Ia juga boleh menyebabkan tinitus – keadaan yang menyebabkan rasa seperti telinga berdering.
Jangkitan virus boleh menjadi punca gejala vertigo. Ia akan mengakibatkan keradangan pada saraf di sekitar telinga dalam, yang akan menyebabkan gejala muncul.
Bahagian telinga dalam di mana jangkitan berlaku disebut labirin, maka jangkitan ini dinamakan sebagai Labyrinthitis.
Selalunya jangkitan ini akan berlaku selepas dijangkiti virus seperti selesema atau flu.
Walau bagaimanapun, masalah pening kepala ini juga boleh disebabkan oleh banyak faktor lain.
Ini termasuklah trauma kepala, alergi, penyalahgunaan alkohol, jangkitan bakteria, tumor di telinga tengah atau mengambil aspirin dalam dos yang tinggi.
Jadi, sudah anda bersedia untuk mengetahui tip mengurangkan simptom melalui cara tidur orang vertigo?
Cara tidur orang vertigo

Tidak mendapat tidur mencukupi boleh menjadikan episod pening kepala lebih kerap berlaku.
Kualiti tidur memainkan peranan penting dalam membantu memberikan kelegaan, di samping mengetahui posisi dan cara tidur orang vertigo yang bersesuaian.
Tip berikut mungkin sesuai untuk mengurangkan gejala bagi sesetengah individu dan mungkin juga sebaliknya.
Paling utama, untuk mengetahui cara tidur orang vertigo yang sesuai adalah dengan mencuba terlebih dahulu.
Perkara penting perlu diingat dalam menentukan posisi kedudukan kepala adalah meletakkannya secara strategik pada sudut.
Ia bertujuan menghalang tekanan daripada mengembangkan cecair atau kotoran pada bahagian telinga dalam.
Sekiranya anda tidur hanya dengan satu bantal, cuba tambahkan bantal kedua untuk menopang kepala anda lebih tinggi.
Anda mungkin ingin mendapatkan wedge pillow untuk memastikan kepala anda condong secara semula jadi.
-
Posisi cara tidur orang vertigo
Anda mungkin mendapati bahawa berbaring di satu sisi khususnya, boleh membuat pening kepala bertambah teruk.
Perkara terbaik yang perlu dilakukan dalam senario itu adalah tidur pada sisi yang lain dan elakkan daripada berubah posisi ketika tidur.
Anda boleh menggunakan bantal sebagai penghadang.
Posisi tidur ini mungkin bukan cara tidur orang vertigo yang ideal untuk semua.
Cara tidur ini dikatakan dapat mengekalkan keseimbangan semula jadi deposit kalsium pada saluran telinga dalaman anda.
Ia juga dapat mencegah kebocoran cecair perilymph – punca kepada penyakit Meniere.
Kaedah tidur ini tidak akan mencetuskan BPPV. Ini terutamanya jika kedudukan kepala anda tinggi ketika melelapkan mata.

Cara tidur orang vertigo: Amalkan rutin tidur yang baik
Semestinya vertigo akan menyebabkan anda mengalami masalah untuk tidur dengan lena. Malahan ada individu dengan masalah pening kepala ini mungkin tidak boleh tidur langsung.
Malangnya, tidak mendapat tidur yang mencukupi hanya akan memburukkan lagi keadaan vertigo anda. Ia bagaikan satu sumpahan, kan?
Mewujudkan rutin kebersihan tidur dipercayai dapat membantu anda memperolehi tidur berkualiti dan membolehkan badan melawan sensasi kepala berpusing yang menyerang.
Contohnya, cubalah untuk selalu tidur serta bangun pada waktu yang sama setiap malam dan pagi. Namun, pastikan anda mendapat cukup tidur, sekurang-kurangnya 7 jam.
Paling penting, pastikan suasana dalam bilik tenang dengan pencahayaan serta suhu yang bersesuaian.