backup og meta

Ini 5 Punca Utama Kanser Ovari, Betul Ke Bedak Talkum Pun Boleh Jadi Penyebab?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/11/2022

    Ini 5 Punca Utama Kanser Ovari, Betul Ke Bedak Talkum Pun Boleh Jadi Penyebab?

    Sebagai wanita, kanser ovari merupakan sesuatu yang amat ditakuti. Hingga hari ini, punca kanser ovari masih belum dapat dikenal pasti. Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser ovari dalam kalangan kaum Hawa.

    Antaranya ialah umur yang semakin lanjut dan juga genetik wanita itu sendiri. Semua ini merupakan antara faktor atau punca kanser ovari yang boleh meningkatkan kebarangkalian individu untuk menghidap kanser.

    Secara amnya, kanser bermula apabila DNA dalam kanser tersebut bermutasi. Mutasi inilah yang mengarahkan sel tersebut untuk membesar dan merebak secara abnormal lalu membentuk tumor.

    Tumor ini akan terus hidup dan sel yang sihat pula akan mati. Bukan itu sahaja, sel ini boleh menjangkiti sel lain yang berdekatan.

    Malah, sel kanser ini boleh berpisah daripada induk dan merebak pula di tempat lain. Inilah yang berlaku apabila kanser tersebut dikatakan sudah bermetastasis.

    5 punca kanser ovari dalam kalangan wanita

    Sebagai wanita, kita haruslah lebih peka mengenai tanda kanser ovari, lebih-lebih lagi jika ada di antara ahli keluarga yang menghidap kanser yang sama.

    Malangnya, kanser ovari selalunya merebak dengan senyap. Sebelum ia boleh dikesan, selalunya kanser ovari telahpun membesar dan merebak ke bahagian abdomen. Setelah tumor membesar, barulah pesakit akan mula merasai simptom.

    Ada beberapa faktor risiko atau punca kanser ovari yang perlu wanita ketahui:

    1. Usia dan kanser ovari

    punca kanser ovari

    Tidak dinafikan, usia merupakan antara faktor risiko utama untuk kanser ovari. Kebanyakan kes kanser ovari berlaku apabila wanita mencecah menopaus.

    Hampir separuh daripada kes kanser ovari dikesan dalam kalangan wanita yang berusia 63 tahun atau lebih tua. Malah, 8 daripada 10 wanita yang dikesan dengan kanser ini berusia lebih daripada 50 tahun.

    Punca kanser ovari #2. Genetik dan sejarah keluarga

    Kaum Hawa yang mempunyai ahli keluarga dengan penyakit yang sama mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser ovari.

    Kadangkala, ini berlaku disebabkan sejenis gen yang dikenali sebagai BRCA1 atau BRCA2. Kedua-dua gen ini dapat meningkatkan risiko wanita untuk menghidap kanser payudara, kanser kolorektal dan juga kanser ovari.

    Walau bagaimanapun, kanser ovari dalam kalangan keluarga bukanlah bermaksud anda akan mempunyai gen yang sama.

    Malah, masalah genetik ini amat jarang, hanya 1 daripada 10 kes kanser ovari berlaku disebabkan salah satu daripada gen ini.

    3. Pernah melakukan terapi gantian hormon

    Menurut kajian, terapi gantian hormon (hormone replacement therapy -HRT) boleh meningkatkan risiko kanser ovari. Walau bagaimanapun, kajian yang sedia ada menunjukkan keputusan yang bercanggah.

    Jika adapun peningkatan risiko, ia sangatlah kecil.

    Jika anda mengambil HRT dan risau mengenai kanser ovari, berjumpalah doktor untuk sesi konsultasi.

    Sebarang risiko kanser ovari yang disebabkan oleh kanser prostat akan berkurang sejurus terapi HRT dihentikan.

    4. Endometriosis

    Kajian menunjukkan wanita yang menghidap endometriosis lebih berisiko untuk menghidap kanser ovari.

    Wanita yang menghidap penyakit ini selalunya mempunyai sel rahim yang tumbuh di bahagian lain seperti di ovari atau perut.

    Walau bagaimanapun, sel ini masih lagi melakukan fungsinya seperti sel rahim yang biasa.

    Ini bermaksud, wanita tersebut masih boleh mengalami pendarahan ketika datang bulan, namun darah tersebut akan terperangkap dan tidak boleh keluar daripada badan.

    5. Faktor kanser ovari lain

    punca kanser ovari

    Selain faktor di atas, ada juga faktor-faktor lain yang boleh menjadi punca kanser ovari. Sebagai contoh:

    1. Mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Wanita yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai risiko kanser yang lebih tinggi. Namun, dengan cara menjaga diet dan bersenam, wanita dapat mengurangkan risiko kanser ovari pada masa akan datang.
    2. Merokok. Wanita yang merokok bukan sahaja mempunyai risiko kanser ovari yang lebih tinggi, malah semua kanser dan penyakit kronik lain. Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko kanser dan juga masalah kesihatan yang serius.
    3. Pendedahan terhadap asbestos. Asbestos merupakan sejenis bahan yang berwarna putih dan digunakan di dalam bangunan sebagai insulasi. Pendedahan terhadap asbestos boleh menyebabkan kanser, namun penggunaan bahan ini telah dihentikan.
    4. Penggunaan bedak talkum. Ada beberapa kajian yang menunjukkan bedak talkum boleh menyebabkan kanser ovari. Walau bagaimanapun, dapatan kajian tidak konsisten dan risikonya sangat kecil.

    Kesimpulanpunca kanser ovari

    Kanser ovari tidak dapat dicegah. Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risikonya.

    Sebagai contoh, pengambilan pil perancang mungkin dapat membantu wanita yang menghidap kanser ovari. Namun, kontraseptif mempunyai risikonya yang tersendiri. Oleh sebab itu, berbincanglah dengan doktor mengenai risikonya.

    Selain itu, dapatkan pendapat daripada doktor yang bertauliah jika anda mempunyai ahli keluarga dengan risiko kanser payudara dan ovari. Jika faktor risiko anda tinggi, doktor boleh memberikan cadangan untuk mengurangkannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan