Kalau minum di kedai atau di rumah, pastinya air sejuk menjadi pilihan utama kebanyakkan individuberbanding minum air panas. Tetapi adakah anda tahu terdapat 8 manfaat minum air panas?
Kalau minum di kedai atau di rumah, pastinya air sejuk menjadi pilihan utama kebanyakkan individuberbanding minum air panas. Tetapi adakah anda tahu terdapat 8 manfaat minum air panas?
Memulakan hari anda dengan meminum air panas dapat membantu tubuh anda untuk memulakan sistem pencernaan dan memberikan manfaat kesihatan yang baik. Anda boleh menambah perahan lemon untuk memberikan tambahan kebaikan vitamin C dalam minuman anda.
Air panas tidaklah seharusnya air yang masih mendidih, tetapi air panas itu harus berada dalam likungan suhu 48°C hingga 60°C. Jika suhu air melebih daripada yang disarankan ia boleh mengakibatkan kecederaan seperti luka terbakar. Jadi elakkan daripada minum air panas yang terlalu panas, bukan kebaikkan yang anda dapat, sebalik jadi masalah pula nanti.
Jika anda seorang individu yang lebih gemarkan minuman berais dan sejuk, mungkin manfaat minum air panas yang disenaraikan dibawah akan boleh menjadikan anda penggemar minuman panas pula.
Berikut adalah beberapa manfaat pengambilan minuman panas yang patut anda ketahui:
Kehangatan air panas memberikan wap dan bernafas secara mendalam dari wap yang keluar dari secawan air panas dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan juga dapat mengurangkan sakit kepala akibat selsema.
Air panas membantu merangsang pencernaan. Tubuh tidak akan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak untuk memecahkan makanan yang anda makan, menjadikannya sangat mudah untuk dicerna dan akan melalui usus dengan lancar. Sebaliknya minuman sejuk yang ada ambil membawa kesan yang bertentangkan.
Apabila anda meminum segelas air panas, deposit lemak yang berada dalam tubuh akan disingkirkan bersama deposit terkumpul di dalam sistem saraf. Ia akan mengeluarkan toksin yang berada dalam seluruh tubuh dan membantu meningkatkan peredaran darah.
Air panas tidak membuatkan anda kehilangan berat badan, tetapi ia membantu dalam proses penurunan berat badan. Tetapi mengambil segelas air panas dan dicampur lemon dapat melancarkan metabolisme anda, memberi tubuh keupayaan membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.
Minum air panas membantu usus anda untuk berfungsi dengan lebih lancar. Sisa lama yang terperap di dalam usus akan dapat dikeluarkan dari tubuh. Kekerapan minum air panas dapat membantu menjaga tahap kesihatan anda dengan lebih baik. Tetapi jika anda hanya meminum sekali-sekala apabila sembelit juga idea yang baik.
Anda pasti pernah terdengar tentang penggunaan pad panas ke atas perut dalam melegakan wanita ketika mengalami kekejangan ketika haid? Ia berfungsi sama seperti itu, tapi bukan hanya di perut tetapi pada mana-mana bahagian yang bengkak atau menyakitkan. Air panas membantu melegakan otot dan kesakitan serta mengurangkan sakit kepala.
Percaya atau tidak, air panas dapatmembantu melambatkan penuaan. Ia adalah produk anti-penuaan yang paling mudah dan murah untuk anda perolehi. Apabila tubuh anda dapat menjalankan fungsi menyahtoksik lebih baik, sel akan memperbaiki kulit anda lebih cepat dan hasilnya ia akan menjadi kulit anda lebih bersinar. Malah air panas juga boleh melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.
Air panas dapat membantu menyingkirkan toksin semasa tubuh anda berpeluh dan kencing. Suhu badan anda akan meningkat apabila anda minum air panas, menyebabkan anda berpeluh.
Banyakkan kebaikkan yang boleh anda perolehi? Mungkin selepas ini anda boleh mencuba secara perlahan-lahan untuk mula mengambil minuman panas sebagai antara menu wajib dalam diet pemakanan harian anda.
Terdapat pelbagai jenis minuman panas yang boleh anda cuba seperti mencampurkan perahan limau nipis atau lemon bersama madu dan air panas, secawan coklat panas atau secawan teh panas untuk hidangan pada waktu petang dengan sepotong kek. Selamat mencuba!
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen