Dengan hanya membalik-balikkan rambut anda dengan menterbalikkan kepala selama 2-4 minit setiap hari dipercayai berfungsi meningkatkan peredaran.

6. Jangan kerap sikat rambut
Kebanyakan wanita yakin bahawa rahsia rambut panjang dan sihat adalah sentiasa menyikat mahkota anda.
Namun, sesetengah orang takut untuk menyikat rambut kerana ia menyebabkan keguguran rambut, dan elakkan menyikat rambut kecuali diperlukan.
Kebenarannya adalah, menyikat rambut merangsang kulit kepala, melepaskan minyak semulajadi, dan membantu menyebarkan minyak ke hujung helaian rambut.
Tetapi, amalkan cara melebatkan rambut dan mengurangkan keguguran yang betul dengan pastikan sikat secara perlahan-lahan, terutamanya ketika rambut anda basah.
7. Lindungi rambut anda
Ini akan kelihatan agak melampau, tetapi anda akan terkejut melihat kebanyakan orang mengabaikan aspek penjagaan rambut atau petua melebatkan rambut yang paling mudah ini.
Setiap kali anda terdedah kepada habuk dan panas, kelembapan rambut anda juga mungkin akan hilang.
Oleh itu, petua melebatkan rambut anda yang terakhir adalah dengan memastikan semasa berada di luar rumah anda melindungi rambut anda dengan tudung/skaf atau topi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen