backup og meta

Ada Kesan Pada Haid Jika Wanita Dijangkiti COVID-19 Atau Yang Telah Divaksin, Betul Ke?

Ada Kesan Pada Haid Jika Wanita Dijangkiti COVID-19 Atau Yang Telah Divaksin, Betul Ke?

Haid mula berubah setelah dijangkiti koronavirus? Tertanya-tanya sama ada COVID-19 harus dipersalahkan? Tapi, bolehkah wabak ini menjejaskan haid wanita?

Ternyata, perubahan haid berkaitan dengan koronavirus telah menimpa segelintir wanita.

Katanya, haid yang dijangkiti atau bahkan, yang mengalami ‘tekanan pandemik’ berpanjangan, boleh terjejas.

Selain itu, terdapat beberapa bukti, baik melalui penyelidikan dan laporan anekdot, yang mengatakan COVID-19 berupaya mempengaruhi pendarahan haid.

Mari kita merungkai hasil dapatan kajian yang dimaksudkan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Koronavirus berupaya jejaskan haid wanita?

Sepanjang wabak ini, terdapat banyak laporan anekdot mengenai bagaimana COVID-19 berupaya menjejaskan kitaran haid.

Beberapa perubahan yang dilaporkan merangkumi:

Setakat ini, hanya sedikit kajian yang dilakukan dalam usaha mengenal pasti kesan wabak ini pada kitaran haid.

Tidak mustahil, jangkitan itu sendiri memberi tekanan kepada badan atau mengganggu paras hormon, yang memicu perubahan ketara pada menstruasi.

Kajian tahun 2020 mendapati lapisan rahim (endometrium) berkemungkinan terlindung daripada jangkitan langsung oleh koronavirus.

Ini kerana ia mempunyai tahap ACE2 yang lebih rendah, reseptor yang diikat oleh novel koronavirus, sepanjang kitaran haid.

Jadi, bagaimana COVID-19 boleh menjejaskan haid wanita?

Kajian 2021 menilai data daripada 177 orang yang mengalami haid dengan jangkitan koronavirus.

Mari kita lihat hasilnya dengan lebih mendalam!

Kesan jangkitan COVID-19 terhadap haid wanita

haid wanita

Perubahan volum haid didapati terjadi pada 45 daripada 177 wanita (25%).

Daripada 45 individu ini, 36 orang mengalami pendarahan yang lebih ringan, manakala 9 lagi mengalami haid lebih berat.

Mereka yang mengalami COVID-19 bertahap teruk lebih cenderung mengalami kiraan haid yang melebihi 37 hari!

Para penyelidik mendapati, 34% orang yang menderita penyakit teruk mengalami kitaran yang panjang, berbanding 19% individu yang menghidap penyakit ringan.

Semasa saintis membandingkan panjang kitaran haid ketika dijangkiti COVID-19 dengan tempoh kitaran normal, mereka mendapati 50 daripada 177 orang (28%) mengalami perubahan kitaran haid.

Majoriti mengalami kitaran yang lebih panjang semasa dijangkiti, walaupun ada yang mengalami kitaran lebih pendek.

Tahap hormon seks, seperti hormon perangsang folikel, estrogen dan progesteron daripada 91 individu positif dibandingkan dengan 91 orang tanpa COVID-19.

Hasilnya, tidak ada perbezaan yang dijumpai antara kedua-dua kumpulan ini.

haid wanita

Bagaimana pula dengan kesan vaksin kepada menstruasi?

Tahukah anda, vaksinasi COVID-19 turut dikaitkan dengan perubahan haid?

Pun begitu, penyelidikan masih tidak dilakukan secara langsung untuk mengaitkan perubahan ini dengan vaksin tersebut.

Malah, penyelidikan untuk mempelajari sama ada pengambilan vaksin berisiko menjejaskan haid wanita juga secara umumnya masih berkurangan.

Setakat ini, laporan bersifat anekdot dan paling sering diperkatakan adalah, berlakunya kitaran yang tidak teratur dan pendarahan haid yang lebih berat selepas vaksinasi.

Tapi jangan risau kerana kesan-kesan ini nampaknya bersifat sementara, dan majoriti haid kembali normal setelah beberapa minggu divaksin.

Baca juga:

Mungkinkah tekanan pandemik menjejaskan haid wanita?

Adakah akhir-akhir ini anda melihat perubahan dalam kitaran haid, walaupun tidak dijangkiti koronavirus?

Ini mungkin disebabkan oleh tekanan pandemik…

Ya, terdapat banyak faktor berkaitan dengan pandemik yang dapat menyumbang kepada peningkatan tahap stres, anda mungkin berasa bimbang dengan:

  • Kesihatan diri dan orang tersayang
  • Takut bakal kehilangan pekerjaan
  • Faktor kewangan
  • Dinamik hubungan suami isteri
  • Kekangan masa untuk ‘me time’
  • Kekurangan waktu berehat dalam mengimbangi kerja dan urusan keluarga di rumah
  • Pengasingan sosial yang berkaitan dengan jarak fizikal atau kuarantin
  • Bekerja di rumah sambil memantau anak-anak dengan pembelajaran atas talian

1 kajian pada tahun 2015 mendapati bahawa tahap tekanan tinggi dikaitkan dengan kitaran yang tidak teratur dalam kalangan pelajar perempuan.

Selain itu, 1 lagi kajian pada tahun 2018, juga pada pelajar, mendapati paras stres yang tinggi berkorelasi dengan punca tidak didatangi haid, menstruasi yang menyakitkan, dan bahkan sindrom pramenstruasi (PMS).

Hasil awal berdasarkan kajian atlet elit pula mendapati, 1 daripada 5 melihat perubahan dalam kitaran haid mereka semasa pandemik.

Walaupun ia mungkin dipicu oleh perubahan kekerapan dan intensiti latihan, namun para saintis percaya bahawa faktor psikologi seperti peningkatan stres turut memainkan peranan.

haid wanita

Akhir kata

Dalam kata mudah, jangkitan koronavirus mungkin boleh menjejaskan haid wanita buat sementara waktu. Tetapi, punca sebenar di sebaliknya masih menjadi tanda tanya.

Penyelidikan melaporkan, antara kesan sampingan yang kerap berlaku merangkumi pendarahan menstruasi ringan atau kitaran haid yang lebih lama.

Bukan itu sahaja, penerimaan vaksin COVID-19 juga berupaya mengakibatkan perubahan haid. Kesannya boleh membawa kepada pendarahan haid yang berat atau senggugut!

Walau bagaimanapun, data saintifik masih belum dapat menghubungkan perubahan ini secara langsung dengan vaksin semasa COVID-19.

Harus anda ingat, ada banyak jenis kondisi yang boleh memicu ketidakteraturan haid.

Faktor tekanan, baik fizikal dan psikologi, juga memainkan peranan yang besar!

Justeru, sentiasa dapatkan khidmat nasihat dan diagnosis yang tepat daripada pakar sakit puan sekiranya anda mempunyai kebimbangan atau berlaku sebarang perubahan apabila haid.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Rafique N, Al-Sheikh MH. Prevalence of menstrual problems and their association with psychological stress in young female students studying health sciences. Saudi Med J. 2018 Jan;39(1):67-73. doi: 10.15537/smj.2018.1.21438. PMID: 29332111; PMCID: PMC5885123. ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5885123/. Accessed on Jun 23, 2021
  2. Nagma S, Kapoor G, Bharti R, Batra A, Batra A, Aggarwal A, Sablok A. To evaluate the effect of perceived stress on menstrual function. J Clin Diagn Res. 2015 Mar;9(3):QC01-3. doi: 10.7860/JCDR/2015/6906.5611. Epub 2015 Mar 1. PMID: 25954667; PMCID: PMC4413117. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4413117/. Accessed on Jun 23, 2021
  3. Period problems. https://www.womenshealth.gov/menstrual-cycle/period-problems. Accessed on Jun 23, 2021
  4. Possible Side Effects After Getting a COVID-19 Vaccine. cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/expect/after.htm. Accessed on Jun 23, 2021
  5. What causes menstrual irregularities? https://www.nichd.nih.gov/health/topics/menstruation/conditioninfo/causes. Accessed on Jun 23, 2021

Versi Terbaru

11/07/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Haid Dua Kali Sebulan? Ini 4 Punca Paling Lazim Berlaku Pada Wanita

5 Punca 'Period' Lambat Datang, No. 2 Penyakit Wanita Paling Merisaukan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan