backup og meta

Manfaat-Manfaat Berlari yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    Manfaat-Manfaat Berlari yang Perlu Anda Ketahui

    Banyak kajian telah mengaitkan berlari dengan pelbagai manfaat, termasuk kesihatan mental dan fizikal, serta meningkatkan kelanjutan umur / usia. Di bawah ini merupakan manfaat berlari yang paling ketara yang biasa anda dapat:

    Kegembiraan

    Sebarang latihan fizikal sedikit sebanyak akan menggembirakan anda. Oleh sebab berlari mempunyai kesan yang lebih tinggi pada badan anda, ia akan melepaskan tahap hormon anda dengan lebih tinggi berbanding jenis latihan lain. Menurut satu kajian, berlari merangsang tubuh untuk menghasilkan sejumlah besar hormon yang dipanggil endocannabinoid, yang bertanggungjawab membuat anda berasa lebih baik. Berlari juga dipercayai dapat mengembalikan mood seseorang yang mengalami kemurungan.

    Kecergasan

    Berlari membuatkan anda berada dalam keadaan fizikal yang baik kerana ia membakar lemak dengan cepat. Ia membantu anda memotong berat tambahan dan mengawal berat badan secara konsisten. Badan anda akan membakar lebih banyak kalori walaupun selepas sesi berlari anda. Anda tidak perlu berlari pantas untuk mencapai keadaan ini. Sains membuktikan bahawa badan anda mendapat manfaat daripada senaman intensiti rendah juga. Walau bagaimanapun, berlari boleh menyebabkan perut anda mengidamkan lebih banyak makanan. Perlu diingatkan bahawa larian pagi tidak memberikan anda hak untuk makan apa sahaja yang anda mahukan. Jika anda tidak mengawal diet anda, anda mungkin akan membuang masa dengan hasil senaman anda.

    Fikiran yang tajam

    Apabila anda semakin tua, otak anda perlahan-lahan akan kehilangan fungsinya, yang memperlahankan pemikiran anda, bahkan mengakibatkan kehilangan ingatan. Berlari diketahui berupaya dapat melawan ketakmampuan kognitif (cognitive impairment). Orang tua yang berpegang pada rutin berlari dilaporkan mempunyai ingatan yang lebih baik dan tempoh tumpuan yang lebih lama. Mereka juga mendapat markah yang jauh lebih tinggi dalam ujian mental keseluruhan daripada mereka yang menjalani kehidupan sedentari. Pesakit strok yang terselamat meningkatkan 50% keupayaan kognitif mereka apabila diberi latihan tetap.

    Badan yang sihat

    Walaupun berlari secara sendirinya tidak boleh menyembuhkan sebarang penyakit, ia boleh menghalang banyak penyakit. Pelari wanita kurang berkemungkinan mempunyai kanser payudara. Berlari juga merendahkan risiko anda mendapat strok. Ramai doktor mengesyorkan berlari sebagai sebahagian daripada pelan rawatan penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Semasa anda berlari, arteri dan jantung anda semakin kuat, dengan itu mengurangkan risiko serangan jantung. Lebih-lebih lagi, apabila anda bersenam, metabolisme akan membantu badan anda untuk menyahtoksik semua bahan beracun. Itulah sebabnya ramai pelari dapat mengelakkan kanser. Oleh itu, larian boleh memberi rangsangan kepada sistem imun anda, yang mengakibatkan kesihatan keseluruhan yang lebih baik.

    Anda tidak perlu bilik sukan yang mewah atau latihan intensif untuk kekal cergas dan sihat. Berlari tidak menggunakan banyak wang anda, namun ia masih dapat memberikan manfaat kesihatan yang dijanjikan di gim mahal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan