home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

7 Organ Dalaman Haiwan Yang Menjadi Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

7 Organ Dalaman Haiwan Yang Menjadi Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

Sesetengah orang gemar menikmati organ dalaman lembu dan haiwan lain sebagai hidangan makanan manakala sesetengah yang lain berasa tidak selesa dengan hidangan sedemikian.

Ada juga yang tertanya-tanya sama ada organ dalaman haiwan selamat untuk dimakan. Sebenarnya, hidangan ini mempunyai beberapa risiko serta faedah. Organ dalaman sangat tinggi dengan vitamin dan nutrien tetapi jarang dimasukkan dalam rancangan diet biasa.

Terdapat beberapa organ dalaman yang biasa dimakan. Berikut merupakan senarai dan faedah bagi setiap organ dalaman serta risiko yang patut anda elakkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Organ dalaman Lembu/Ayam – Hati

organ dalaman lembu

Hati adalah organ dalaman yang paling tinggi nutrien dan banyak mengandungi vitamin A. Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan mata dan untuk mengurangkan penyakit yang menyebabkan keradangan, daripada penyakit Alzheimer hinggalah ke artritis.

Hati juga mengandungi asid folik, zat besi, zat kromium, zat tembaga, dan zink dan diketahui amat berkhasiat untuk kesihatan jantung dan untuk meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.

Organ dalaman lembu – Ginjal

Kaya dengan nutrien dan protein, ginjal atau buah pinggang mengandungi asid lemak omega 3. Ia juga diketahui mengandungi sifat anti-radang dan berkhasiat untuk jantung.

Otak

organ dalaman lembu

Daging otak mengandungi asid lemak omega 3 dan nutrien seperti phosphatidylcholine dan phosphatidylserine, yang berkhasiat untuk sistem saraf.

Antioksidan yang diperoleh daripada pemakanan daging otak juga membantu melindungi otak manusia dan saraf tunjang dari kerosakan.

Pun begitu, penyakit lembu gila didapati boleh tersebar melalui pemakanan daging otak.

Jantung

Daging jantung kaya dengan folat, zat besi, zink, dan selenium. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin B2, B6, dan B12, kesemuanya di dalam kumpulan yang dikenali sebagai vitamin B kompleks.

Vitamin B yang terdapat dalam daging organ mempunyai kesan kardioprotektif, bermakna ia melindungi daripada penyakit jantung.

Vitamin B juga dikaitkan dengan mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan kadar kolesterol dan membentuk saluran darah yang sihat. Ia memberi manfaat kepada otak dan didapati mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, demensia, kemurungan, dan kebimbangan.

Daging jantung juga merupakan sumber utama koenzim Q10 (CoQ10). Ini adalah antioksidan dan boleh membantu merawat dan mencegah penyakit tertentu, terutamanya penyakit jantung.

CoQ10 telah dibuktikan melambatkan proses penuaan dan meningkatkan tahap tenaga.

Lidah

organ dalaman lembu

Daging lidah kaya dengan kalori dan asid lemak, serta zink, besi, kolin dan vitamin B12. Daging ini dianggap sangat bermanfaat bagi mereka yang baru sembuh daripada penyakit atau untuk wanita yang mengandung.

Folat adalah vitamin dalam daging organ yang bermanfaat untuk kesuburan dan untuk membantu mengelakkan kecacatan janin dalam bayi, seperti spina bifida dan masalah jantung. Di samping itu, vitamin B6 boleh membantu loya dan muntah sewatu fasa awal kehamilan.

Usus dan perut

Usus dan perut kaya dengan selenium, vitamin B12 dan zink. Ia juga menyerap rasa kuah yang dimasak dengannya. Walaupun perut memerlukan masa yang sangat lama untuk dimasak, ia rendah kalori, tinggi protein dan rendah lemak. Usus dan perut juga kaya dengan fosforus yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

Limpa

Rasa seakan sama seperti hati, limpa sangat kaya dengan zat besi dan protein serta rendah lemak.

Risiko memakan organ dalaman

Jika tidak dibersihkan dengan betul, terdapat masalah dengan bakteria berbahaya pada usus haiwan. Daging otak juga telah diketahui boleh menyebarkan penyakit Lembu Gila walaupun jarang berlaku.

Organ dalaman tinggi dengan kolesterol dan lemak tepu. Tetapi bertentangan dengan kepercayaan popular, kolesterol dan lemak tepu kini dianggap penting untuk diet seimbang dan perlu dimakan secara sederhana. Garis panduan pemakanan United States Department of Agriculture’s (USDA) menyatakan bahawa lemak tepu harus dihadkan kepada 10 peratus atau kurang dalam pengambilan kalori harian individu.

Walau bagaimanapun, bagi orang dewasa yang perlu menurunkan kolesterol mereka, American Heart Association mengesyorkan bahawa lemak tepu tidak boleh diambil lebih daripada 5-6 peratus pengambilan kalori setiap hari.

Orang yang mempunyai gout pula harus mengelakkan makan organ dalaman kerana tinggi dengan kandungan purin, yang memburukkan keadaaan gout.

Selain itu, terdapat kebimbangan bahawa haiwan yang telah terdedah kepada toksin dan racun perosak akan mempunyai kandungan toksik dalam organ mereka.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa walaupun organ seperti hati dan buah pinggang berfungsi sebagai penapis untuk toksin yang masuk ke dalam badan, ia membuang toksin tersebut dan tidak menyimpannya.

Kualiti daging juga memainkan peranan kepada keadaan organ dalamannya. Haiwan yang didera sewaktu dibela atau diternak mungkin boleh menyebabkan pelbagai masalah.

Contohnya, akan terdapat lebih banyak lemak yang terkumpul di sekitar jantung dan buah pinggang. Ringkasnya, jika haiwan tersebut tidak menjalani hidup yang sihat, organ-organ dalaman mereka tidak akan sihat. Haiwan yang diternak secara organik dan dibiarkan bebas di ladang terbuka adalah lebih baik.

Jadi, patutkah saya memakan organ dalaman?

Kebanyakan organ dalaman haiwan kaya dengan nutrien dan sangat bermanfaat kepada manusia. Pun begitu, terdapat risiko jika terlalu banyak memakan organ dalaman. Yang penting amalkan diet yang seimbang dan bersederhana dalam pengambilan organ dalaman.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. How meat and poultry fit in your healthy diet, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/food-and-nutrition/art-20048095, Accessed May 25 2021.
  2. Post-Core:Fats – Saturated, Unsaturated, and Trans Fat , https://www.cdc.gov/diabetes/prevention/pdf/posthandout_session2.pdf, Accessed May 25 2021.
  3. Low-Phosphorus Diet Guidelines, https://www.clevelandclinicabudhabi.ae/en/health-hub/health-library/pages/low-phosphorus-diet-guidelines.aspx, Accessed May 25 2021.
  4. Organ Meats, Why I Eat Them, And How to Enjoy Them Yourself, https://betterhumans.pub/how-to-eat-the-most-nutrient-dense-meats-on-the-planet-d45efa0a3729, Accessed May 25 2021.
  5. Organ Meats, https://nutritionfacts.org/topics/organ-meats/, Accessed May 25 2021.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 2 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x