backup og meta

Teringin Nak Pakai Cawan Menstruasi? Jom, Kami Ajar Cara Pakai Menstrual Cup Dari A-Z!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/03/2023

    Teringin Nak Pakai Cawan Menstruasi? Jom, Kami Ajar Cara Pakai Menstrual Cup Dari A-Z!

    Cawan menstruasi merupakan satu alternatif yang popular untuk menggantikan penggunaan tuala wanita. Ia mudah dipakai, mesra alam dan dapat menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Namun, bagi wanita yang baru bermula, pasti anda tertanya-tanya mengenai cara pakai menstrual cup yang betul.

    Sebenarnya, cara guna menstrual cup tidaklah susah. Selepas beberapa kali pemakaian, kami pasti anda akan rasa lebih selesa untuk menggunakannya.

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai cara pakai menstrual cup. Moga dapat membantu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Cara pakai menstrual cup dari A ke Z

    Pasti ramai wanita di luar sana yang rasa gerun atau ‘seram’ untuk memakai cawan menstruasi.

    Tetapi, jangan takut, pemakaian menstrual cup selamat dan tidak akan menyebabkan apa-apa kecederaan pada Miss V.

    Sekiranya dipakai dengan betul, ia tidak akan menyebabkan ketidakselesaan. Anda juga boleh pakai selama 12 jam setiap hari. Sambil tidur pun boleh tau!

    Di bawah, kami senaraikan cara pemakaian menstrual cup yang betul:

    1. Pertama sekali, bersihkan cawan menstruasi

    Jika anda baharu sahaja beli cawan menstruasi, pastikan ia dibersihkan dan disteril terlebih dahulu. Tetapi, bagaimana nak sterilkannya?

    Mudah sahaja. Mula-mula, didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan cawan menstruasi ke dalam periuk tersebut. Rebus mengikut arahan pada pek pembungkus.

    Setiap jenama menstrual cup mungkin perlu disteril mengikut masa yang berbeza. Selepas itu, biarkan ia sejuk dan kering.

    Sebelum memakai cawan menstruasi, basuh tangan dengan air sabun. Potong kuku jika panjang. Kuku yang panjang mungkin akan menyukarkan pemakaian.

    Tip: Anda perlu steril cawan menstruasi pada awal dan akhir haid. Selalunya, cawan menstruasi dapat dibeli sekali dengan beg atau pouch kecil untuk penyimpanan.

    2. Lipat cawan tersebut

    cara pakai menstrual cup

    Ada beberapa cara untuk melipat cawan menstruasi. Antaranya:

    • Lipatan C: Lipat cawan menstruasi kepada 2 bahagian supaya ia membentuk huruf C atau U
    • Lipatan Tulip: Tolak hujung cawan ke bahagian dalam. Cawan menstruasi akan mempunyai hujung yang tajam dan tirus seakan-akan bunga tulip

    3. Masukkan cawan menstruasi dalam Miss V

    Cari tempat yang selesa. Cuba duduk di atas tandas, mencangkung atau berdiri. Anda boleh cuba apa-apa posisi asalkan ia selesa.

    Pegang menstrual cup yang telah dilipat dengan sebelah tangan. Sebelah lagi digunakan untuk memegang bukaan vagina.

    Perlahan-lahan, masukkan cawan menstruasi ke dalam faraj.

    Baca juga:

    4. Buka cawan menstruasi

    Selepas dimasukkan ke dalam vagina, biar cawan menstruasi terbuka dengan sendirinya. Tolak cawan sehingga hujungnya tidak lagi boleh dilihat.

    Tetapi, jangan tolak terlalu jauh sehingga anda tidak boleh pegang batang cawan menstruasi pula ya!

    Tip: Untuk pastikan cawan menstruasi terbuka dengan betul, anda boleh masukkan jari ke dalam vagina dan rasa sekelilingnya. Sepatutnya, anda dapat rasa permukaan bulat yang licin tanpa sebarang lekuk.

    5. Pusing-pusingkannya

    cara pakai menstrual cup

    Selepas cawan menstruasi telah masuk ke dalam bukaan vagina, anda boleh putarkannya untuk pastikan ia terbuka.

    Pegang cawan menstruasi pada kawasan hujung (bukan batangnya) dan pusingkannya sedikit.

    6. Periksa sama ada cara pakai menstrual cup betul atau tidak

    Untuk periksa sama ada cawan menstruasi terletak elok, cuba tarik sedikit pada kawasan batangnya.

    Anda boleh rasa sedikit sedutan yang menandakan cawan menstruasi telah terbuka dengan sempurna.

    7. Pakai

    Setelah semua langkah di atas selesai, anda boleh pakai cawan menstruasi dan teruskan aktiviti harian seperti biasa.

    Jika anda baharu sahaja memakai menstrual cup, cuba pakai panty liner untuk elakkan sebarang kebocoran.

    Jangan takut untuk mencuba. Lagipun, practice makes perfect!

    Cara pakai menstrual cup untuk pemula

    cara pakai menstrual cup

    Ada masalah untuk memakai menstrual cup? Ini beberapa tip atau cara guna menstrual cup yang mungkin berguna untuk pemula:

    1. Kenali badan anda. Jika anda baru pertama kali menggunakan cawan menstruasi, anda boleh gunakan cermin kecil untuk melihat bukaan vagina masing-masing.
    2. Gunakan pelincir. Sebelum memasukkan cawan menstruasi ke dalam faraj, anda boleh gunakan pelincir untuk memastikan pemakaian lebih selesa.
    3. Pastikan cawan menstruasi dipakai dengan betul. Jika tidak dipakai dengan betul, ia mungkin akan menyebabkan kebocoran. Baca panduan mengenai cara pakai menstrual cup yang kami sediakan di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan