Halia antara bahan yang sering dimasukkan dalam masakan. Tetapi adakah anda tahu apakah khasiat halia untuk rahim dan kesihatan wanita secara keseluruhannya?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khasiat halia untuk wanita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kegunaan halia dalam kehidupan seharian
Halia ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Tenggara. Ia tergolong dalam keluarga Zingiberaceae dan berkait rapat dengan kunyit, buah pelaga dan lengkuas.
Rizom – batang dalam tanah – adalah bahagian yang biasa digunakan sebagai rempah ratus, dikenali sebagai akar halia atau panggilan ringkasnya halia.
Tumbuhan ini boleh digunakan dalam bentuk segar, kering, serbuk atau sebagai minyak mahupun jus. Ia antara bahan popular dalam resipi bagi meningkatkan rasa masakan di Asia.
Khasiat halia untuk rahim dan kesihatan keseluruhan wanita
Melihat luarannya, halia tidak kelihatan seperti mempunyai kebaikan kesihatan. Tetapi bak kata pepatah, “jangan menilai sesuatu, melalui luaran semata-mata”.
Ini kerana ia tumbuhan penuh keajaiban. Ia bukan sahaja mengandungi vitamin C, magnesium dan kalium, bahkan ia juga menawarkan pelbagai khasiat halia untuk wanita.

Khasiat halia untuk rahim #1. Melegakan senggugut
Halia mempunyai sebatian tertentu yang dianggap membantu mengurangkan keradangan – dengan menghalang pengeluaran prostaglandin tubuh. Masalah senggugut dikaitkan dengan pengeluaran prostaglandin berlebihan.
Prostaglandin adalah bahan kimia yang bertanggungjawab mencetuskan pengecutan otot yang menyingkirkan lapisan rahim.
Jadi dengan pengambilan halia – sebagai suplemen, dalam teh atau lain-lain – dipercayai dapat mengurangkan kekejangan.
2. Mencegah garis halus dan kedutan
Antioksidan dalam halia boleh digunakan untuk membantu memelihara kolagen kulit anda, menjadikannya bahan semula jadi untuk rutin antipenuaan.
3. Mencegah sel kanser ovari, antara khasiat halia untuk rahim
Sifat antioksidan, antiradang dan antimikrob halia dapat membantu memerangi sesetengah penyakit. Menerusi penyelidikan, tumbuhan ini juga boleh mengurus, malah mencegah beberapa jenis kanser.
Kanser ovari antara kanser yang menjejaskan sistem pembiakan wanita dan halia mempunyai kuasa untuk melawan dan mencegah kanser ovari. Ini sekali gus menjadikan ia tumbuhan penting untuk dimasukkan ke dalam diet harian wanita.

4. Terapi untuk mual
Tumbuhan ini juga baik untuk meredakan pelbagai jenis loya dan muntah, termasuklah mabuk pagi yang dialami wanita hamil, mabuk perjalanan dan juga loya pada pesakit kemoterapi.
Di samping itu, individu dengan masalah vertigo juga boleh menggunakan halia bagi mengurangkan pening dan loya.
5. Membantu mengurangkan berat, antara kebaikan halia
Berdasarkan penyelidikan, halia dipercayai dapat membantu mengurangkan berat badan dan nisbah pinggang-pinggul.
Halia berpotensi memainkan peranan penting dalam pengurusan berat kerana ia meningkatkan thermogenesis dan mengurangkan rasa lapar.
[embed-health-tool-bmi]
6. Selain khasiat halia untuk rahim, ia juga bantu dapatkan kulit sihat
Masalah kulit seperti muka berminyak atau liang pori besar dapat diatasi dengan halia.
Dalam kajian yang dilakukan, halia yang ditapis – terdiri daripada sel tumbuhan aktif dilaporkan dapat memperbaiki struktur kulit wanita.
Di samping itu, jika anda mempunyai muka berjerawat, antioksidan dalam halia boleh membantu memperbaiki dan memulihkan penampilan kulit.
7. Baik untuk atasi tekanan dan perubahan hormon
Vitamin B yang terdapat dalam halia mempunyai kesan positif terhadap keadaan psikoemosi wanita, membantu mengatasi tekanan dan perubahan berkaitan usia dan hormon.
8. Meningkatkan kesihatan rambut
Terdapat kajian yang menunjukkan masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur dan hujung rambut bercabang boleh diatasi dengan ubatan yang menggunakan halia.
9. Selain khasiat halia untuk rahim, ia juga bagus untuk organ pelvis
Halia segar dapat membantu memerangi simptom menopaus dan sindrom awal haid dengan berkesan.
Komponen aktif dalam tumbuhan ini meningkatkan bekalan darah ke organ pelvis, secara beransur-ansur menormalkan keseimbangan hormon seks dalam badan wanita dan mengurangkan kesakitan dalam dysmenorrhea.

10. Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Dalam masa sukar dengan ancaman wabak covid, perkara paling penting adalah untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan mempunyai sistem imuniti yang kuat.
Salah satu cara yang boleh dijadikan pilihan adalah dengan pengambilan halia. Kenapa? Halia bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang. Pengambilannya dapat meningkatkan imuniti dan membantu melindungi fungsi otak.
Resepi popular untuk mendapatkan khasiat halia untuk rahim & kesihatan wanita
Untuk mendapatkan manfaat yang disenaraikan di atas, anda boleh menambah halia dalam sayuran, menumisnya, meletakkan dalam hidangan ayam, sup, kari, kuah salad, pencuci mulut, smoothie, bahkan lempeng dan teh.
Resepi air halia
Cara paling mudah untuk memasukkan halia ke dalam diet pemakanan adalah dalam bentuk minuman. Di bawah ada cara buat air halia paling mudah boleh anda cuba.
Kupaskan halia segar, parut halus ke dalam cawan dan tambahkan air panas. Biarkan selama 10-15 minit. Minuman ini boleh ditambah dengan 1 sudu sirap maple atau madu.
Pemeriksaan doktor
Namun awas! Suplemen halia dos tinggi boleh menyebabkan loya dan refluks gastrik. Ia juga boleh bertindak balas dengan ubat pencair darah.
Perkara paling utama adalah untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu. Ini bagi memastikan kesesuaian penggunaan suplemen atau pengambilan halia dalam makanan mahupun diet harian anda.