gemuk tidak lain tidak bukan adalah disebabkan oleh pengumpulan dan penumpuan lemak khusus di bahagian itu.

    Lemak ini tentu sahaja akan diperolehi daripada hidangan yang anda ambil terutamanya yang berlemak, berminyak dan bergoreng, contohnya seperti lambakan makanan segera.

    Selain daripada aspek pemakanan, punca lain ia terjadi adalah disebabkan individu yang mungkin agak kurang aktiviti fizikal dan cenderung untuk menjalani gaya hidup sedentari.

    cara mengecilkan paha

    Dalam pada itu, wujud juga banyak faktor risiko lain yang boleh bawa masalah ini seperti berikut:

    • Genetik – Genetik daripada ahli keluarga terdekat dengan masalah paha gemuk juga mungkin akan buat anda ada masalah yang sama
    • Usia – Hipotesisnya; semakin tua usia individu itu, maka semakin banyak otot yang hilang dan semakin banyak lemak akan wujud
    • Aktiviti fizikal tidak tepat – Memang benar bahawa anda telah banyak bersenam atau bersukan, namun aktiviti itu mungkin tidak tepat
    • Plateau – Fasa ini adalah ketika di mana berat badan anda tidak akan turun meskipun sudah menjalankan diet dan melakukan aktiviti fizikal

    Bagaimana cara mengecilkan paha anda?

    Sekiranya anda telah memasang niat dan hasrat untuk mengecilkan bahagian paha itu, apa yang perlu anda fokus adalah dengan membakar lemak yang lama wujud di situ.

    Untuk pengetahuan anda semua, lemak pada paha terdiri daripada jenis sel lemak subkutan atau lemak yang wujud di bawah kulit. Jadi, bukan mudah untuk buat ia hilang.

    Pun begitu, usah risau kerana kami akan bantu anda dengan cara mengecilkan paha yang berikut:

    cara mengecilkan paha

    #1. Berdiet dengan lebih sihat

    Cara mengecilkan paha paling utama adalah dengan mengubah pola makan anda dengan mengambil makanan atau minuman yang rendah kalori untuk mengelakkan lemak.

    Meskipun masih belum ada diet yang khusus khas untuk membuat paha jadi lebih kecil, mungkin ada beberapa jenis atau kelas makanan serta minuman sesuai buat anda.

    Apa yang anda mungkin perlu ambil di dalam diet seharian adalah seperti contoh di bawah ini:

    • Variasi sayur-sayuran dan buah-buahan
    • Sumber serat seperti nasi merah dan roti gandum
    • Sumber protein seperti telur putih dan daging putih
    • Penggunaan minyak yang sihat ketika memasak
    • Pengurangan lemak, karbohidrat dan gula

    #2. Bersenam dengan lebih banyak

    American College of Sports Medicine menyarankan kita semua agar bersenam sekurang-kurangnya 8 ke 10 kali seminggu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

    Ia juga mungkin mampu untuk membantu usaha anda yang ingin mengecilkan paha gemuk dengan cara membakar lebih banyak kalori dan membina lebih banyak otot di situ.

    Antara jenis aktiviti fizikal yang anda mungkin boleh cuba adalah senaman squats, deadlifts, leg presses, hamstring curls dan lain-lain aktiviti sesuai dengan apa yang anda perlu.

    Cara mengecilkan paha gemuk #3. Minum air kosong

    Selain mampu cegah diri daripada dehidrasi, minum air kosong secukupnya sangat bagus untuk tubuh badan kerana ia akan bantu menyingkirkan cecair yang tidak perlu.

    cara mengecilkan paha

    Bukan itu sahaja, ia juga akan turut meningkatkan proses penghasilan urin serta melancarkan pembuangan tinja lantas mengurangkan risiko sembelit dan perut kembung.

    Sesuai dengan tajuk artikel, air kosong ternyata bagus buat mereka yang ingin mengurangkan atau menghilangkan lemak pada tubuh badan termasuk di bahagian paha mereka.

    #4. Pembedahan sedut @ buang lemak

    Sekiranya sudah banyak usaha anda cuba namun tidak mendatangkan hasil, anda mungkin boleh memilih alternatif lain yang lebih kompleks dan mahal iaitu prosedur sedut lemak.

    Prosedur yang turut dikenali dengan nama liposuction ini sudah tentu alternatif paling efektif namun ia juga mungkin hadir dengan risiko yang perlu untuk anda pertimbangkan.

    Jadi, adalah sangat penting untuk anda berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur ini agar tidak timbul bahaya pula kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan