Pesakit Covid-19 Boleh Sembuh Walaupun Belum Ada Vaksin? Itu Pentingnya Sistem Imun KUAT!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Perlumbaan mencipta vaksin di seluruh dunia sedang rancak berlaku.

Semenjak  jangkitan virus korona baharu (COVID-19) merebak ke seluruh dunia, saintis dan ahli akademik berusaha keras untuk mencari ubat dan mencipta vaksin.

Kedua-duanya merupakan senjata utama dalam memerangi kemaraan wabak.

Namun, apa yang anda perlu tahu adalah, majoriti pesakit di seluruh dunia mengalami simptom ringan.

Ini kerana, pesakit covid sembuh dengan sendirinya selepas beberapa hari menunjukkan simptom.

Keupayaan sistem pertahanan badan untuk melawan virus tidak harus dipandang ringan.

Malah terdapat kajian yang dibuat bagi memahami tindak balas imun terhadap COVID-19.

Perkara ini  penting, bagi mencipta ubat dan vaksin yang berkesan.

Kes positif di seluruh dunia sudah merangkak naik, lambat laun akan mencecah 3 juta.

Di Malaysia, statistik kes positif adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

Sistem imun semula jadi boleh bantu pesakit covid sembuh 

Walaupun sebahagian kecil pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan untuk hidup, tapi majoriti hanya perlu bergantung kepada sistem imun mereka sendiri.

Tindak balas sistem pertahanan badan terhadap jangkitan wabak boleh dianggap menakjubkan.

Oleh sebab itulah mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun dianggap berisiko tinggi.

Mereka telah kehilangan satu perisai dalam melawan virus korona baharu.

Kajian oleh Dr Oanh Nguyen yang melibatkan seorang wanita yang dijangkiti COVID-19 memberikan gambaran mengenai sistem imun secara umum.

Wanita yang berusia 40 tahun itu tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Dia telah hadir ke hospital Melbourne dengan simptom ringan COVID-19.

Artikel lain:

Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

Dr Nguyen telah mengambil sampel darah pada 4 masa yang berlainan bagi melihat proses yang diadaptasi oleh sistem imun untuk melawan virus.

3 hari selepas wanita itu dimasukkan ke dalam hospital, pemeriksaan darah menunjukkan peningkatan pada populasi sel imun.

Tindak balas ini hampir serupa dengan pesakit covid sembuh daripada jangkitan selesema influenza.

Berdasarkan kepada data yang ada, Dr Nguyen meramalkan pesakit akan sihat dalam masa 3 hari.

Kajian ini telah membuktikan bahawa, walaupun virus COVID-19 merupakan virus baharu, badan masih berupaya untuk melawannya.

Perkara ini boleh dijadikan sebagai faktor pendorong kepada saintis dan ahli akademik lain.

Mereka perlu menyiasat, faktor apa yang tiada pada mereka yang mati disebabkan oleh COVID-19.

Isu di sebalik keupayaan sistem imun untuk sembuh COVID-19 dan ribut sitokin

sembuh daripada covid

Ia merupakan satu bentuk paradoks.

Selama ini kita hanya memberikan perhatian kepada virus tanpa memikirkan seseorang itu mungkin teruk disebabkan oleh sistem imunnya sendiri.

Untuk pesakit covid sembuh, kita bergantung sepenuhnya kepada sistem pertahanan badan dan sel imun yang dikenali sebagai sitokin. 

Sitokin adalah molekul pengisyaratan yang dirembeskan oleh badan untuk mengaktifkan proses keradangan dan membasmi jangkitan kuman.

Namun, dalam sesetengah kes, badan boleh menghantar lebih banyak sel imun untuk  membasmi wabak virus tersebut.

Tindak balas besar-besaran ini bukan sahaja akan membunuh virus  tersebut, malah sel sihat.

Fenomena ini dikenali sebagai ribut sitokin.

Ia memerlukan rawatan namun, perkara tersebut melibatkan penggunaan agen untuk menurunkan fungsi sistem pertahanan badan.

Persoalannya, bagaimana anda hendak sembuh daripada COVID-19 jika rawatan yang diberikan bertujuan untuk menurunkan fungsi sistem imun?

Virus memang sudah tentu  boleh menyebabkan kerosakan pada sel organ khususnya peparu.

Ini merupakan dilema yang dihadapi dalam merawat masalah ribut sitokin pada pesakit COVID-19.

Tindakan ‘buang dadu’ untuk sembuh daripada COVID-19

sembuh daripada covid

Setakat ini, saintis sedang mencari jalan yang berkesan bagi membasmi masalah berkaitan dengan ribut sitokin.

Pelbagai jenis ujian klinikal akan dijalankan, salah satu daripadanya melibatkan 1 ubat prostat yang dikenali sebagai tamsulosin.

Melalui pemerhatian klinikal, seorang jurutera biomedikal, Joshua Vogelstein masih tidak jelas mengapa perkara itu berlaku.

Jika dilihat pada sudut teori, ubat tamsulosin boleh menghalang rembesan hormon dopamin dan adrenalin yang dicetus oleh sitokin.

Anda mungkin berminat:

Ia boleh membantu mereka yang alami simptom teruk untuk sembuh.

Namun,  salah satu ujian klinikal yang mendapat perhatian adalah proses untuk menghalang fungsi sitokin itu sendiri.

Sasaran utama adalah sitokin yang dikenali sebagai interleukin-6. Ia sering dikaitkan dengan risiko kegagalan sistem pernafasan.

Jika kita boleh mencipta ubat yang mampu menghalang fungsi interleukin-6 tanpa mengganggu molekul sitokin lain, ia mampu mengelakkan ribut sitokin daripada berlaku.

Kajian klinikal kini sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, penulis tidak rasa ia akan membuahkan hasil dalam masa terdekat.

Ia memerlukan masa dan rawatan bagi kes teruk untuk sembuh daripada COVID-19 kini berasaskan kepada maklumat sedia ada yang sangat terhad.

Konklusi

virus korona

Walaupun sistem imun badan boleh bantu kita untuk sembuh COVID 19 jika dijangkiti, tapi vaksin dan ubat yang terbukti berkesan penting untuk membasmi wabak.

Jika mempunyai sistem imun badan yang kuat, anda berisiko rendah untuk mendapat COVID-19 teruk.

Teruskan patuh kepada perintah kawalan pergerakan dan langkah pencegahan lain.

Lambat laun pertarungan menentang virus korona baharu ini akan dimenangi oleh kita.

 

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

Kita semua sudah sedia maklum kerajaan Malaysia masih sedang menunggu vaksin virus korona baharu COVID-19 yang bakal dihantar oleh syarikat...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial. Benarkah ada kesan sampingan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19, Penyakit Berjangkit 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Lagi Berita Selebriti Antarabangsa Dijangkiti COVID-19, Kini Giliran Pengacara Ellen DeGeneres Pula!

Ya, wabak virus covid 19 ini telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terbaharu, Ellen Degeneres pula dikatakan dijangkiti penyakit ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
COVID-19, Penyakit Berjangkit 11/12/2020 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
fungsi hand sanitizer

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan