Menurut kajian pada 2012 yang berfokuskan 147 wanita berusia 18 ke 30 tahun, penggunaan penampal haba (heat patch) pada suhu 104°F bersamaan dengan 40°C adalah sama efektif dengan pengambilan iburofen.
Anda juga boleh gunakan alternatif yang lebih mudah seperti menuam tuala yang hangat atau mandi air panas. Senang, bukan?
#5. Orgasma
Menurut Dr. Barry Komusaruk, seorang profesor psikologi dari Rutgers University mengatakan bahawa orgasma dapat membantu mengurangkan kekejangan semasa datang bulan kerana sensasi yang dirasakan pada klitoris akan memberi kesan kepada keseluruhan tubuh badan termasuklah saraf tunjang lantas mengeluarkan pemancar neuron seperti endofin dan oksitoksin yang dapat membantu mengubah persepsi kesakitan.
#6. Akupuntur
Akupuntur sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina tradisional dan ia sangat bermanfaat untuk memberi kesan positif kepada kesihatan individu secara umumnya dengan hanya menggunakan jarum dan titik strategik pada tubuh badan manusia. Menurut kajian, ia juga dikatakan dapat melegakan kekejangan semasa datang bulan.
#7. Elektrod
Cara ini mungkin agak terkini berbanding cara yang lain dan belum ramai yang mengetahuinya. Teknik yang dikenali sebagai Transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS) ini berfungsi dengan melekatkan penampal yang mempunyai elektrod pada kulit dikatakan dapat merangsang sistem saraf manusia untuk mengeluarkan hormon endorfin dalam tubuh badan.
#8. Herba

Sebenarnya, terdapat banyak herba yang boleh anda gunakan untuk melegakan kekejangan semasa datang bulan seperti teh chamomile, jintan manis, kayu manis, halia dan pycnogenol. Pun begitu, penggunaan herba ini mungkin hanya sekadar plasebo dan pelbagai lagi kajian lanjutan perlu dijalankan.
#9. Jalani kehidupan yang sihat
Buat wanita yang sering mengalami kekejangan semasa haid, anda perlu perhatikan semula gaya hidup anda. Sebaiknya, tinggalkan rokok dan minuman keras buat selama-lamanya. Sebaliknya, bersenam selalu agar kesihatan anda secara umum dapat dipertingkatkan. Selain itu, cuba elakkan diri daripada tekanan yang berlebihan.
#10. Pembedahan
Pilihan terakhir yang wujud adalah pembedahan. Jika kekejangan semasa haid anda disebabkan oleh kondisi seperti endometriosis, adenomyosis atau ketumbuhan, pembedahan merupakan satu-satunya cara yang boleh anda lakukan.
Sebaiknya, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum melakukannya atau sebarang rawatan lanjutan.