Cari makanan DASH apabila anda makan di luar
Mengekalkan diet DASH apabila makan di luar juga sangat penting. Sebagai contoh, di restoran. Sememangnya sukar untuk anda mengawal jumlah sayur, buah, daging, ikan dan lain-lain yang diambil tetapi anda boleh cuba untuk memesan makanan DASH seperti salad, sayur stim, buah-buahan atau sekurang-kurangnya segelas susu rendah / bebas lemak.
Anda juga boleh membawa bekal makanan untuk makan tengahari sewaktu bekerja seperti sandwich (lobak, kubis, salmon, timun), sup sayur dan susu skim atau jus buah tanpa gula. Makanan dan minuman ini membantu anda makan secara sihat walaupun berada di luar rumah.
Pastikan makanan segar anda sentiasa segar
Jika anda membeli makanan segar, letakkannya di dalam beg plastik. Ia akan membantu makanan untuk tahan lebih lama. Jika dibiarkan begitu sahaja, makanan-makanan tersebut akan rosak sebelum sempat anda gunakannya.
Makan bukanlah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi jika makan untuk mencegah hipertensi. Carilah tip-tip lain tentang diet DASH untuk pemakan intuitif, anda mungkin menemui maklumat yang berguna dan membantu untuk makan dengan lebih sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen